Aku mencampakkan
diriku di atas
katil empuk. Mengenangkan
peristiwa yang berlaku
kepadaku semenjak dua minggu yang
lalu, aku tertawa
sendirian. “Siapa dia
yang sebenarnya? Bila
aku tengok dia
hari itu, macam
kenal sahaja.” Aku
memandang ke syiling
rumah. Aku termenung
jauh cuba mengingatinya.
Naz bangun
dari pembaringannya secara
mengejut. “Aku sudah
ingat!” Dia berlari
mendapatkan sebuah album
gambar di atas
mejanya. “Sudah aku
agak, pasti dia
yang selama ini
aku cari. Akhirnya,
kau munculkan diri
juga.”
Naz tersenyum
lebar. “Patutlah hari itu dia
cakap, dia juara
menyanyi. Kenapalah aku
tidak terfikir ketika
itu? Aku siap
boleh bercerita tentang
dia dekat diri
dia sendiri. Malunya
aku.” Naz meraup
laju mukanya.
Ashril Nazwan
mengetuk pintu bilik
adiknya. Diam tidak
berjawab. “Sudah tidurkah?”
Dia memulas perlahan
tombol pintu. Dia
menjenguk ke dalam
bilik adiknya. Dia
tersenyum nipis melihat
adiknya yang sedang
asyik melihat album
gambar. “Bukan main
khusyuk lagi aku
tengok budak ini.
Patutlah tidak berjawab.”
Ashril melangkah
perlahan. Dia menjingkit
sedikit supaya kehadirannya
tidak di sedari
Naz. Dia menolak
perlahan bahu adiknya
sambil menyergahnya, “Apa
yang adik buat?!!”
Naz menutup album
gambar yang di
pegangnya. Dia menyorokkannya di
dalam laci mejanya.
Naz bangun dan
melangkah ke katilnya
semula. “Kenapa Abang
Aril masuk bilik
orang tanpa memberi
salam? Tidak baik
tahu.”
Ashril tergelak
kecil. Dia menghampiri adiknya.
“Abang Aril tidak
memberi salam? Ini
tengok tangan Abang
Aril.” Ashril menghulurkan
tangannya dan menyambung,
“Sudah naik merah
tangan Abang Aril
ketuk pintu bilik
Naz. Dia yang
berangan ingat kekasih
lama, sampai kita
ketuk pun dia
tidak sedar, kita
pula yang dipersalahkan.”
Naz mencebik.
Dia memandang Ashril
pelik. “Abang Aril
masuk bilik Naz
ada apa?”
“Tiada apa-apa.
Abang Aril datang
menjenguk sahaja. Sudah
lama tidak bersembang
dengan Naz.”
Dahi Naz
berkerut. “Abang Aril
tidak sihatkah? Tiba-tiba
sahaja mahu mengajak
Naz bersembang. Oh,
maklumlah orang sibuk.
Mana sempat mahu
bersembang dengan adik
sendiri.” Naz berpura-pura
merajuk.
“Bukan tidak
mahu bersembang dengan
Naz, tapi Abang
Aril sibuk sangat.
Lagipun, Abang Aril
tengok Naz macam
tidak ada masa
sahaja.”
“Eh, dia
yang sibuk sepanjang
masa mahu salahkan
kita pula.”
Ashril tergelak
kecil. ‘Adiknya ini
kalau mengenakan orang
memang tidak pernah
gagal. Ada sahaja
ideanya.’ Bisiknya di
dalam hati. “Naz,
sebenarnya ada orang
nak jumpa Naz
dekat bawah.” Akihrnya
Ashril berterus terang.
Naz mengangkat
sebelah keningnya tinggi.
“Siapa?”
“Entahlah. Abang
Aril tidak kenal
tapi dia cakap
dia kawan Naz.”
Naz menggaru
dagunya. Dia mengetuk
hujung jarinya di
dahinya. “Lelaki ke
perempuan?”
Ashril membelek-belek majalah
yang sudah berada di
tangannya. Tanpa memandang
Naz, dia menjawab,
“Lelaki.” Naz memandang
Ashril. Dia merampas
majalah di tangan
Ashril. “Abang Aril,
Naz tanya ni.
Abang Aril boleh
baca majalah pula.
Orang tengah pening
fikir, dia boleh
rileks sahaja.”
Ashril merenung
Naz. Dia menggenggam
erat tangan adiknya.
“Naz, kalau pening
sangat, apa kata
Naz turun bawah
pergi tengok siapa
yang cari Naz
tu. Abang Aril
tidak kenal dia
siapa macam mana
Abang Aril nak
bagitahu.” Dia mengambil
semula majalah yang
di bacanya tadi.
Naz bangun
mencapai tudungnya yang
tersangkut di kerusi.
Dia menyarung dan
bersiap ringkas. Dia
melangkah ke pintu
biliknya. “Abang Aril,
tak payah nak
poyo sangat macam
tengah khusyuk membaca. Sila
keluar dari bilik
Naz.”
Naz melangkah
ke arah Ashril
semula. Dia menanti
Ashril. “Abang Aril.”
Perlahan tetapi cukup
tegas nadanya. Ashril
memandang sekilas. “Kenapa?”
Naz mengetap
bibirnya. “Abang Aril,
keluarlah. Ingat Naz
nak bagi Abang
Aril duduk dalam
bilik Naz? Jangan
harap!”
Ashril masih
menyandar di kepala
katil seperti tadi.
Dia meneruskan pembacaannya.
Naz mencapai sebiji
bantal lalu membalingnya
ke arah Ashril.
“Abang Aril!!!”
Ashril pantas
meletakkan majalah di
atas meja. Dia
melangkah laju keluar
dari bilik itu.
Sempat dia berkata,
“Nak pinjam bilik
sekejap pun tak
boleh!” Naz medengus
perlahan. Dia menutup
pintu biliknya dan
turun ke bawah.
Naz
mengintai di
sebalik pintu. “Macam
mana pula Mr.
Secret boleh tahu
rumah aku di
mana?” Getusnya. Dia
mengetuk kepalanya. “Pelupa
betul aku ni.
Tadi baru je
tahu siapa Mr.
Secret ni. Memang
patutlah dia tahu
di mana rumahku.”
Naz menghampiri
Mr. Secret yang
berada di taman
mini rumahnya. “Kenapa
kau datang sini?”
Naz menjeling ke
arah Mr. Secret.
‘Dia ni tersengih-sengih kenapa?
Aku humban dalam
kolam ikan tu
nanti tahulah.’ Bisiknya.
Mr. Secret
memandang Naz. Dia
memusingkan badannya menghadap
Naz. “Kau ni
asyik nak marah-marah
sahaja. Cubalah kau
senyum sikit. Tengok
muka kau tu,
dah berkedut.” Jari
telunjuknya di arahkan
ke muka Naz.
“Itulah, lain kali
jangan marah-marah. Cuba
senyum sikit.” Dia menayang-nayang senyumannya
di hadapan Naz
sambil menyanyi, “Senyum,
tak perlu kata
apa-apa.”
Naz tergelak
kuat melihat aksinya.
Dia menampar lembut
bahunya. “Kau memangkan.
Kau ingat aku
tidak tahu siapa
kau? Ini Ashiya
Nazratul, tiada rahsia
yang tidak dapat
diungkaikan.” Dia mendabik
dada. Hidungnya meninggi
setinggi burung yang
berterbangan di udara.
Tangannya sudah bercekak
di pinggang rampingnya.
Mr. Secret
mencebik. Mulutnya berkumat-kamit
mengajuk kata-kata Naz.
“Macamlah bagus sangat
budak yang bernama
Ashiya Nazratul tu.
Kalau kau tahu,
siapa nama aku?”
Soalnya.
Naz mengangkat
keningnya dan menjawab
penuh lancar, “Ammar
Ikram bin Effandy.
Pemenang pertandingan menyanyi
tahun 2001 tetapi
selepas berjaya memenangi
pertandingan itu, dia
telah melarikan diri.
Hilang tanpa khabar
berita yang di
tinggalkan walaupun secebis
ayat, selamat tinggal.
Tinggallah kawannya di
sini seorang diri.”
Naz menunduk teresak-esak
seolah-olah menangisi pemergiannya.
Ammar menekan-nekan
perutnya menahan gelak.
Sudah lama dia
tidak melihat aksi
over Naz. “Kau
memang suka terlebih-lebih over.
Tak payah nak
menangis sangatlah budak.”
Dia menolak Naz
perlahan. Akhirnya tawanya
terlepas juga.
Mata Naz
tajam menikam wajahnya.
Dia merenung Ammar
lama seolah-olah melepaskan
rindu dendamnya. ‘Sudah
macam pasangan kekasihlah
pula.’ Getusnya di
dalam hati. Dia
bersuara lantang, “Mana
kau menghilang selama
ini? Puas aku mencari kau.”
Tangannya laju memukul
Ammar.
Ammar mengaduh
sakit. “Janganlah pukul
aku. Macam mana
aku nak bercerita
kalau kau asyik
mahu memukul aku?
Cuba bawak bertenang.
Kita berbincang. Kau
ingat dengan cara
begini kita dapat
selesaikan masalah? Ini
menambahkan masalah lagi
adalah. Bertenang!”
“Apa kau
mengarut, sengal?”
“Betul apa.”
Naz menghentak
kakinya. “Aku sekeh
juga kau ni
nanti. Kau ingat
kita ada masalah
besar sangat ke?
Cara kau cakap
tu macam kita
kena masuk mahkamah
kalau nak settlekan
hal ini.”
Ammar menggigit
jarinya. “Bukan eh?”
Naz kembali
duduk di kerusi
yang menghiasi taman
mini mamanya. “Sekarang
kau cerita dekat
aku apa yang
jadi sebenarnya?”
Riak muka
Ammar berubah tiba-tiba.
Dia mengurut dahinya.
“Sebenarnya... aku bukan
nak menghilangkan diri.
Sesuatu telah terjadi
kepadaku.” Sebaik sahaja
dia habis berkata,
Naz menumbuk bahunya.
“Mangkuk ayun betul
mamat ni. Aku
serius dia main-main
pula.”
Ammar menoleh
ke arah Naz.
Matanya sudah memerah.
“Dengar dulu apa
yang aku mahu
katakan.” Dia menarik
nafas panjang dan di lepaskan
perlahan-lahan. Dia menyambung,
“Sehari selepas aku
memenangi pertandingan itu,
aku mendapat panggilan
dari...” Ammar menarik
nafas sekali lagi.
Dia diam.
Naz sudah
tidak senang duduk.
Dia nafasnya turun
naik menanti cerita
Ammar yang seterusnya.
Apabila lama menunggu
akhirnya dia bertanya,
“Asal kau suka
cerita sekerat-sekerat? Penatlah
aku nak tunggu.
Kau tahu, kalau
orang baca cerita
kau ni pun,
aku confirm punya
dia orang tak
nak baca dah.
Lembab sangat kau
bercerita.”
Ammar tersengih.
Dia menayang barisan
giginya yang elok
tersusun. “Aku bukan
apa. Aku nak
juga masukkan unsur-unsur
suspen.”
“Tak payah
nak suspen sangat.”
“Okay. Aku
dapat call dari
Super Junior. Dia
orang nak menyanyi
dengan aku atas
satu pentas.” Lancar
sahaja dia bercerita.
Dahi Naz
berkerut. “Super Junior?”
Ammar mengangguk laju.
“Kau, dapat call dari
Super Junior?” Dia
mengangguk lagi. “Idol
dari Korea tu?”
Ammar mengetap gigi.
“Iyalah. Berapa kali
kau nak tanya?”
Naz sudah
ketawa terbahak-bahak. “Engkau,
kalau nak menipu
aku pun, jangan
guna nama idol-idol
Korea. Kau nak
bohong tapi kau
kata Super Junior
call kau. Tahun 2001,
dia orang tu
still trainee dekat
SM. Tahun 2005
baru dia orang
debut, kau kata
SuJu call kau ajak
nyanyi sama-sama?” Naz
menepuk-nepuk dahinya. Dia
sudah mencangkung menahan
tawa.
Ammar menggigit
hujung lidahnya. “Alamak,
kau bukan tak
minat SuJu ke?”
“Kalau aku
tak minat, aku
tak boleh ambil
tahu fasal dia
orang?” Naz mengesat
air matanya yang
jatuh akibat ketawa.
“Kau tahulah
ye. Tak bolehlah
aku nak mengelat?”
Naz mengangguk.
Dia kembali tenang.
“Nope. Kau kena
cerita juga.”
Ammar melepaskan
lelah. “Aku ikut
family aku. Kau
tahukan family aku
buat bisness. Parents
aku banyak ke
luar negara mencari
peluang-peluang yang ada
untuk mengembangkan lagi
bisness mereka.”
“Habis, kenapa
kau tidak memberitahuku
awal-awal sebelum kau
pergi?” Dia masih
tidak berpuas hati.
“Macam mana
nak beritahu kau
kalau aku sendiri
pun baru tahu
pagi itu? Masa
itu, aku sudah
siap-siap mahu ke
sekolah, tiba-tiba ibu
suruh aku kemas
baju.” Dia menjuihkan
bibirnya. “Kau tahu
sahajalah ibu itu
macam mana. Kalau
dia kata merah,
maka dengan itu
merahlah jawabnya.”
“Kenapa kau
tidak menelefon aku?
Hantar emel ke?”
Naz mennyoalnya lagi.
Sudah seperti perisik
gayanya.
“Cik adik sayang, tahu
pula aku emel
kaukan. Zaman bila
pula sudah ada
emel semasa darjah
lima?”
Naz tersengih.
“Ada apa. Budak-budak
sekarang. Jangan kata
emel, facebook pun
mereka ada. Malah,
kawan-kawan dalam facebook
mereka lebih ramai
daripada aku.”
Ammar menggeleng.
“Sebab itu aku
tidak berapa hendak
setuju apabila ibu
bapa membenarkan anak-anak
mereka melayari media
sosial ini. Lihat
sahajalah berapa ramai
anak-anak kecil yang
sudah ada facebook.
Jangan sampi ianya
melalaikan sudahlah.”
Naz mengangguk
setuju. “Betul. Aku
kadang-kadang takut bila
tengok orang-orang yang
request hendak berkawan.
Kalau yang betul-betul
ikhlas tidak mengapa.
Ini tidak, ada
yang mengarut, mencarut
pun ada.” Menggigil
badannya apabila memikirkan
perkara itu.
“Kita ni
sudah melalut. Kau
tahu?” Ammar menyedarkanku.
“Tahu.” Kami
berpandangan. Tawa di
lepaskan kuat.
Naz menyambung,
“Jadi selepas ini,
kau balik sana semula?”
Ammar mengangkat
bahu. “Rasanya aku
tidak akan ke
mana-mana. Sudah besar,
takkan mahu menyusahkan
parents lagi.”
Naz mengangguk
kepala. “Kau nak
buat apa sekarang?”
“Kerja kot.”
“Kau mahu
kerja apa? SPM
pun kau tidak ada.”
“Itulah fasalnya.
Susahlah aku nak
cari kerja.”
Naz memetik
jarinya. “Kerja dengan
aku nak?”
Ammar mengerut
dahi. “Dengan kau?”
Naz mengangguk. “Dekat
pusat tuisyen tu?”
Dia mengangguk laju
dan menyambung, “Hari
itu Kak Mai
ada kata nak
cari cikgu english.”
Ammar menggosok-gosok dagunya.
“Hmm, okay juga.”
“Tapi, kau
kena interview dulu.”
“Tak ada
masalah. Bila?”
“Cantik! Esok,
kau datang tempat
aku. Nanti aku
bagitahu Kak Mai.”
“Okay!”
No comments:
Post a Comment