Ini adalah pesanan dari pemilik blog. Sila JANGAN COPY, AMBIL atau TIRU sebarang entry yang telah di masukkan. Ianya adalah HAK MILIK KEYLA ALI!! Kecuali apabila di nyatakan. Maka, jadilah orang yang AMANAH dan BERTANGGUNGJAWAB. Segala kerjasama yang anda berikan, amat saya hargai. TERIMA KASIH dan SELAMAT MEMBACA. SUDAH BACA SILALAH COMMENT(S).

Showing posts with label CERITA PENDEK / PARODY. Show all posts
Showing posts with label CERITA PENDEK / PARODY. Show all posts

Saturday, 27 April 2013

Friendship Over Lover and Family - Part 2 [End of Story]

PLEASE NOTED : This story is purely fictitious. Enjoy reading. 

Zafran  menghampiri  Aqeef  di  sebuah  meja  di  cafe  sekolah.  Pinggan  yang  penuh  berisi  makanan  diletakkan  di  hadapan  Aqeef.  Aqeef  memandang  sekilas  makanan  yang  terhidang  di  hadapannya.  Sekali  pandang  seperti  seorang  putera  raja  dilayan  oleh  pembantunya.  Zafran  berlalu  pergi  setelah  makanan  yang  diambilnya  diberikan  kepada  Aqeef.

“Tengok  sana!”  Bisik  Aliff perlahan.  Semua  mata  memandang  ke  arah  yang  ditunjuk  olehnya.

“Kau  agak-agak,  apa  hubungan  mereka?”  Soal  Adi  pula.

Man  pula  berkata,  “Kau  tidak  perlulah  masuk  campur  urusan  orang.  Jaga  seluar  sendiri  sahaja.”

“Mereka  macam  sudah  lama  kenallah.”  Bisikan-bisikan  terus  kedengaran  di  cafe.  Aqeef  merengus  perlahan.  Pinggan  yang  tadinya  terletak  di  hadapannya  di  ambil  lalu  di  bawa  ke  meja  rakan-rakan  sekelasnya  yang  lain.  Zafran  yang  baru  sahaja  ingin  melangkah  keluar  dari  cafe  terhenti  di  depan  pindu  masuk.

Aqeef  meletakkan  pinggan  yang  penuh  itu  di  hadapan  rakan  sekelasnya  dengan  kuat.  Mujur  sahaja  tidak  pecah  pinggan  itu.  Tanpa  memandang  mereka,  Aqeef  bersuara  perlahan.  “Makan.  Jangan  tidak  dihabiskan  pula.”  Dia  terus  berlalu  tanpa  mempedulikan  mata-mata  yang  memandangnya.

Sebulan  berlalu  semenjak  peristiwa  itu.  Zafran  masih  lagi  bersikap  seperti  selalunya.  Dia  melayani  Aqeef  sebaik  mungkin  sehingga  timbul  salah  faham  di  antara  mereka.  Suatu  hari,  mereka  dipanggil  oleh  guru  disiplin.

“Aqeef,  sudah  berapa  kali  saya  cakap  dengan  kamu,  jangan  membuli  pelajar  lain.  Zafran  ini,  baru  sebulan  berpindah  ke  sekolah  ini  tetapi  kamu  sudah  membuli  dia.  Apa  mahu  jadi  dengan  kamu, Aqeef?”

Aqeef  mencebik.  Tangannya  di  masukkan  ke  dalam  poket  seluarnya.  Dia  memandang  guru  itu  dengan  tajam.  “Cikgu  tanya  dia  sendiri  apa  yang  menyebabkan  dia  buat  semua  itu.”  Dia  terus  keluar  dari  bilik  kaunseling  itu.

“Apa  sebenarnya  yang  berlaku  Zafran?”

Zafran  menunduk  lalu  bersuara.  “Maafkan  saya  cikgu.  Ini  semua  bukan  salah  Aqeef.  Saya  sendiri  yang  mahu  melakukan  semua  itu.  Tiada  paksaan  daripada  mana-mana  pihak.”

Guru  disiplin  yang  berwajah  kacak  dan  rambutnya  tersisir  rapi  itu  melepaskan  keluhan  berat.  “Sudah  lama  kamu  berdua  kenal?”

Zafran  mengangguk  dan  berkata,  “Hampir  enam  tahun.”

“Kenapa  kamu  bergaduh?”

Zafran  mula  bercerita.  “Tiga  tahun  lepas,  kami  berdua  pergi  ke  Maeundong  Street.  Hari  itu  merupakan  hari  terakhir  Aqeef  menetap  di  Dobumi  kerana  dia  perlu  mengikuti  ayahnya  ke  luar  negeri.  Saya  dengan  dia  sangat  rapat.  Jadi  kami  mahu  menghabiskan  masa  bersama.”

“Kemuadian  apa  yang  terjadi?”  Soal  guru  itu  penuh  minat.  Dia  membetulkan  duduknya.

“Pada  masa  itu,  saya  bergurau  dengannya.”  Suara  Zafran  mula  mengendur.  Aqeef  yang  berada  di  luar  bilik  kaunseling  menggenggam  tangan.  Dia  tidak  jadi  meninggalkan  bilik  itu  apabila  dia  mendengar  Zafran  bercerita.

“Aqeef,  lepas  ini  kau  dah  tak  ada,  apa  aku  mahu  buat?”  Sial  Zafran  yang  ketika  itu  sedang  duduk  di  sebuah  bangku  di  bahu  jalan.  Aqeef  bergerak  menghampirinya.  “Kau  carilah  kawan  baru.”

Zafran  tergelak  kecil.  “Siapa  yang  mahu  berkawan  dengan  kaki  pukul  orang?  Kau  sahaja  yang  berani  nak  kawan  dengan  aku.”

“Kau  sudah  berjanji  dengan  aku  mahu  berubahkan.”  Aqeef  merenung  anak  mata  Zafran.  Zafran  mengangguk  kecil.  “Baiklah,  aku  berubah.”

“Macam  inilah  kawan  aku.”  Aqeef  memeluk  bahunya.  Air  mukanya  berubah  sedikit.  Dia  memandang  Aqeef  lama.  ‘Aku  tak  boleh  nak  lepaskan  kau  pergi.’  Bisik  hatinya.  Aqeef  menoleh  ke  arah  Zafran.  “Asal  kau  pandang  aku  macam  itu?”

Zafran  menggeleng  laju.  Mukanya  diraup  laju.  Aqeef  tersengih-sengih  memandang  sesuatu  di  hadapannya.  “Zaf,  kau  nampak  tak  apa  aku  nampak  sekarang  ini?”  Matanya  laju  melilau.  “Nampak  apa?”

Aqeef  menjuihkan  bibirnya  ke  arah  pusat  mesin  permainan  yang  terletak  tidak  jauh  dari  kedudukan  mereka.  “Aku  faham.”  Kata  Zafran  perlahan.  Tangannya  dihulurkan  kepada  Aqeef.  “Tunggu  apa  lagi?”  Matanya  melirik  ke  arah  pusat  permainan.  Aqeef  menyambut  huluran  tangannya.  “Mari  kita  enjoy!”

Guru  disiplin  itu  mengerut  dahinya.  “Apa  yang  membuatkan  awak  berdua  bergaduh?”

Zafran  menyambung  ceritanya  setelah  menarik  nafas  panjang.  “Selepas  kami  menghabiskan  masa  bermain  di  pusat  permainan  itu,  kami  pulang  ke  rumah.”  Zafran  menelan  air  liurnya.  Mulutnya  berkumat-kamit  seolah-olah  mahu  mengeluarkan  kata-kata  tetapi  tersekat.  Dia  terdiam  lama.

“Awak  mahu  sambung  atau  berhenti  di  sini,  Zafran?”

“Semasa  dalam  perjalan  pulang  ke  rumah,  Aqeef  kemalangan.”  Zafran  menunduk  lemah.  Air  matanya  mengalir  laju.  Cikgu  Amin  menepuk-nepuk  belakang  badannya.  “Sebab  itulah  Aqeef  tidak  boleh  aktif  bersukan  lagi?”

Aqeef  menyandar  pada  dinding  batu  bilik  itu.  Dia  menumbuk-numbuk  dadanya  kuat.  Zafran  mengangguk.  “Saya  yang  menyebabkan  dia  kemalangan.”  Mata  Cikgu  Amin  membuntang.  Dia  menggeleng  laju.  “Maksud  kamu?”

“Pada  masa  itu,  secara  tidak  sengaja  saya  menolaknya  ke  jalan  raya  yang  kebetulan  ada  sebuah  kereta  di  pandu  dengan  laju.”  Zafran  memandang  kosong  meja  di  hadapannya.  “Dia  dilanggar  depan  mata  saya.  Darahnya  berlemuran  di  atas  jalan  raya.  Masa  itu  saya  tidak  dapat  hendak  berfikir  apa-apa,  saya  melarikan  diri.”

Zafran  menyambung,  “Keesokan  harinya  saya  dapat  tahu  kakinya  patah  teruk  dan  memerlukan  pembedahan.  Saya  tidak  pergi  melawatnya  kerana  saya  berasa  serba  salah.”  Dia  menunduk.  Air  matanya  deras  mengalir.  Tanpa  segan  silu  dia  teresak-esak  di  hadapan  gurunya  itu.

Aqeef  menolak  pintu  bilik  dari  luar.  Dia  mencekak  kolar  baju  sekolah  Zafran.  Tangannya  digenggam  erat.  Satu  tumbukan  terlepas  pada  muka  Zafran.  Zafran  tertolak  kebelakang  dan  terduduk  di  atas  lantai  jubin.  Bibirnya  lebam  dan  darah  mengalir  di  hujungnya.  Aqeef  terduduk  lemah.

Guru  disiplin  itu  hanya  mampu  menggeleng.  Dia  menghampiri  Aqeef.  “Apa  yang  awak  sudah  lakukan?”  Dia  menarik  Aqeef  dan  menyuruhnya  supaya  duduk  di  atas  kerusi.  Kemudiannya  dia  menghampiri  Zafran  yang  masih  kaku  di  atas  lantai.  “Awak  berdua  duduk  dalam  bilik  ini.  Selesaikan  apa  sahaja  yang  masih  belum  selesai.”

Guru  disiplin  yang  amat  digeruni  oleh  semua  pelajar  di  sekolah  itu  melangkah  keluar.  Aqeef  dan  Zafran  masih  kaku  seperti  tadinya.  Aqeef  bangun  dan  ingin  melangkah  keluar.  Dia  menolak  pintu  bilik  tetapi  tidak  bergerak.  Dia  menumbuk  pintu  itu  kuat.  “Shit!!”

Zafran  memandangnya.  “Aqeef,  aku  minta  maaf.”

“Diam!”

“Aku  tahu  aku  bersalah.  Aku  tak  sepatutnya  tinggalkan  kau  dekat  situ.  Aku  sepatutnya  datang  melawat  kau.  Aku  tak  sengaja  mahu  menolak  kau.”  Mulutnya  menggigil.

Aqeef  menghampirinya  semula.  Dia  menghentak  meja  kuat.  “Aku  kata  diam!  Aku  tidak  mahu  mendengar  suara  kau.  Aku  tahu  kau  tidak  sengaja  pada  masa  itu  tetapi  kenapa  kau  tinggalkan  aku?  Kenapa  kau  tidak  ada  masa  aku  perlukan  kau  sebagai  satu-satunya  kawan  yang  aku  ada?”

Zafran  bersuara  gementar.  Dia  menjadi  gagap.  “Aku...  Aku...”

Aqeef  terduduk  di  kerusinya.  “Kenapa  bukan  tiga  tahun  lepas  kau  datang  dekat  aku  dan  meminta  maaf?  Kenapa  baru  sekarang  kau  memunculkan  diri?  Selepas  apa  yang  aku  lalui.”

Zafran  mendekatinya.  Lengannya  dipegang.  “Aku  tak  ada  kekuatan  untuk  menghadapi  kau.”

Aqeef  menepis  kuat.  “Jadi,  aku  masih  banyak  kekuatan  untuk  menghadapi  masalah  itu?”  Zafran  menggeleng  laju.  Aqeef  menyambung,  “Kau  tahu  apa  yang  aku  nak  sangat  dengar  dari  kau  masa  mula-mula  kau  masuk  sekolah  ini?”  Zafran  mengangkat  muka.  Anak  mata  Aqeef  direnungnya.

“Kau  tak  rindu  pada  aku?”  Aqeef  bersuara  perlahan.  Dia  tersenyum  sinis.  “Sepatutnya  itu  yang  kau  cakapkan  pada  aku.  Bukan  kata  maaf  kau  yang  aku  mahukan.  Aku  mahukan  seorang  kawan  yang  sentiasa  ada  bersama  aku.”  Nada  suaranya  bertukar  sayu.

Air  mata  Zafran  turut  mengalir  saat  melihat  anak  mata  Aqeef  basah.  “Aku  takut  kau  tidak  dapat  memaafkan  aku.”

“Aku  sudah  tiada  sesiapa  di  dalam  hidup  aku  kecuali  kau.”

Zafran  mengangguk.  “Selama  tiga  tahun  aku  cuba  cari  kau  semula  tapi  tiada  seorang  pun  yang  tahu  di  mana  kau  berada.  Semua  cerita  yang  menimpa  kau  aku  tahu.”

“Tapi  itu  semua  tidak  dapat  mengubah  apa-apa.”

“Aqeef,  aku  minta  maaf.”

“Aku  sudah  cakap,  aku  tidak  mahu  dengar  kata  maaf  dari  kau.”

Zafran  menyisir  rambutnya.  “Aku  akan  lebih  rasa  bersalah  kalau  kau  tidak  memaafkan  aku.”

Aqeef  diam  seketika.  Dia  kemudiannya  berdiri.  Tangannya  di  masukkan  ke  dalam  poket  seluarnya.  “Baiklah  aku  maafkan  kau  tetapi  aku  ada  satu  syarat.”

“Apa?”

“Jadi  hamba  aku  selama  sebulan.”  Aqeef  terus  melangkah  keluar  dari  bilik  itu  setelah  pintu  itu  di  buka  dari  luar  oleh  guru  disiplin  mereka.  Zafran  mengerut  dahi.  “Sebulan?!”

Dia  mengecilkan  matanya.  Giginya  diketap  kuat.  Dia  berlari  mendapatkan  Aqeef  yang  sudah  jauh  meninggalkannya.  Dia  memaut  leher  Aqeef.  “Setahun  pun  aku  sanggup.”  Aqeef  menolak  tubuhnya.

Zafran  mendekatinya  semula  dan  memeluk  bahunya.  “Jom  kita  pergi  makan.”  Dia  berlari  dan  menarik  tangan  Aqeef.  Dalam  diam,  Aqeef  tersenyum  melihat  gelagat  kawannya  itu.

Wednesday, 17 April 2013

Friendship Over Lover And Family - Part 1

PLEASE NOTED : This story is purely fictitious. Enjoy reading. 

Aqeef  Ikhwan  melangkah  longlai  memasuki  Kelas  2.  Kelas  yang  tadinya  hingar-bingar  menjadi  sunyi  sepi.  Semua  mata  yang  memandangnya  tajam  langsung  tidak  dihiraukan.  Dia  sudah  begitu  lali  dengan  keadaan itu.  Seorang  pelajar  perempuan  yang  sedang  menghadap  buku  di  meja  hadapan  sekali  bersuara  lantang,  “Tidak  perlu  merenung  dia  sampai  tertembus  dinding  kelas  sebelah.  Bukan  dia  kisah  pun.”

Sebaik  sahaja  Hanis  habis  berkata,  mereka  yang  lain  mula  membuat  kerja  mereka  semula.  Kelas  menjadi  bising  semula  dengan  suara  pelajar-pelajar  di  dalamnya.  Ada  yang  sedang  berbual-bual  kosong,  bermain  telefon  bimbit  dan  pelbagai  lagi  ragam  yang  dapat  di  lihat  termasuklah  pelajar  yang  sedang  khusyuk  menelaah  pelajaran.

Aqeef  meletakkan  kepalanya  di  atas  meja  berbantalkan  lengan.  Matanya  ditutup  rapat.  Bakri  menghampiri  meja  Aqeef.  Mulutnya  berkumat-kamit  menyusun  ayat.  Suaranya  menggeletar.  “Aqeef.”  Panggilnya.  Aqeef  mengangkat  kepala.  Bakri  dihadapannya  dipandang  manis.  Senyuman  terukir  dibibir.

“Awak  mahu  apa?”  Bakri  menghulurkan  sehelai  kertas  kepadanya.  Kertas  bertukar  tangan.  Dia  memandang  sekilas.  “Karangan?”  Bakri  mengangguk.  Dia  berkata,  “Cikgu  Naura  suruh  awak  buat.  Esok  dia  akan  minta.”  Bakri  menunduk  semula.  Dia  tidak  berani  bertentang  mata  dengan  Aqeef.  Bukannya  Aqeef  itu  seorang  yang  jahat  tetapi  dirinya  yang  terlalu  takut  dengan  mereka  disekelilingnya.  Sememangnya  dia  seorang  yang  pendiam  sehinggalah  suatu  hari,  Aqeef  membantunya.

“Baiklah,  terima  kasih.”  Aqeef  meletakkan  kertas  yang  diterimanya  sebentar  tadi  di  dalam  meja.  Dia  meletakkan  kepalanya  di  atas  meja  semula.  Bakri  kembali  ke  tempat  duduknya  semula.

***
Keesokan  harinya,  Aqeef  lambat  tiba  di  sekolah.  Semasa  dia  sampai,  guru  kelasnya  sudah  memulakan  sesi  pembelajaran  pada  hari  itu.  Aqeef  melangkah  masuk  melalui  pintu  belakang.  Cikgu  Naura  memerhatinya  lama  sebelum  menegur,  “Kenapa  awak  lambat,  Aqeef?”

Aqeef  berdiri  tegak  di  mejanya.  Begnya  diletakkan  di  atas  kerusi.  “Maaf.”  Jawabnya  ringkas.  “Aqeef,  selepas  kelas  ini,  jumpa  saya  sebentar  di  bilik  guru.”  Aqeef  duduk  tanpa  menjawab.  Cikgu  Naura  meneruskan  pengajaran  sehingga  kelasnya  tamat.  Aqeef  membuntuti  Cikgu  Naura  ke  bilik  guru.

Setelah  melepaskan  lelah,  Cikgu  Naura  berpaling  ke  arah  Aqeef.  Matanya  galak  merenung  Aqeef  tidak  lepas.  Aqeef  mengurut-ngurut batang  leher.  Baju  sekolah  di  rapikan.  Sesekali  matanya  mencuri  memandang  Cikgu  Naura.  Cikgu  Naura  bersuara  perlahan,  “Aqeef,  awak  ada  masalah?”

Aqeef  menggeleng.  Cikgu  Naura  bertanya  lagi,  “Kenapa  awak  lambat  hari  ini?”  Aqeef  menggeleng  lagi.  Kemudiannya  dia  berkata,  “Saya  terlajak  tidur.”  Mata  Cikgu  Naura  membuntang.  Hampir  sahaja  tangannya  memukul  Aqeef  yang  sedang  berdiri  menghadapnya.

Cikgu  Naura  menarik  nafas  panjang.  “Aqeef,  sepanjang  tiga  bulan  saya  jadi  guru  kelas  kamu,  saya  selalu  perhatikan  perangai  kamu.  Apabila  cikgu  beri  latihan,  kamu  tidak  buat.  Semasa  cikgu  mengajar  di  hadapan,  kamu  tidur  di  belakang.”  Aqeef  hanya  memandang  sekeliling  bilik  guru  itu.  Sesekali  dia  menundukkan  kepalanya.  “Sudah  hampir  dua  tahun  kamu  bersekolah  di  sini  tetapi  cikgu  tidak  pernah  dengar  cerita  yang  baik  keluar  dari  mulut  cikgu-cikgu  yang  pernah  mengajar  kamu.”  Sambung  Cikgu  Naura  lagi.

Kemudiannya,  Cikgu  Ashrif  melangkah  masuk  ke  bilik  guru.  Lama  dia  berhenti  di  sebelah  Aqeef  dan  barulah  dia  bertanya,  “Ada  buat  masalah  lagikah?”  Cikgu  Ashrif  memandang  Cikgu  Naura.  “Tidaklah.  Saya  yang  sengaja  memanggilnya  ke  sini.”  Lemah  sahaja  jawapan  Cikgu  Naura.  Dia  menyambung  lagi,  “Sekarang  awak  boleh  masuk  ke  dalam  kelas.  Lain  kali  kita  bincang  lagi.”

Seminggu  berlalu.  Hari  itu,  Aqeef  ke  kelasnya  seperti  biasa.  Sikapnya  masih  sama  walaupun  sudah  diberi  nasihat  oleh  Cikgu  Naura.  Baginya,  dia  ke  sekolah  kerana  itu  sahajalah  tempat  yang  dia  ada  selain  rumahnya  dan  tempat  kerjanya.  Semasa  sesi  pembelajaran,  hari  itu  kelasnya  menerima  seorang  pelajar  baru.

“Baiklah  semua.  Hari  ini  cikgu  hendak  perkenalkan  kawan  baru  kepada  awak  semua.  Cikgu  harap  awak  tidak  membuat  masalah.”  Cikgu  Naura  memanggil  seseorang  masuk.  Semua  mata  memandang  tepat  ke  arah  pintu  kelas  mereka.  Ada  sahaja  mulut  yang  tidak  henti-henti  berbicara.

Aliff bersuara  perlahan,  “Siapakah  budak  yang  baru  itu?  Kau  rasa  lelaki  ke  perempuan?”  Adi  di  sebelahnya  menjungkit  bahu.

Seorang  pelajar  lelaki  melangkah  masuk.  Pelajar perempuan  yang  berada  di  dalam  kelas  itu  tidak  berkelip  memerhatikannya.  Aliff  bersuara  lagi,  “Tengok-tengok  semua  mata  budak  perempuan  terarah  pada  pelajar  baru  itu!”  Nadanya  berbaur  cemburu.

Jinah  di  hadapannya  berkata,  “Daripada  mata  kami  melihat  awak,  lebih  baiklah  kami  melihat  dia.  Menikmati  keindahan  ciptaan  Tuhan.”  Aliff  mencebik.  Dia  menghadiahkan  sebuah  jelingan.

“Sudah diam  semua!”  Cikgu  Naura  bersuara  lantang.  Apabila  kelas  kembali  tenang,  Cikgu  Naura  menyuruh  pelajar  baru  itu  memperkenalkan  dirinya.  Dia  berdehem  kecil  sebelum  memulakan  sesi  perkenalan  ringkas.  “Nama  saya,  Zafran.  Sila  beri  tunjuk  ajar.”

Aqeef  yang  sedari  tadi  terlentok  di  mejanya  menganggak  kepala  saat  mendengar  nama  yang  di  dengarinya.  Matanya  tajam  memandang  Zafran.  Dia  membetulkan  duduknya  sebelum  kembali  menunduk.  Muka  berkerut  seribu.  ‘Bagaimana  dia  boleh  berada  di  sini?’  Bisik  hati  kecilnya.

Zafran  merenung  Aqeef.  Lama  diperhatikannya.  Cikgu  Naura  menoleh  ke  arah  mereka  berdua.  ‘Macam  ada  yang  tidak  kena.’  Getusnya.  Cikgu  Naura  mengarahkan  Zafran  duduk  di  tempat  yang  kosong.  Dia  memulakan  kelasnya  yang  tertangguh  sebentar  tadi.

Waktu  rehat  itu,  Aqeef  masih  duduk  di  tempatnya  kaku.  Semua  pelajar  di  dalam  kelasnya  bergegas  ke  cafe  sekolah  untuk  menikmati  makan  tengah  hari  mereka.  Zafran  berginjak  dari  tempat  duduknya.  Dia  melangkah  menghampiri  Aqeef  yang  sedang  menghadap  ke  luar  melalui  cermin  tingkap.  Tangannya  di  masukkan  ke  dalam  poket  seluarnya.  Dia  berdehem  perlahan.  Aqeef  masih  seperti  tadinya.

“Apa  yang  kau  orang  berdua  buat?”  Tegur  satu  suara.  Zafran  menoleh  ke  pintu  kelas  mereka.  Dia  menunduk  sedikit.  “Jinah,  tiada  apa-apa.  Saya  cuma  mahu  melihat  cuaca  di  luar  sana.”  Jinah  mengangguk.  Dia  terus  melangkah  pergi.

Aqeef  bangun  dari  tempatnya.  Tidak  sempat  Zafran  ingin  menahan,  dia  sudah  keluar  dari  kelas.  Zafran  menumbuk  mejanya.  “Macam  mana  aku  nak  cakap  dengan  dia!”

Monday, 4 March 2013

Day By Day

PLEASE NOTED : This story is purely fictitious and it is taken from M/V Haru Haru by Big Bang


MinYoung  dan  JiYong  merupakan  pasangan  kekasih  yang  telah  lama  menjalinkan  hubungan  cinta.  Mereka  sering  kali  bersama-sama  dalam  melakukan  pelbagai  aktiviti.  Perhubungan  mereka  yang  sudah  menjejaki  usia  empat  tahun  tidak  pernah  dilanda  badai  dan  onak.  Kebahagiaan  sentiasa  bersama  mereka  sehinggalah  pada  suatu  hari,  MinYoung  dan  JiYong  telah  bergaduh  besar.

MinYoung  menyilang  tangannya.  Dia  menundukkan  wajah  hampanya.  “Jadi,  awak  mahu  tingaalkan  saya?”  JiYong  menarik  nafas  panjang.  Dia  menarik  tangan  MinYoung.  “MinYoung,  saya  tidak  mahu  meninggalkan  awak.  Saya  minta  maaf  kerana  memarahi  awak  tempoh  hari.  Saya...  saya  tidak  ada  niat  mahu  melukakan  hati  awak.”

MinYoung  merentap  tangannya.  “Saya  mahu  putuskan  hubungan  kita.  Saya  sudah  tidak  mencintai  awak.  Selamat  tinggal,  JiYong.  Do not come looking for me again.  I  hate  you  even  more.”  MinYoung  berlalu  pergi  dalam  tangisan  yang  disembunyikannya.

Seminggu  berlalu  selepas  MinYoung  memutuskan  hubungannya  bersama  JiYong.  Hari  ini  MinYoung  bertemu  dengan  Seung  Hyeon  di  sebuah  lorong  berhampiran  tempat  tinggalnya.  Seung  Hyeon  menghampiri  MinYoung  yang  sudah  menunggunya.  Dia  menegur,  “MinYoung!”  Dia  menoleh  apabila  namanya  di  panggil.  “Seung  Hyeon,  awak  sudah  sampai.  Maaflah  saya  memanggil  awak  petang-petang  ini.”  Dia  menghadiahkan  Seung  Hyeon  sebuah  senyuman.

Seung  Hyeon  menggeleng  laju.  “Tidak  mengapa.”  Dia  memandang  MinYoung.  Dia  tahu  MinYoung  sedang  bersedih.  MinYoung  melepaskan helanya  sebelum  berbicara,  “Seung  Hyeon,  saya  ada  perkara  mahu  memberitahu  awak.  Sebelum  itu,  saya  mahu  awak  berjanji  dengan  saya,  awak  tidak  akan  memberitahu  sesiapa.”  MinYoung  merenung  anak  matanya.

Seung  Hyeon  mengangguk  lemah.  MinYoung  menyambung,  “Sebenarnya,  saya  menghidapi  penyakit  cancer  otak.  Keadaan  saya  sudah  sangat  kritikal.”

Seung  Hyeon  melopong.  Matanya  membesar.  “Macam  mana...  Nanti,  sebab  inikah  awak  berubah  dan  bersikap  dingin  terhadap  JiYong?”  MinYoung  mengangguk  tanpa  mengangkat  mukanya.

“Saya  tidak  mahu  JiYong  bersedih  atas  pemergian  saya  nanti.  Biarlah  dia  membenci  saya.  Saya  tidak  mahu  dia  kecewa  dengan  saya.  Tolong  rahsiakan  perkara  ini  daripada  dia.”  MinYoung  merayu.  Dia  memegang  erat  tangan  Seung  Hyeon.

MinYoung  membuka  sebentuk  cincin  yang  sudah  lama  tersemat  di  jarinya.  Dia  menyerahkannya  kepada  Seung  Hyeon.  “Ambil  ini  dan  simpankanlah  untuk  saya.”

“Awak  tidak  akan  menyesal?”  Soalnya.  MinYoung  menggelengkan  kepalanya.  Seung  Hyeon  menarik  MinYoung  di  dalam  pelukannya.  Dia  cuba  menenangkan  MinYoung.

Namun,  tanpa  mereka  sedari,  tidak  jauh  daripada  tempat  mereka  berjumpa,  JiYong  bersama  Dae Sung,  SeungRi  dan  TaeYang  memerhatikan  setiap  gerak-geri  mereka.  Mereka  yang  lain  kecuali  JiYong  mengetahui  perkara  sebenar  kerana  awal-awal  lagi,  MinYoung  sudah  memberitahu  mereka  tentang  penyakitnya.

JiYong  ingin  berlari  ke  arah  Seung  Hyeon  dan  MinYoung  tetapi  di  tahan  mereka.  MinYoung  berlalu  pergi  apabila  menyedari  kehadiran  mereka.  Sempat  dia  berpesan  kepada  Seung  Hyeon,  “Saya  harap  awak  dapat  membantu  saya.  Buatlah  apa  sahaja  asalkan  dia  percaya  bahawa  kita  bersama.”  Seung  Hyeon  mengangguk.

JiYong  melangkah  laju  ke  arah  Seung  Hyeon.  Dia  menumbuk  muka  Seung  Hyeon  tanpa  sempat  di  tahan  sesiapa.  Seung  Hyeon  terjatuh.  JiYong  menjerit  lantang,  “Kau  kejam,  Seung  Hyeon!!”  SeungRi  yang  berada  berhampiran  Seung  Hyeon  membantunya  untuk  bangun  semula.

Seung  Hyeon  dan  JiYong  menolak  antara  satu  sama  lain.  Masing-masing  tidak  mahu  mengalah.  Tae  Yang  menghampiri  mereka  dan  di  ikuti  oleh  Dae  Sung  dan  SeungRi.  Mereka  menghalang  Seung  Hyeon  dan  JiYong  dari  terus  bergaduh  dan  bertumbukan.

“Mengapa  kau  orang  berdua  mahu  bergaduh?  Bukankah  kita  semua  kawan  baik  sejak  dahulu  lagi?”  TaeYang  bersuara  lantang.  Dia  merenung  seorang  demi  seorang.

JiYong  mencebik  lalu  berkata,  “Kawan  baik?  Kawan  baik  yang  sanggup  rampas  girlfriend  kawan  sendiri?  Itu  yang  kau  kata  kawan  baik?  Boleh  jalanlah!!!”  JiYong  terus  berlalu  tanpa  menoleh  ke  arah  mereka  semula.  Hatinya  sakit.  Segala  memorinya  bersama  Sandara  kembali  berlegar-legar  di  ruang  fikirannya.

“JiYong-ah,  janji  dengan  saya,  awak  tidak  akan  tinggalkan  saya  walau  apa  jua  yang  berlaku.”  JiYong  menekup  telinganya.  Dia  menjerit  sekuat-kuat  hatinya.  Dia  cuba  untuk  mengusir  suara  MinYoung  yang  terngiang-ngiang  di  telinganya.

JiYong  berdiri  di  hadapan  cermin  muka  di  biliknya.  Dia  merenung  ke  dalam  cermin  itu.  Nafasnya  turun  naik  cuba  di  kawal.  Tangannya  digenggam  erat.  “MinYoung,  why  are  you  doing  this  to  me?!”  Cermin  di  hadapannya  di  tumbuk  dengan  tangannya.  Berderai  kaca-kaca  di  atas  lantai  biliknya.

TaeYang  menghampiri  pintu  bilik  JiYong  dan  mengetuknya  perlahan.  “JiYong,  jom  kita  keluar.  Kau  duduk  di  dalam  bilik  pun,  bukannya  kau  buat  apa.”

JiYong  menoleh  ke  arah  pintu  biliknya.  Dia  mendengus  perlahan  dan  berkata,  “Hmm,  tunggu  sebentar.”  Dia  bersiap  ala  kadar  sahaja.  Dia  sudah  tidak  punya  hati  untuk  berpakaian  kemas  dan  up-to-date.  “Jom.”  Ajaknya  ringkas.

Sesampai  mereka  di  sebuah  shopping  kompleks,  Dae  Sung  dan  SeungRi  sudah  menunggu.  Mereka  bergerak  ke  arah  lif  berhampiran.  Tiba-tiba,  JiYong  ternampak  Seung  Hyeon  dan  MinYoung  di  dalam  sebuah  kereta.  Dia  berlari  ke  arah  mereka  sambil  menjerit,  “Kurang  ajar!!!  Kalau  kau  mahu  menyakitkan  hatiku  sekali  pun,  tidak  perlulah  sampai  begini.  Aku  sudah  cukup  terseksa  dengan  mainan  kau  orang!!”

JiYong  memanjat  kereta  Seung  Hyeon  dari  depan.  Dia  mengetuk-ngetuk  cermin  kereta  itu.  Seung  Hyeon  di  dalam  tersenyum  puas  melihat  aksi  JiYong.  Dia  seakan-akan  mengejek  kekalahan  JiYong.  “Aku  benci  kau  sampai  mati,  Seung  Hyeon!!  Mulai  hari  ini,  persahabatan  kita  putus!”  Dia  seraya  melangkah  pergi  meninggalkan  mereka.

Seung  Hyeon  menarik  nafas  panjang.  Dia  memandang  MinYoung  simpati.  “Maafkan  saya,  Seung  Hyeon.  Disebabkan  saya,  awak  dan  JiYong  bergaduh.”  Seung  Hyeon  menggeleng  laju.  “Tidak  mengapa.”

Dae  Sung  menghampiri  Seung  Hyeon.  Dia  menggigit-gigit  jarinya  lantas  berkata,  “Hyung,  tidak  mengapakah  kita  buat  begini?  Saya  kesian  dengan  JiYong  hyung.”  Dia  memandang  SeungRi  dan  TaeYang.

“Seung  Hyeon  hyung,  saya  rasa  kita  patut  memberitahunya  perkara  sebenar.  Takkan  mahu  biarkan  dia  terus  bersalah  sangka?”  SeungRi  menyambung.

“Biarlah  dahulu.  Kelak  nanti  dia  akan  tahu  juga.”  Seung  Hyeon  memerhati  JiYong  yang  sudah  jauh  dari  pandangan  mereka.  “MinYoung,  awak  pulanglah  dahulu.  Esok  awak  perlu  ke  hospital.”  Dia  keluar  dari  perut  kereta.

Sebulan  berlalu  semenjak  peristiwa  pergaduhan  antara  Seung  Hyeon  dan  JiYong.  Dae  Sung,  TaeYang  dan  SeungRi  sudah  kehabisan  idea  memikirkan  bagaimana  mahu  menyelesaikan  masalah  mereka.  “Dae  Sung-ah,  kau  rasa  apa  patut  kita  lakukan  sekarang?

“Hyung,  kita  berterus-terang  dengan  JiYong  hyung  sahajalah.  Sampai  bila  mahu  biarkan  mereka  bergaduh?”  Dae  Sung  memandang  TaeYang  dengan  matanya  yang  kuyu.  Dia  menyambung,  “MinYoung  nuna  pun  semakin  hari  semakin  lemah.  Saya  tidak  mahu  nanti  kita  menyesal  kerana  tidak  membenarkan  JiYong  hyung  berjumpa  dengan  MinYoung  nuna  untuk  kali  terakhir.”

SeungRi  mengangguk  setuju.  “Hyung,  apa  kata  hyung  jumpa  JiYong  hyung  dan  beritahunya  perkara  sebenar?  Lagipula,  hyung  lebih  rapat  dengannya  berbanding  kami  berdua.”  SeungRi  memberikan  pendapatnya.

Petang  itu,  TaeYang  pergi  berjumpa  dengan  JiYong.  Dia  menceritakan  segala-galanya  kepada  JiYong.  Ternyata,  JiYong  amat  terkejut  dengan  apa  yang  di  dengarinya.  “Aku  harap  kau  tidak  marah  pada  Seung  Hyeon  lagi.  Dia  buat  itu  semua  kerana  MinYoung.”

JiYong  menggenggam  rambutnya  dan  di  tarik  kuat.  “Kenapa  baru  sekarang  kau  bagitahu  aku?  Apa  aku  boleh  buat  sekarang?!!!”  Dia  menjerit  kuat.  Tiba-tiba,  telefon  bimbit  TaeYang  berdering.

Sebaik  sahaja  dia  menjawab,  “Hyung,  MinYoung  nuna  kritikal.  Cepat  bawa  JiYong  hyung  ke  sini.”  Di  hujung  talian,  SeungRi  memberi  arahan  ringkas.  TaeYang  yang  terkejut  dengan  berita  yang  di  dengarinya  mengangguk  dan  terus  menarik  JiYong  mengikutinya.

“TaeYang-ah,  where  are  we  going?”

“We  don’t  have  more  time.  MinYoung  kritikal  sekarang.”

Sesampai  sahaja  mereka  di  hospital,  JiYong  terus  berlari  mencari  bilik  yang  menempatkan  MinYong.  Dipertengahan  jalannya,  JiYong  terserempak  dengan  Seung  Hyeon.  Dia  tidak  mempedulikan  Seung  Hyeon  dan  terus  berlari  tetapi  tangannya  di  tarik  oleh  Seung  Hyeon.

Seung  Hyeon  mengeluarkan  sebentuk  cincin  dari  dalam  poket  seluarnya.  Dia  menyerahkannya  kepada  JiYong  dan  bersuara  perlahan  berkata,  “Sorry  for  lying.  MinYoung..  really  love  you  a  lot.”  JiYong  terus  menangis  di  situ.  Air  mata  yang  cuba  di  tahan  akhirnya  tertumpah  juga.

JiYong  terus  berlari  ke  bilik  pembedahan  yang  menempatkan  MinYoung  tetapi  dia  tidak  di  benarkan  masuk.  Dae  Sung  dan  SeungRi  menghampirinya  dan  memeluknya.  Mereka  cuba  untuk  menenangkan  JiYong.

“Hyung,  kami  minta  maaf.”

JiYong  menggeleng.  Dia  terduduk  di  atas  lantai.  “MinYoung,  kenapa  awak  perlu  sakit  seorang  diri?  Kenapa  awak  tipu  saya?”  Dia  menumbuk-numbuk  lantai  hospital  itu.

Pintu  bilik  pembedahan  terbuka.  JiYong  lantas  bangun  dan  menghampiri  doktor  yang  mengiringi  katil  MinYoung.  Dia  menggenggam  tangan  MinYoung.  “MinYoung,  maafkan  saya  kerana  tidak  dapat  menjaga  awak  dengan  baik.”

TaeYang  memegang  bahu  JiYong.  “MinYoung  ada  berpesan,  jangan  meratapi  pemergiannya.  Relakanlah  dia  pergi  dengan  aman.  Dia  sentiasa  menyayangi  kau.”  TaeYang  menghulurkan  sebuah  pemain  mp3  kepada  JiYong.

“Apa  ini?”

“Dengarlah.  MinYoung  buat  lagu  ini  untuk  kau.”

JiYong  mendengar  pesanan  yang  dirakam  oleh  MinYoung  di  dalam  mp3  itu.  Di  akhir  rakaman  itu,  sebuah  lagu  yang  bertajuk  Day  By  Day  dinyanyikan  oleh  MinYoung  untuknya.  “Semoga  kau  bahagia  di  sana,  sayang.  Tunggu  aku.  Aku  pasti  akan  menyusul  kemudian.”


I'm sorry very much to V.I.P(s) for having to use this song to make a parody. So sorry if you guys do not like my writing.