“Mana
aku nak cari
kau?” Gambar itu
kemudiannya diletakkan di
sebelah. Katil empuknya
dipanjat. Dia menghempas
tubuhnya. Surat yang
di terimanya ditatap.
“Baiklah, kalau ini
permainan yang kau
mahukan, aku terima.
Kita lihat nanti
siapa yang akan
tertunduk dahulu.” Naz
tersenyum penuh makna.
Naz
membaca isi kandungan
surat itu. “Cari
tempat di mana
bunga ini berada?
Gambar yang di
ambil mestilah sama
seperti gambar yang
sudah disertakan.” Naz
menjeling tajam. “Ini
Nazratul.” Dia mendabik
dada. Dadanya ditepuk
kuat.
Naz
mencapai telefon pintarnya.
Buku telefon di
buka dan nama
Ammy di carinya
lalu di dail.
Beberapa saat kemudian,
panggilannya berjawab. Selesai
bersembang sebentar, Naz
kembali menatap gambar
disebelahnya. Gambar itu
di rakamkan ke
dalam telefon pintarnya.
Naz bertepuk tangan.
“Selesai!” Kertas yang
bertaburan di atas
katil di simpan
kembali dan diletekkan
ke atas meja.
Naz
mencapai jaket kulitnya
di tepi katil.
Setelah memastikan barang-barang
keperluannya di bawa,
Naz melangkah laju
ke pintu biliknya.
Kakinya pantas bergerak
dan tangannya cekap
mengambil kunci motornya.
Naz menjerit lantang,
“Mama, Naz keluar
sebentar. Mahu berjumpa
dengan kawan.”
Mama
Naz keluar dari
dapur. “Naz tidak
makan dahulu?”
Naz
menghampiri Rozita. Dia
menyalami tangan mamanya.
Sebelum menjawab sempat
dia menggeleng laju.
“Balik nanti baru
Naz makan. Lagipun,
Naz mahu keluar
sebentar sahaja.” Rozita
menggeleng melihat gelagat
anak perempuannya yang
sudah berkejaran keluar
luar. Sempat dia
memesan, “Jangan pulang
lewat sangat. Awak
itu perempuan. Ingat
sikit.”
Naz
menghadiahkannya senyuman manis.
“Baiklah mama.” Motornya
dihidupkan lalu Naz
memejut laju. Lima
minit perjalanan, dia
sampai di sebuah
kedai makan berhampiran
rumahnya. Naz mengecilkan matanya mancari
tempat duduk kosong
untuknya duduk.
Beg
yang di pegangnya sedari tadi di letakkan di atas kerusi kosong di
hadapannya. Dia masih memerhatikan pelanggan-pelanggan di
kedai itu yang
sebahagiannya merupakan pelajar
universiti dan sekolah
yang melepak sambil
menonton televisyen. “Mana pulalah
budak ini. Orang
mahu ambil tadi,
sombong tidak mahu.” Getus hatinya.
Naz
menongkat dagu. Matanya
galak mencari bayangan
orang yang ditunggunya.
Hampir sahaja dia
melompat memanjat meja
apabila disergah dari
belakang. “Akak!” Naz
mengurut dada dan
melepaskan lelahnya. Mukanya
berubah pucat. Ammy
yang melihatnya sudah
terbahak-bahak gelak.
Naz
memasamkan mukanya. Jelingan
tajam dihadiahkan kepada
Ammy. “Kelakar sangatlah?”
Ammy
memeluknya dari belakang.
Pipinya di cubit
kuat. “Janganlah marah
akak. Ammy bergurau
sahajalah. Tidak sangka
pula akak terkejut
sampai begitu sekali.”
Tangan Naz ditariknya
lalu di goyang-goyangkan. Matanya
dikelip-kelip laju dan
bibirnya dimuncungkan.
Naz
menyeringai kecil. “Sudah-sudah,
duduk sana.” Ammy
menayang gigi putihnya.
“Baik bos!” Lagaknya
seperti seorang askar
menabik hormat ketuanya.
Naz menepuk dahinya
kuat. “Boleh pengsan
akak layan Ammy.”
“Maafkan
saya, Kak Naz.”
Baru sahaja Ammy
ingin menunduk sembilan
puluh darjah, Naz
menahannya. Tangannya dilambai-lambai di
hadapan Ammy. “Jangan
hendak mengada-ngada buat
benda yang pelik-pelik.
Duduk sahaja di
situ diam-diam.”
Ammy
kembali ke tempat
duduknya. “So, apa
yang boleh saya bantu akak?”
Nadanya serius. Naz
mengeluarkan telefon pintarnya
dan meletakkannya di
hadapan Ammy. “Ammy
tahu di mana
akak boleh jumpa
tempat ini?”
Ammy
mengerut dahinya. Telefon
pintar itu dibelek
lama. Kerutan di
dahi bertambah. Mulutnya
tidak henti-henti mengeluarkan
suara. Dia memandang
Naz semula. “Akak,
kalaulah akak tanya
saya di mana
bunga ini dijual
ataupun apa nama
bunga ini, bolehlah
saya beri jawapannya.”
Naz
memetik jarinya ke
muka Ammy. “Jika
itu yang diinginkan
olehnya, siang-siang lagi
akak sudah berikannya
jawapan.”
Ammy
menggaru kepala. “Dia
itu siapa?”
Naz
menggigit lidahnya. “Akak tidak beritahu
Ammy?” Ammy menggeleng.
“Bos baru.” Naz
menceritakan kisahnya ditemu
duga oleh Amirul.
Ammy menekan perutnya
kuat. Mukanya sudah
memerah menahan gelak.
“Mamat yang akak
cerita hari itu?”
Naz mengangguk. “Kalau pun
kelakar sangat, kawal
sikit tawa awak
itu. Malulah orang
tengok.”
Ammy
menutup mulutnya. “Maafkan
Ammy. Tidak sedar
pula sudah melepasi
batas seorang perempuan
cantik.” Naz menjengkilkan
matanya. Straw di
dalam bekas minumannya
di baling ke
arah Ammy. “Perasan!”
Setelah sisa-sisa
tawanya habis, Ammy
bersuara. “Jadi, dia
mahu akak cari
di mana gambar
ini di ambil
dan menangkapnya semula?”
Sekali lagi Naz
mengangguk. “Akak bawa
suratnya?” Naz menggeleng
sebelum menjawab, “Tidak.
Mengapa Ammy tanya?”
“Ammy
mahu memastikan sama
ada dia menyuruh
akak menangkap gambar
yang sama atau
mencari tempatnya sekali.”
Naz
mengerut dahi. “Maksud
Ammy?”
Ammy
berdehem kecil. Dia
membetulkan duduknya sebelum
berkata, “Andai kata
di dalam surat
itu hanya tertulis
yang akak hanya
perlu menangkap semula
gambar itu, di
mana-mana sahaja akak
boleh menangkapnya. Akak
cuma perlu mencari
angle yang betul.”
Naz
mengangguk-angguk kepalanya seperti
burung belatuk. “Betul
juga.” Ammy mengibas-ngibas bahunya.
“Cerdikkan saya?” Naz
mencebik. “Tapi, di
mana akak mahu
mencari bunga ini?”
Ammy
menunding jari telunjuk
ke arahnya. “Ammy
tahu di mana
akak boleh dapatkan
bunga itu.” Naz
merapatkan tubuhnya kepada
Ammy. “Ammy, you’re
my hero!” Ammy
menolak Naz perlahan.
Dia menarik nafas
panjang. “Lemas Ammy.”
Naz menganggkat tangannya
seperti berikrar sambil
tersengih panjang. “Sorry.”
Naz
terdiam seketika. Riak
mukanya yang ceria
bertukar muram. Ammy
bertanya, “Kenapa pula
akak muram?” Naz
menghentak kepalanya ke
meja. Spontan di
angkat semula. “Macam
mana kalau dia
mahu tempatnya sekali?”
Ammy
menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.
“Ammy yakin tidak.
Kalau dia minta
juga, akak highlightkan
ayat yang menunjukkan
akak hanya perlu
menangkap gambar yang
sama.” Naz mengangguk
lemah. “Terima kasih
Ammy.”
Ammy
mengambil beg tangannya
di kerusi sebelah.
“Jom balik atau
Kak Naz mahu
bermalam di sini?”
Naz lantas mencapai
begnya. Dia mengejar
Ammy yang sudah
menjauh.
***
Naz
menghampiri bilik yang
terletak di hujung
ruang pejabat. Langkahnya
di atur kemas.
Dia mengintai bilik
yang tertera Ketua
Wartawan di depannya.
“Tidak sampai lagikah
bos aku ini?
Bukan main gelap
sahaja biliknya.” Naz
memulas tombol pintu.
“Siap berkunci. Ingat
ada orang kemaruk
sangatkah mahu masuk
ke dalam bilik
dia?” Naz terus-terusan
membebel.
Tanpa
Naz sedari, di
belakangnya Amirul sedang
memerhatikannya. Amirul berpeluk
tubuh. Beg yang
di bawanya diletakkan
di atas meja
setiausahanya yang masih
belum sampai. “Memang
ada yang kemaruk
sangat nak masuk
bilik saya sampaikan
tidak sabar-sabar mahu
tunggu saya datang.”
Dia bersuara selamba.
Naz
berpaling. Matanya membuntang.
Dia menunduk sedikit
sebelum menapak sedikit
demi sedikit ke
belakang. Amirul menghampirinya dan
menarik lengannya. “Nak
pergi mana?” Dia
mengeluarkan segugus kunci
dari kocek seluarnya.
Pintu di buka
seluasnya. “Tadi mahu
masuk sangatkan?”
Amirul
meletakkan begnya di
atas meja. Dia
duduk di kerusi
mewahnya dan menyilang
kaki. Lagaknya seperti
orang kaya yang
baru mendapat projek
besar. Naz melangkah
perlahan ke arahnya.
Sampul surat yang
di bawanya bersama
diletakkan di atas
meja. Kemudiannya dia
berpaling ingin keluar.
Amirul
mengambil sampul yang
baru diletakkannya. Amirul berkata,
“Siapa yang benarkan
awak keluar?” sambil
tangannya laju memeriksa
gambar yang diberikan
Naz. Muka Naz
bertukar cemberut. ‘Nasib
baik kau bos.’
Getusnya dalam hati. “Kalau saya
bukan bos apa
awak mahu buat?”
Soal Amirul.
‘Dia
boleh baca fikiran
orang ke?’ Naz
memandang Amirul lama. Matanya
mengecil. Amirul bangun
dari kedudukannya. “Tak
perlulah awak berkerut
sampai begitu sekali.
Ingat awak buat
muka macam itu,
awak comellah?”
Naz mengetap
giginya. “Tak kata
pun aku comel.
Cakap sahajalah sebenarnya
dia mahu kata
aku comel. Malu-malu
pula.” Perlahan sahaja
suaranya namun masih
boleh di dengari
oleh Amirul. Dia tergelak
kecil. Amirul menghampiri
almari di sebelah
mejanya. Sebuah file
merah di ambil
dan diserahkan kepada
Naz.
“Apa
ini bos?”
“File.”
Naz mendengus
perlahan. “Ada juga
yang makan guna
straw nanti.” Amirul
menjeling sekilas. “Straw?”
Naz menggeleng laju. “Untuk apa
file ini, bos?”
“Untuk
awak makan guna
straw.” Naz menumbuk-numbuk dadanya.
File yang tadinya
dipegang sudah berada
di kakinya. Amirul
tersengih melihat kemarahan
Naz. File di
kaki Naz di
ambil semula. “Bukankah
tadi awak kata
mahu makan guna
straw?”
“Bos
sudah puas hidupkah?”
Amirul menggeleng.
“Pernah
rasa makan nasi
dengan straw?”
Dia
menggeleng lagi dan
berkata, “Saya belum
gila nak makan
nasi guna straw
macam awak.” Matanya
masih di halakan
pada buku yang
dipegangnya. Amirul bergerak
ke meja rehatnya.
Naz memejamkan
matanya dan menarik
nafas perlahan. Dadanya diurut
perlahan. “Tabahkan hati
kau, Naz. Memang susah
dapat bos psycho
macam dia.”
Amirul mengangkat
mukanya. “Apa awak
kata, Naz?”
“Tiada
apa-apa bos.” Naz
menghampiri bosnya. “Jadi,
apa yang perlu
saya lakukan dengan
file ini bos?”
Amirul memandangnya
semula. Lama dia
mendiam. Naz melambai-lambai tangannya
di hadapan Amirul.
Dia mengelip-ngelipkan matanya.
“Maaf saya berfikir
tadi.”
Naz mencebik.
‘Berfikir ke bermenung?
Aku lawa sangatlah
tu sampai tak
puas dia pandang.’
Bisik hati kecilnya.
Amirul menjeling
tajam. “Tolong jangan
perasan boleh?”
Naz tercengang.
‘Memang betul ada ilmulah
bos aku ini.
Naz, lepas ini kau
perlu lebih berhati-hati.’
Amirul membuka
file dan menyerahkannya kepada
Naz. “Awak baca
laporan ini dan
sediakan laporan yang
baharu.”
Naz mengerut
dahi. “Laporan baru?”
Amirul mengangguk. “Saya
perlu buat laporan
baru?” Dia mengangguk
lagi. “Hari ini?”
Anggukan di kepala
semakin laju. “Kenapa
pula saya kena
buat laporan ini?”
“Sebab
saya yang suruh.”
“Tetapi
bos, ini bukan
bidang kerja saya.”
“Siapa kata?”
“Sayalah
yang kata.”
“Awak
sudah baca kontrak
perjanjian pekerja?” Naz
mengangguk. “Seorang pekerja
di syarikat ini
tidak semestinya bekerja
mengikut skop kerjanya
tetapi mungkin juga
perlu keluar dari
skop kerjanya.”
“Saya
tidak baca pun
yang itu?”
“Bukan
salah saya. Awak yang
careless.” Amirul masih
tidak memandang Naz.
Naz menarik
kasar file di
atas meja. “I hate
you the most.”
Dia menghentak kaki
keluar dari bilik
itu. Sempat dia
menangkap kata-kata Amirul.
“Don’t hate me
because you’ll love me.”
Naz menghempas
kuat pintu bilik
itu. “Benci gila!”