Ini adalah pesanan dari pemilik blog. Sila JANGAN COPY, AMBIL atau TIRU sebarang entry yang telah di masukkan. Ianya adalah HAK MILIK KEYLA ALI!! Kecuali apabila di nyatakan. Maka, jadilah orang yang AMANAH dan BERTANGGUNGJAWAB. Segala kerjasama yang anda berikan, amat saya hargai. TERIMA KASIH dan SELAMAT MEMBACA. SUDAH BACA SILALAH COMMENT(S).

Wednesday 17 April 2013

Friendship Over Lover And Family - Part 1

PLEASE NOTED : This story is purely fictitious. Enjoy reading. 

Aqeef  Ikhwan  melangkah  longlai  memasuki  Kelas  2.  Kelas  yang  tadinya  hingar-bingar  menjadi  sunyi  sepi.  Semua  mata  yang  memandangnya  tajam  langsung  tidak  dihiraukan.  Dia  sudah  begitu  lali  dengan  keadaan itu.  Seorang  pelajar  perempuan  yang  sedang  menghadap  buku  di  meja  hadapan  sekali  bersuara  lantang,  “Tidak  perlu  merenung  dia  sampai  tertembus  dinding  kelas  sebelah.  Bukan  dia  kisah  pun.”

Sebaik  sahaja  Hanis  habis  berkata,  mereka  yang  lain  mula  membuat  kerja  mereka  semula.  Kelas  menjadi  bising  semula  dengan  suara  pelajar-pelajar  di  dalamnya.  Ada  yang  sedang  berbual-bual  kosong,  bermain  telefon  bimbit  dan  pelbagai  lagi  ragam  yang  dapat  di  lihat  termasuklah  pelajar  yang  sedang  khusyuk  menelaah  pelajaran.

Aqeef  meletakkan  kepalanya  di  atas  meja  berbantalkan  lengan.  Matanya  ditutup  rapat.  Bakri  menghampiri  meja  Aqeef.  Mulutnya  berkumat-kamit  menyusun  ayat.  Suaranya  menggeletar.  “Aqeef.”  Panggilnya.  Aqeef  mengangkat  kepala.  Bakri  dihadapannya  dipandang  manis.  Senyuman  terukir  dibibir.

“Awak  mahu  apa?”  Bakri  menghulurkan  sehelai  kertas  kepadanya.  Kertas  bertukar  tangan.  Dia  memandang  sekilas.  “Karangan?”  Bakri  mengangguk.  Dia  berkata,  “Cikgu  Naura  suruh  awak  buat.  Esok  dia  akan  minta.”  Bakri  menunduk  semula.  Dia  tidak  berani  bertentang  mata  dengan  Aqeef.  Bukannya  Aqeef  itu  seorang  yang  jahat  tetapi  dirinya  yang  terlalu  takut  dengan  mereka  disekelilingnya.  Sememangnya  dia  seorang  yang  pendiam  sehinggalah  suatu  hari,  Aqeef  membantunya.

“Baiklah,  terima  kasih.”  Aqeef  meletakkan  kertas  yang  diterimanya  sebentar  tadi  di  dalam  meja.  Dia  meletakkan  kepalanya  di  atas  meja  semula.  Bakri  kembali  ke  tempat  duduknya  semula.

***
Keesokan  harinya,  Aqeef  lambat  tiba  di  sekolah.  Semasa  dia  sampai,  guru  kelasnya  sudah  memulakan  sesi  pembelajaran  pada  hari  itu.  Aqeef  melangkah  masuk  melalui  pintu  belakang.  Cikgu  Naura  memerhatinya  lama  sebelum  menegur,  “Kenapa  awak  lambat,  Aqeef?”

Aqeef  berdiri  tegak  di  mejanya.  Begnya  diletakkan  di  atas  kerusi.  “Maaf.”  Jawabnya  ringkas.  “Aqeef,  selepas  kelas  ini,  jumpa  saya  sebentar  di  bilik  guru.”  Aqeef  duduk  tanpa  menjawab.  Cikgu  Naura  meneruskan  pengajaran  sehingga  kelasnya  tamat.  Aqeef  membuntuti  Cikgu  Naura  ke  bilik  guru.

Setelah  melepaskan  lelah,  Cikgu  Naura  berpaling  ke  arah  Aqeef.  Matanya  galak  merenung  Aqeef  tidak  lepas.  Aqeef  mengurut-ngurut batang  leher.  Baju  sekolah  di  rapikan.  Sesekali  matanya  mencuri  memandang  Cikgu  Naura.  Cikgu  Naura  bersuara  perlahan,  “Aqeef,  awak  ada  masalah?”

Aqeef  menggeleng.  Cikgu  Naura  bertanya  lagi,  “Kenapa  awak  lambat  hari  ini?”  Aqeef  menggeleng  lagi.  Kemudiannya  dia  berkata,  “Saya  terlajak  tidur.”  Mata  Cikgu  Naura  membuntang.  Hampir  sahaja  tangannya  memukul  Aqeef  yang  sedang  berdiri  menghadapnya.

Cikgu  Naura  menarik  nafas  panjang.  “Aqeef,  sepanjang  tiga  bulan  saya  jadi  guru  kelas  kamu,  saya  selalu  perhatikan  perangai  kamu.  Apabila  cikgu  beri  latihan,  kamu  tidak  buat.  Semasa  cikgu  mengajar  di  hadapan,  kamu  tidur  di  belakang.”  Aqeef  hanya  memandang  sekeliling  bilik  guru  itu.  Sesekali  dia  menundukkan  kepalanya.  “Sudah  hampir  dua  tahun  kamu  bersekolah  di  sini  tetapi  cikgu  tidak  pernah  dengar  cerita  yang  baik  keluar  dari  mulut  cikgu-cikgu  yang  pernah  mengajar  kamu.”  Sambung  Cikgu  Naura  lagi.

Kemudiannya,  Cikgu  Ashrif  melangkah  masuk  ke  bilik  guru.  Lama  dia  berhenti  di  sebelah  Aqeef  dan  barulah  dia  bertanya,  “Ada  buat  masalah  lagikah?”  Cikgu  Ashrif  memandang  Cikgu  Naura.  “Tidaklah.  Saya  yang  sengaja  memanggilnya  ke  sini.”  Lemah  sahaja  jawapan  Cikgu  Naura.  Dia  menyambung  lagi,  “Sekarang  awak  boleh  masuk  ke  dalam  kelas.  Lain  kali  kita  bincang  lagi.”

Seminggu  berlalu.  Hari  itu,  Aqeef  ke  kelasnya  seperti  biasa.  Sikapnya  masih  sama  walaupun  sudah  diberi  nasihat  oleh  Cikgu  Naura.  Baginya,  dia  ke  sekolah  kerana  itu  sahajalah  tempat  yang  dia  ada  selain  rumahnya  dan  tempat  kerjanya.  Semasa  sesi  pembelajaran,  hari  itu  kelasnya  menerima  seorang  pelajar  baru.

“Baiklah  semua.  Hari  ini  cikgu  hendak  perkenalkan  kawan  baru  kepada  awak  semua.  Cikgu  harap  awak  tidak  membuat  masalah.”  Cikgu  Naura  memanggil  seseorang  masuk.  Semua  mata  memandang  tepat  ke  arah  pintu  kelas  mereka.  Ada  sahaja  mulut  yang  tidak  henti-henti  berbicara.

Aliff bersuara  perlahan,  “Siapakah  budak  yang  baru  itu?  Kau  rasa  lelaki  ke  perempuan?”  Adi  di  sebelahnya  menjungkit  bahu.

Seorang  pelajar  lelaki  melangkah  masuk.  Pelajar perempuan  yang  berada  di  dalam  kelas  itu  tidak  berkelip  memerhatikannya.  Aliff  bersuara  lagi,  “Tengok-tengok  semua  mata  budak  perempuan  terarah  pada  pelajar  baru  itu!”  Nadanya  berbaur  cemburu.

Jinah  di  hadapannya  berkata,  “Daripada  mata  kami  melihat  awak,  lebih  baiklah  kami  melihat  dia.  Menikmati  keindahan  ciptaan  Tuhan.”  Aliff  mencebik.  Dia  menghadiahkan  sebuah  jelingan.

“Sudah diam  semua!”  Cikgu  Naura  bersuara  lantang.  Apabila  kelas  kembali  tenang,  Cikgu  Naura  menyuruh  pelajar  baru  itu  memperkenalkan  dirinya.  Dia  berdehem  kecil  sebelum  memulakan  sesi  perkenalan  ringkas.  “Nama  saya,  Zafran.  Sila  beri  tunjuk  ajar.”

Aqeef  yang  sedari  tadi  terlentok  di  mejanya  menganggak  kepala  saat  mendengar  nama  yang  di  dengarinya.  Matanya  tajam  memandang  Zafran.  Dia  membetulkan  duduknya  sebelum  kembali  menunduk.  Muka  berkerut  seribu.  ‘Bagaimana  dia  boleh  berada  di  sini?’  Bisik  hati  kecilnya.

Zafran  merenung  Aqeef.  Lama  diperhatikannya.  Cikgu  Naura  menoleh  ke  arah  mereka  berdua.  ‘Macam  ada  yang  tidak  kena.’  Getusnya.  Cikgu  Naura  mengarahkan  Zafran  duduk  di  tempat  yang  kosong.  Dia  memulakan  kelasnya  yang  tertangguh  sebentar  tadi.

Waktu  rehat  itu,  Aqeef  masih  duduk  di  tempatnya  kaku.  Semua  pelajar  di  dalam  kelasnya  bergegas  ke  cafe  sekolah  untuk  menikmati  makan  tengah  hari  mereka.  Zafran  berginjak  dari  tempat  duduknya.  Dia  melangkah  menghampiri  Aqeef  yang  sedang  menghadap  ke  luar  melalui  cermin  tingkap.  Tangannya  di  masukkan  ke  dalam  poket  seluarnya.  Dia  berdehem  perlahan.  Aqeef  masih  seperti  tadinya.

“Apa  yang  kau  orang  berdua  buat?”  Tegur  satu  suara.  Zafran  menoleh  ke  pintu  kelas  mereka.  Dia  menunduk  sedikit.  “Jinah,  tiada  apa-apa.  Saya  cuma  mahu  melihat  cuaca  di  luar  sana.”  Jinah  mengangguk.  Dia  terus  melangkah  pergi.

Aqeef  bangun  dari  tempatnya.  Tidak  sempat  Zafran  ingin  menahan,  dia  sudah  keluar  dari  kelas.  Zafran  menumbuk  mejanya.  “Macam  mana  aku  nak  cakap  dengan  dia!”

No comments:

Post a Comment