“Lambat
kau hari ini,
Ammar.” Dini memandang
sekilas.
“Ada hal sikit
pagi tadi. Saya
masuk kelas dulu
ye kak.” Dini
hanya mengangguk tanpa
memandangnya. Selesai kelasnya
petang itu, Ammar
menunggu Naz di
pejabat Kak Mai.
Dia bermain-main dengan
pensel di atas
meja.
“Mana
Naz ni. Dia
mendera budak-budak ke
apa?” Bebelnya seorang
diri.
Kak Mai masuk
ke dalam biliknya
bersama Naz. Mereka
baru sahaja kembali
dari stor di
tingkat atas untuk
mengira stok. Dia
menegur Ammar yang
masih tidak sedar
akan kehadiran mereka. “Apa yang Ammar
bebelkan tu?”
Ammar
menoleh. “Akak, tak
ada apa-apa.” Dia
menjengkilkan matanya pada
Naz. Mulutnya berkumat-kamit berbisik
pada Naz. “Ini,
akak nak minta
tolong boleh?” Kak
Mai menyelongkar file
di atas mejanya.
Naz
menghampiri Kak Mai.
“Tolong apa Kak
Mai? Kalau nak
suruh Naz susun
file-file, Naz minta
maaf sangat-sangat. Memang
Naz tidak boleh
membantu Kak Mai. Naz bukanlah
seorang yang boleh
bekerja dengan file-file
yang menimbun.” Dia
melambai-lambai tangannya tanda
tidak mahu.
“Apa
yang Naz melalut
ni?”
“Bukan
ke?” Naz tersengih.
“Kak Mai nak
minta tolong kau
orang berdua belikan
barang untuk tuisyen
ini. Banyak barang
yang sudah habis.”
Kak Mai menyerahkan
sekeping kertas yang
digunakannya tadi untuk
mencatit keperluan pusat
tuisyennya yang sudah
hampir habis.
Kertas
bertukar tangan. Ammar
menilik setiap perkataan
di dalam kertas
itu. “Banyaknya kak.”
Komennya. Naz menarik
kertas itu perlahan.
Dia membaca senarai
barangan yang perlu
di cari nanti.
“Ha’ah Kak Mai.
Macam mana kita
orang nak bawa
nanti? Kami ini
ahli-ahli kelab motosikal
sedunia.”
“Kalau
masalah kenderaan jangan
risau. Naz dengan
Ammar boleh guna
kereta yang dekat
rumah tu. Yela,
walaupun kereta tu
sudah lama tapi
ianya masih boleh
digunakan. Setakat alat-alat
tulis, bolehlah nak
sumbat dalam Wira.”
Kak Mai menyerahkan
segugus kunci kepada
Ammar.
“Bila
nak pergi beli?”
Soalnya kepada Naz.
“Petang
ini?” Ammar berkira-kira
untuk memberi kata
putus. Seketika kemudian
dia bersuara, “Okay,
petang ini dalam
pukul tiga aku
datang.” Naz mengangguk.
Lewat
petang itu, Ammar
dan Naz bergerak
ke KL Mall untuk
mencari barang-barang keperluan
pusat tuisyen yang
di pesan oleh
Kak Mai. Mereka
menaiki kereta yang
di pinjam daripada
Kak Mai. Maklum
sahajalah, mereka masih
belum mampu untuk
membeli kereta sendiri.
Naz yang berada
di sebelah tempat
memandu membetulkan duduk.
“Aku rasa tak
sedap hatilah.”
Ammar
memandangnya sekilas. “Kenapa
pula? Tadi dia
yang beriya-iya.” Dahinya
berkerut.
Naz
mengangkat bahu. “Entah.
Macam ada sesuatu
yang bakal terjadi
hari ini. Apa
kata kalau kita
cancel? Kita pergi
esok sahaja.” Dia
merenung Ammar.
“Kita
sudah gerakkan. Buang
masa kalau mahu
berpatah balik. Alang-alang
sudah keluar, kita
pergi sahajalah.” Ammar
masih memandu dengan
tenang.
“Baiklah.
Aku ikut sahaja.”
Naz cuba mengusir
perasaan tidak eloknya.
Dia membuka radio
untuk menenangkan hati.
Mereka bernyanyi bersama-sama
apabila lagu kegemarannya
berkumandang. “I love you, baby I’m not a monster.
Neon al-janha yejeon
nae moseubeul shi-gani
chinamyeon sarajyeo beoril.
Tende keu ttaen
al tende baby.”
“Kau
memang monster Naz!”
“Apa hal pula
aku monster?”
Ammar
mengekek ketawa. “Sebab
kau garang sangat
macam monster.”
Naz
memukulnya sebaik sahaja
berkata, “Kurang asam
jawalah kau ni.”
Tangannya laju bergerak.
Ammar hilang kawalan
sedikit.
Tanpa mereka sedar,
traffic light di
hadapan mereka sudah
bertukar kepada warna
merah. Dia tidak
sempat mahu berbuat
apa-apa. Brek di
kaki di tekan
kuat namun tidak
sempat untuk memberhentikan kereta.
“Bukkk!!!”
Mereka sudah berlanggaran
dengan kereta Waja
di depan. Naz
dan Ammar berpandangan.
Naz
menggigit bibirnya. Tangannya
sudah menggeletar. “Ammar,
apa kita nak
buat.” Ammar menggeleng.
Mereka memerhatikan kereta
di depan. Pemandu
itu mengisyaratkan supaya
mereka berhenti ke
tepi setelah traffic
light kembali bertukar
hijau.
“Ammar
aku takut.” Naz
menggenggam erat lengannya.
“Kau
duduk dalam sahaja.
Jangan keluar.” Ammar
membuka pintunya keluar.
“Perempuan. Susahlah nak setle.” Getus
hatinya. Dia menghampiri
perempuan itu yang
dia kira berusia
antara 35 ke
40 tahun. Dia
menunduk sedikit serta
meminta maaf. “Maaf,
puan. Kami tidak
sengaja.”
Sambil
berpeluk tubuh, dia
merenung Ammar tajam.
“Maaf? Minta maaf
memang senang. Ini,
siapa nak tanggung?”
Ammar menelan air
liur. “Saya tahu
saya salah puan,
saya minta maaf.
Saya akan tanggung
semuanya.”
Wanita
itu mencebik. “Awak
ni ada lesen
atau tidak? Kalau
saya report polis
macam mana?”
“Saya
ada lesen dan
ianya international license.
Kalau puan nak
report polis, silakan.”
Ammar tenang menjawab.
“Sekarang
ini saya tidak
boleh lama-lama.” Wanita
itu kembali ke
keretanya. Dia mengambil sebuah
buku nota. “Bagi
saya nombor telefon
dan nama awak.
Saya tak suka
betullah bila jadi
macam ini. Awak
bawa kereta ini,
siapa punya?”
Setelah
menulis maklumat dirinya,
Ammar menyambung tegas,
“Ini kereta kakak
kawan saya dan
saya mendapat kebenaran
untuk memandunya.”
Wanita
tersebut terus melangkah
ke dalam keretanya
semula. Sempat dia
memesan, “Kalau saya
telefon awak, pastikan
awak angkat. Jangan
cuba-cuba hendak lari!”
Dia memecut laju
keretanya.
“Gila
apa mak cik
ini? Laju gila
bawa kereta.”
Ammar
memeriksa kereta Kak
Mai. Mujur sahaja
hanya nombor plat
yang tertanggal. “Tidaklah
kuat sangat aku
cium dia. Kalau
aku tahu perangai
macam itu, tidak
adanya aku nak
cium dia! Geli
aku.” Badannya menggigil
sekejap. Dia berlari
memasuki perut kereta.
“Macam
mana?” Naz menyoal
sebaik sahaja dia
duduk.
Ammar
menggeleng-gelengkan kepala. “Mak
cik itu gila
kau tahu?” Dia
menceritakan apa yang
dibualkan mereka.
“Ammar,
kita baliklah.”
“Habis,
barang-barang macam mana?”
“Kita
pergi lain kali
sahajalah.” Ammar mengangguk
perlahan.
"Ammar,
aku minta maaf.
Kalau aku tidak
memukul engkau, pasti
kau tidak akan
terleka."
***
“Hello,
ini Ammar Ikram?”
Tegur satu suara
di hujung talian.
Ammar mengerut dahinya,
‘Siapa pula ni?’
Dia melihat kembali
nombor yang tertera
di skrin telefonnya.
‘Nombor tidak di
simpan.’
“Ya,
saya. Ini siapa?”
Soalnya.
“Saya
yang awak langgar
tadi.”
“Ops,
pembetulan ya, puan.
Bukan langgar tetapi
‘ter’langgar.” Dia mengetap
bibir. Mak cik
poyo rupanya.
“Whatever.
So bila kita
boleh jumpa?” Dia
ringkas bertanya.
“Kenapa
dengan kereta puan?
Ada apa-apa masalahkah?”
“Yes.
Masa saya bawa
tadi, ekzos kereta
saya berbunyi lain
dari yang selalu.”
“Jadi,
puan mahu saya
buat apa? Bayar
ganti rugi atau
macam mana?”
“Bila
saya boleh jumpa
awak?”
“Okay
begini, puan beritahu
saya di mana
dan bila saya
boleh datang.”
“Sekarang.
Saya tunggu di
padang berdekatan.”
“Maaf
puan, sekarang saya
tidak boleh kerana
saya di dalam
kelas sedang mengajar.
Baiklah begini, apa
kata kita jumpa
pada hari Isnin
nanti.”
“Saya
tidak mahu nanti
awak kata saya
menipu.” Wanita itu
sudah meninggikan suaranya.
Ammar menarik nafasnya.
“Tidak.
Saya tidak akan
kata puan menipu
sebab nanti dekat
akhirat biar Allah
yang tentukan siapa
menipu. Saya percaya
kata-kata puan.” Tiada
balasan darinya. Beberapa
ketika kemudian, barulah
wanita tersebut menjawab,
“Baiklah. Pagi Isnin
kita jumpa di
padang ini.” Dia
terus mematikan panggilan.
Ammar
terkedu. “No manners!!
Harap umur sahaja
banyak, budi bahasa
kurang.” Naz yang
sedang memerhatikannya sedari
tadi menegur, “Apa
kau bising-bising ni?”
Dia mengambil buku
kedatangan dan menandatangannya.
“Mak cik poyo
itulah. Call orang
tapi tiada budi
bahasa. Tahulah kita
salah tapi janganlah
nak berlagak sangatkan.”
“Dia
call kau?” Ammar
mengangguk. “So, apa
dia kata?”
Ammar
menjawab ringkas, “Jumpa
dia pagi Isnin.”
Ammar mengambil bukunya
dan berlalu ke
kelasnya.
“Aku nak ikut.”
Naz menjerit perlahan.
Seperti
yang dijanjikan, pagi
itu Ammar dan
Naz menunggu di
padang berdekatan rumah
mereka. Setengah
jam
berlalu, namun orang
yang di tunggu-tunggu masih belum
menampakkan byangnya. Naz keluar
dari perut kereta.
“Rimaslah duduk dalam
kereta lama-lama.”
Sebuah kereta
menghampiri mereka. Naz mendekatkan
dirinya pada Ammar
dan berbisik perlahan,
“Itu ke perempuan
poyo yang kau
cakap?” Ammar mengangguk
kecil. “Kau duduk
sini diam-diam.” Dia
melangkah ke arah
wanita tersebut.
Naz memerhati
dari jauh. Dia terlihat
wanita itu menaikkan
tangannya seperti mahu
menampar Ammar. “Weyh,
melampau betul!! Tak tahu
undang-undang ke?” Naz
mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Aku nak rakam
apa yang dia
orang buat. Kalau dia
nak masuk balai,
boleh aku tunjuk
video ni dekat
polis.”
“Awak,
kalau tak ada
duit cakap!” Wanita
itu meninggikan suaranya.
Ammar dengan
tenang menjawab, “Memang
saya tak ada
duit. Tidak mengapa,
saya tidak kisah
jika duit saya
tidak sebanyak duit
puan.” Wanita itu
memotong, “Lain kali
cakap awal-awal kalau
tidak ada duit. Menyusahkan
orang
sahaja. Aku lempang
juga budak ni.”
Ammar menarik
nafas panjang dan di lepaskan
dengan berat. “Duit
tidak menjamin apa-apa.
Puan mahu lempang
saya? Silakan dan
saya tidak akan
membalas apa-apa. Beginilah puan,
sekarang puan beritahu
saya apa yang
puan nak saya
buat? Kalau puan
nak ke balai
polis pun, saya
tidak kisah.”
“Saya
nak awak ganti
kereta saya ni.”
Katanya tanpa memandang
Ammar.
“Baik,
saya akan bayar
ganti rugi. Berapa yang
puan mahu?”
“Saya
tak nak duit
awak. Saya nak
awak baiki kereta
saya.”
Sedang mereka
berbincang, mereka di
datangi sekumpulan polis
peronda. Mereka bertanyakan
tentang masalah yang
sedang mereka bincangkan.
Ammar membiarkan wanita
itu berbicara tanpa
mencelah sedikit pun. Dia
sudah
malas mahu mnegambil
tahu.
Polis itu
tergelak kecil dan
berkata, “Beginilah puan,
hal ini kecil
sahaja. Tidak perlulah
diperbesarkan.” Polis tersebut
memandang Ammar lalu
menyambung, “Encik, saya
rasa lebih baik
encik bawa kereta
puan ini ke
bengkel dan baikinya.
Tidak perlulah membuat
laporan polis kerana
kemalangan yang berlaku
kecil sahaja dan
kerosakannya pun sedikit sahaja.”
Ammar tersenyum
melihat reaksi wanita
itu yang sudah
berubah air mukanya.
Malu gamaknya apabila
di tegur begitu.
“Terima kasih, tuan. Saya
sudah
mengajaknya sejak tadi
lagi tetapi puan
ini masih mahu
tercegat di sini.”
Polis itu
beredar setelah berjabat
tangan dengannya. Ammar menyuruh
wanita itu mengikutnya
ke bengkel kereta
yang sudah menjadi
tempat kebiasaan ibu
bapanya menghantar kereta
jika ada masalah.
“Saya
tidak mahu bengkel
bawah jambatan.” Wanita
itu memberi kata
putus.
‘Ingat
dia bagus sangat
ke.’ Ammar terus
melangkah ke kereta.
Dia memecut laju
ke bengkel kereta
berhampiran. Sesampai mereka
di bengkel itu,
Ammar memberitahu mekanik
cina itu dan
menyuruhnya memeriksa kereta
wanita itu.
Wanita itu
sempat berbual dengannya
semasa pemeriksaan sedang
dilakukan. Naz mencebik
memandang mereka. “Poyo
gila nak cakap
bahasa cina. Dia ingat
dia baguslah?”
“Biarlah
dia Naz. Aku malas
nak tunggu. Aku pergi
settlekan bayaran jap.”
Naz menganggul. Ammar menyelesaikan
urusannya di kaunter.
Sesudah kembali,
dia tersenyum lebar.
“Kau dah kenapa?”
“Kau
tahu apa uncle
tu cakap?” Naz
menggeleng. Dia menyambung,
“Itu perempuan, saya
rasa dia ada
masalah. Dia suruh
saya charge awak
lebih punya. Tapi saya
sudah lama kenal
awak jadi saya
kasi murahlah. Sini saya
kasi tulis RM300
tapi you bayar
RM250 sahajalah. Ini sikit
punya ma.” Ammar meniru
gaya uncle itu
bercakap. Naz sudah
tergelak melihatnya.
Naz
sempat menjerit, “Uncle,
you’re the best!”
Dia mengenyitkan matanya.
No comments:
Post a Comment