MinYoung dan JiYong merupakan pasangan kekasih yang telah lama menjalinkan hubungan cinta. Mereka sering kali bersama-sama dalam melakukan pelbagai aktiviti. Perhubungan mereka yang sudah menjejaki usia empat tahun tidak pernah dilanda badai dan onak. Kebahagiaan sentiasa bersama mereka sehinggalah pada suatu hari, MinYoung dan JiYong telah bergaduh besar.
MinYoung menyilang tangannya. Dia menundukkan wajah hampanya. “Jadi, awak mahu tingaalkan saya?” JiYong menarik nafas panjang. Dia menarik tangan MinYoung. “MinYoung, saya tidak mahu meninggalkan awak. Saya minta maaf kerana memarahi awak tempoh hari. Saya... saya tidak ada niat mahu melukakan hati awak.”
MinYoung merentap tangannya. “Saya mahu putuskan hubungan kita. Saya sudah tidak mencintai awak. Selamat tinggal, JiYong. Do not come looking for me again. I hate you even more.” MinYoung berlalu pergi dalam tangisan yang disembunyikannya.
Seminggu berlalu selepas MinYoung memutuskan hubungannya bersama JiYong. Hari ini MinYoung bertemu dengan Seung Hyeon di sebuah lorong berhampiran tempat tinggalnya. Seung Hyeon menghampiri MinYoung yang sudah menunggunya. Dia menegur, “MinYoung!” Dia menoleh apabila namanya di panggil. “Seung Hyeon, awak sudah sampai. Maaflah saya memanggil awak petang-petang ini.” Dia menghadiahkan Seung Hyeon sebuah senyuman.
Seung Hyeon menggeleng laju. “Tidak mengapa.” Dia memandang MinYoung. Dia tahu MinYoung sedang bersedih. MinYoung melepaskan helanya sebelum berbicara, “Seung Hyeon, saya ada perkara mahu memberitahu awak. Sebelum itu, saya mahu awak berjanji dengan saya, awak tidak akan memberitahu sesiapa.” MinYoung merenung anak matanya.
Seung Hyeon mengangguk lemah. MinYoung menyambung, “Sebenarnya, saya menghidapi penyakit cancer otak. Keadaan saya sudah sangat kritikal.”
Seung Hyeon melopong. Matanya membesar. “Macam mana... Nanti, sebab inikah awak berubah dan bersikap dingin terhadap JiYong?” MinYoung mengangguk tanpa mengangkat mukanya.
“Saya tidak mahu JiYong bersedih atas pemergian saya nanti. Biarlah dia membenci saya. Saya tidak mahu dia kecewa dengan saya. Tolong rahsiakan perkara ini daripada dia.” MinYoung merayu. Dia memegang erat tangan Seung Hyeon.
MinYoung membuka sebentuk cincin yang sudah lama tersemat di jarinya. Dia menyerahkannya kepada Seung Hyeon. “Ambil ini dan simpankanlah untuk saya.”
“Awak tidak akan menyesal?” Soalnya. MinYoung menggelengkan kepalanya. Seung Hyeon menarik MinYoung di dalam pelukannya. Dia cuba menenangkan MinYoung.
Namun, tanpa mereka sedari, tidak jauh daripada tempat mereka berjumpa, JiYong bersama Dae Sung, SeungRi dan TaeYang memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Mereka yang lain kecuali JiYong mengetahui perkara sebenar kerana awal-awal lagi, MinYoung sudah memberitahu mereka tentang penyakitnya.
JiYong ingin berlari ke arah Seung Hyeon dan MinYoung tetapi di tahan mereka. MinYoung berlalu pergi apabila menyedari kehadiran mereka. Sempat dia berpesan kepada Seung Hyeon, “Saya harap awak dapat membantu saya. Buatlah apa sahaja asalkan dia percaya bahawa kita bersama.” Seung Hyeon mengangguk.
JiYong melangkah laju ke arah Seung Hyeon. Dia menumbuk muka Seung Hyeon tanpa sempat di tahan sesiapa. Seung Hyeon terjatuh. JiYong menjerit lantang, “Kau kejam, Seung Hyeon!!” SeungRi yang berada berhampiran Seung Hyeon membantunya untuk bangun semula.
Seung Hyeon dan JiYong menolak antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Tae Yang menghampiri mereka dan di ikuti oleh Dae Sung dan SeungRi. Mereka menghalang Seung Hyeon dan JiYong dari terus bergaduh dan bertumbukan.
“Mengapa kau orang berdua mahu bergaduh? Bukankah kita semua kawan baik sejak dahulu lagi?” TaeYang bersuara lantang. Dia merenung seorang demi seorang.
JiYong mencebik lalu berkata, “Kawan baik? Kawan baik yang sanggup rampas girlfriend kawan sendiri? Itu yang kau kata kawan baik? Boleh jalanlah!!!” JiYong terus berlalu tanpa menoleh ke arah mereka semula. Hatinya sakit. Segala memorinya bersama Sandara kembali berlegar-legar di ruang fikirannya.
“JiYong-ah, janji dengan saya, awak tidak akan tinggalkan saya walau apa jua yang berlaku.” JiYong menekup telinganya. Dia menjerit sekuat-kuat hatinya. Dia cuba untuk mengusir suara MinYoung yang terngiang-ngiang di telinganya.
JiYong berdiri di hadapan cermin muka di biliknya. Dia merenung ke dalam cermin itu. Nafasnya turun naik cuba di kawal. Tangannya digenggam erat. “MinYoung, why are you doing this to me?!” Cermin di hadapannya di tumbuk dengan tangannya. Berderai kaca-kaca di atas lantai biliknya.
TaeYang menghampiri pintu bilik JiYong dan mengetuknya perlahan. “JiYong, jom kita keluar. Kau duduk di dalam bilik pun, bukannya kau buat apa.”
JiYong menoleh ke arah pintu biliknya. Dia mendengus perlahan dan berkata, “Hmm, tunggu sebentar.” Dia bersiap ala kadar sahaja. Dia sudah tidak punya hati untuk berpakaian kemas dan up-to-date. “Jom.” Ajaknya ringkas.
Sesampai mereka di sebuah shopping kompleks, Dae Sung dan SeungRi sudah menunggu. Mereka bergerak ke arah lif berhampiran. Tiba-tiba, JiYong ternampak Seung Hyeon dan MinYoung di dalam sebuah kereta. Dia berlari ke arah mereka sambil menjerit, “Kurang ajar!!! Kalau kau mahu menyakitkan hatiku sekali pun, tidak perlulah sampai begini. Aku sudah cukup terseksa dengan mainan kau orang!!”
JiYong memanjat kereta Seung Hyeon dari depan. Dia mengetuk-ngetuk cermin kereta itu. Seung Hyeon di dalam tersenyum puas melihat aksi JiYong. Dia seakan-akan mengejek kekalahan JiYong. “Aku benci kau sampai mati, Seung Hyeon!! Mulai hari ini, persahabatan kita putus!” Dia seraya melangkah pergi meninggalkan mereka.
Seung Hyeon menarik nafas panjang. Dia memandang MinYoung simpati. “Maafkan saya, Seung Hyeon. Disebabkan saya, awak dan JiYong bergaduh.” Seung Hyeon menggeleng laju. “Tidak mengapa.”
Dae Sung menghampiri Seung Hyeon. Dia menggigit-gigit jarinya lantas berkata, “Hyung, tidak mengapakah kita buat begini? Saya kesian dengan JiYong hyung.” Dia memandang SeungRi dan TaeYang.
“Seung Hyeon hyung, saya rasa kita patut memberitahunya perkara sebenar. Takkan mahu biarkan dia terus bersalah sangka?” SeungRi menyambung.
“Biarlah dahulu. Kelak nanti dia akan tahu juga.” Seung Hyeon memerhati JiYong yang sudah jauh dari pandangan mereka. “MinYoung, awak pulanglah dahulu. Esok awak perlu ke hospital.” Dia keluar dari perut kereta.
Sebulan berlalu semenjak peristiwa pergaduhan antara Seung Hyeon dan JiYong. Dae Sung, TaeYang dan SeungRi sudah kehabisan idea memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah mereka. “Dae Sung-ah, kau rasa apa patut kita lakukan sekarang?
“Hyung, kita berterus-terang dengan JiYong hyung sahajalah. Sampai bila mahu biarkan mereka bergaduh?” Dae Sung memandang TaeYang dengan matanya yang kuyu. Dia menyambung, “MinYoung nuna pun semakin hari semakin lemah. Saya tidak mahu nanti kita menyesal kerana tidak membenarkan JiYong hyung berjumpa dengan MinYoung nuna untuk kali terakhir.”
SeungRi mengangguk setuju. “Hyung, apa kata hyung jumpa JiYong hyung dan beritahunya perkara sebenar? Lagipula, hyung lebih rapat dengannya berbanding kami berdua.” SeungRi memberikan pendapatnya.
Petang itu, TaeYang pergi berjumpa dengan JiYong. Dia menceritakan segala-galanya kepada JiYong. Ternyata, JiYong amat terkejut dengan apa yang di dengarinya. “Aku harap kau tidak marah pada Seung Hyeon lagi. Dia buat itu semua kerana MinYoung.”
JiYong menggenggam rambutnya dan di tarik kuat. “Kenapa baru sekarang kau bagitahu aku? Apa aku boleh buat sekarang?!!!” Dia menjerit kuat. Tiba-tiba, telefon bimbit TaeYang berdering.
Sebaik sahaja dia menjawab, “Hyung, MinYoung nuna kritikal. Cepat bawa JiYong hyung ke sini.” Di hujung talian, SeungRi memberi arahan ringkas. TaeYang yang terkejut dengan berita yang di dengarinya mengangguk dan terus menarik JiYong mengikutinya.
“TaeYang-ah, where are we going?”
“We don’t have more time. MinYoung kritikal sekarang.”
Sesampai sahaja mereka di hospital, JiYong terus berlari mencari bilik yang menempatkan MinYong. Dipertengahan jalannya, JiYong terserempak dengan Seung Hyeon. Dia tidak mempedulikan Seung Hyeon dan terus berlari tetapi tangannya di tarik oleh Seung Hyeon.
Seung Hyeon mengeluarkan sebentuk cincin dari dalam poket seluarnya. Dia menyerahkannya kepada JiYong dan bersuara perlahan berkata, “Sorry for lying. MinYoung.. really love you a lot.” JiYong terus menangis di situ. Air mata yang cuba di tahan akhirnya tertumpah juga.
JiYong terus berlari ke bilik pembedahan yang menempatkan MinYoung tetapi dia tidak di benarkan masuk. Dae Sung dan SeungRi menghampirinya dan memeluknya. Mereka cuba untuk menenangkan JiYong.
“Hyung, kami minta maaf.”
JiYong menggeleng. Dia terduduk di atas lantai. “MinYoung, kenapa awak perlu sakit seorang diri? Kenapa awak tipu saya?” Dia menumbuk-numbuk lantai hospital itu.
Pintu bilik pembedahan terbuka. JiYong lantas bangun dan menghampiri doktor yang mengiringi katil MinYoung. Dia menggenggam tangan MinYoung. “MinYoung, maafkan saya kerana tidak dapat menjaga awak dengan baik.”
TaeYang memegang bahu JiYong. “MinYoung ada berpesan, jangan meratapi pemergiannya. Relakanlah dia pergi dengan aman. Dia sentiasa menyayangi kau.” TaeYang menghulurkan sebuah pemain mp3 kepada JiYong.
“Apa ini?”
“Dengarlah. MinYoung buat lagu ini untuk kau.”
JiYong mendengar pesanan yang dirakam oleh MinYoung di dalam mp3 itu. Di akhir rakaman itu, sebuah lagu yang bertajuk Day By Day dinyanyikan oleh MinYoung untuknya. “Semoga kau bahagia di sana, sayang. Tunggu aku. Aku pasti akan menyusul kemudian.”
I'm sorry very much to V.I.P(s) for having to use this song to make a parody. So sorry if you guys do not like my writing.
No comments:
Post a Comment