Aku ini, belajar tidaklah pandai sangat. Memandai-mandai bolehlah. Sekadar cukup-cukup makan sahaja. Sekarang, aku sudah bekerja. Ops! Jangan excited dahulu. Aku belum jadi manager artis lagi. Aku hanya seorang guru matematik di sebuah pusat tuisyen yang di miliki kakak iparku. Kerja sementara sahaja. Setiap hari, aku akan ke kelas tuisyen untuk berjumpa dengan anak-anak aku. Bukan, anak-anak murid aku. Aku...’
“Pin!!! Pinnn!!!” Aku tersedar dari mimpi. Aku menoleh ke belakang sambil mengangkat tangan tanda meminta maaf.
“Hoi, nak berangan balik rumahlah. Jangan duduk tengah jalan!” Jerit seorang pemandu yang aku rasa budi bahasa budaya kita yang dia miliki tidak cemerlang. Eh, budi bahasa dia yang tidak cemerlang ke aku yang sememangnya bersalah?
Baru aku tersedar, rupa-rupanya aku masih di lampu isyarat jalan raya. Boleh pula aku berangan? Alamak, buat malu sahajalah aku ini. Bukan sekali, tapi sudah banyak kali aku berangan di traffik light ini. “Maaf ye, bang! Lain kali saya buat lagi.” Laungku pantas. Pemandu itu hanya mampu menggeleng kepalanya melihatku. Bukannya aku tidak kenal dia siapa. Orang taman perumahan aku juga. Sengaja mahu bikin panas dia tu. Kalau tidak mengenakan aku memang tidak sempurna agaknya hidup dia.
“Oi, selalu ke kau buat kerja macam ni?” Tegur satu suara di belakangku. Aku menoleh sekali lagi. Tak ada orang! “Siapa pula yang bercakap tadi?” Bisikku perlahan. “Takkan siang-siang ada hantu? Ish! Mengarut. Mana ada hantu dalam dunia ni.” Sambungku.
“Sini!” Tegurnya lagi seakan-akan tahu apa yang sedang aku fikirkan. Aku mencari suara itu. Macam kenal sahaja suara itu. Aku memandang seorang pemuda yang aku rasa sebaya denganku di perhentian bas yang berhampiranku itu. “Awak ke yang bercakap dengan saya?” Tanyaku teragak-agak.
“Sayalah. Mari sini.” Arahnya. Suka-suka hati sahaja mengarah aku. Bagi sebiji tahulah. Ingatan untuk pembaca semua! Sekiranya ada orang yang tidak dikenali memanggil anda, tolonglah jangan dilayan! Aku menasihati orang jangan layan tapi aku pergi juga. ‘Kes aku lain. Ini cerita bukan realiti. Tolong jangan samakan, boleh tak?’
“Awak siapa?” Aku memberanikan diri menghampirinya. “Kau tak kenal aku?” Pertanyaanku di balas dengan pertanyaan. Ingat ini game apa main soal-soal tanpa jawapan? “Siapa kau? Maaflah aku tak kenal kau. Kau ni popular sangat ke sampai aku kena kenal? Tak sangka pula aku masih tidak mengenali kau kalau kau seorang yang tersangat popular. Kesian kau.”
“Kau memang tak pernah berubah, eh? Sama sahaja aku tengok kau ni. Cubalah matang sikit.” Dia yang masih berhelmet di kepala menasihatiku. “Siapa kau ni? Macam mana pula kau boleh tahu aku dari dulu macam ni? Kau ni stalker ke? Eii, seram aku dengan kau ni. Sudahlah berhelmet penuh, tak nampak muka.” Aku hendak meninggalkannya di situ.
“Ashiya!” Dia memanggil namaku. Pergerakkanku terhenti seketika. Terkejut apabila mendengar dia menyebut namaku. Pandanganku tepat ke arahnya. Aku merenungnya tajam!
“Siapa kau, ha? Bagaimana kau tahu nama aku? Nampaknya aku tersangatlah popular sehinggakan kau mengetahui namaku. Oh, tidakku sangka!” Aku mula membayangkan sesuatu. Aku ke sebuah shopping kompleks yang penuh dengan pengunjung dalam dan luar negara, kemudiannya semua orang memanggil-manggil namaku. Indahnya dunia!
“Woi, berangan lagi!” Strreettt angan-anganku musnah. Spoil betullah dia ni. Okay, berbalik kepada persoalan tadi. “Boleh tak kau beritahu sahaja dekat aku, siapa kau sebenarnya? Aku penatlah mahu bersoal jawab. Aku tidak ada masa ni.” Aku sudah tidak dapat menahan kemarahan. Ingat aku ada masa nak layan dia?
“Sungguh kau tak kenal aku?”
“Kalau aku kenal kau, tak adalah aku bertanya.”
“Lain kalilah aku bagitahu kau. Aku nak gerak dulu. Bye!” Laju sahaja dia memecut motosikalnya meninggalkan aku yang terpinga-pinga di bahu jalan. Tidak!!! Nanti orang ingat aku frust tepi jalan kena tinggal dengan boyfriend! Jangan salah sangka ya. Saya tidak kenal siapa orang itu.
***
Aku sampai di pusat tuisyen agak lewat hari ini. Ini semua salah Mr. Secret itulah. Kalau dia tidak berteka-teki dengan aku di bus stop tadi, pasti aku tidak akan terlewat. Aku mempercepatkan langkahku memanjat anak tangga. Aku membuka perlahan pintu pejabat kakak iparku.
“Ha!! Apa yang kau hendap-hendap tu?” Akibat terkejut dengan sapaan ‘manja’ itu, aku melompat sedikit ke belakang. “Ish, Kak Mai ni, kalau nak buat super spontan pun, janganlah menjerit dekat telinga orang. Terkejut Naz.” Aku berpura-pura baik di hadapannya menayang gigi putihku.
“Ingat awak tayang gigi tu, akak tidak jadi marahlah?” Kak Mai, kakak iparku merangkap isteri kepada abangku. Mestilah isteri abang aku, takkanlah isteri papa aku! Mengamuk mama nanti. Tersengih-sengih aku menahan gelak. “Apa yang Naz sengih-sengih tu?”
“Err...” Aku menjadi gugup serta-merta apabila terpandangkan wajah bengis-bengis manis Kak Mai. “Tak ada apa-apa Kak Mai. Sorry.” Sambungu perlahan. Aku menunduk sedikit.
“Kenapa lambat?” Tanya Kak Mai tenang.
“Tadi ada orang panggil tepi jalan.”
“Orang panggil, atau Naz berangan lagi di tepi jalan.” Akak aku yang seorang ni, kalau bab-bab serkap jarang aku, memang hebat. No wonder dia kahwin dengan abang aku.
“Mana ada kak. Betul ada orang panggil tepi jalan. Iyalah, mula-mula tu memanglah berangan.” Aku menceritakan apa yang terjadi di bahu jalan sebentar tadi sehingga menyebabkan kelewatanku hari ini. “Yang peliknya kak, dia boleh tahu nama Naz. Dia panggil Naz tadi. Ashiya!” Aku melakonkan semula bagaimana Mr. Secret memanggilku.
Sambil berkata, “Sudah! Naz tu kalau ajak bercerita memang tidak pernah habis. Sekejap lagi, selepas Dini keluar, awak masuk. Hari ini exam mesti di buat juga untuk budak-budak itu. Tidak lama lagi mereka sudah mahu start peperiksaan di sekolah.” Kak Mai menyerahkan selonggok kertas kepadaku.
Aku mengintai di sebalik pintu kelas. Seperti bertih jagung mulutku berkata-kata, “Dini ganti kelas Naz ke Kak Mai?” Kak Mai mengangguk. “Habislah Naz kena ceramah percuma dengan dia nanti. Alahai telinga. Kenapa Kak Mai suruh dia yang ganti?” Aku merungut perlahan.
“Itulah siapa suruh lambat.” Kak Mai mengapi-apikan aku. Sengaja betul! Si Dini tu, kalau sudah membebel memang tidak ingat dunia. Kalau ada ribut pun, belum tentu dia mahu berhenti. Makin menjadi-jadi adalah.
Pintu kelasku di buka dari dalam. Dini muncul di hadapan pintu kelas. “Alamak kak, dia keluar dah!” Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal mencari idea untuk mengelat. Idea-idea, datanglah cepat.
Dini melihat Naz dengan pandangan tajam menikam. “Ha, Naz baru sampai? Ingatkan sudah tidak mahu datang mengajar lagi. Lain kali, kalau hendak lewat ke, berhenti ke, dating ke, telefonlah dahulu. Tidak adalah aku menjadi bidan terjun kau. Kalau dapat gaji lebih tidak mengapalah juga. Jangan katakan gaji, aku kena pula melayan budak-budak yang banyak soalan itu. Aku bukannya apa...”
Aku sudah kata, dia kalau bercakap memang tidak ingat siang atau malam. Kalau teruskan lagi ni, mahunya kau orang bakar buku ini. Jadi, biar aku sekat dia dahulu. “Kak Dini, sudah-sudahlah merungut. Nanti Naz belanja makan, ya?” Aku cuba memujuknya.
“Kau ingat aku budak kecil ke nak main suap-suap?” Aik, tak jalan ke gaya yang ini? “Kau hendak belanja akak di mana?” Sambungnya lagi. Ingatkan tidak mahu tadi. Rupanya... Biasalah, malu tetapi mahu.
“Akak cakap sahaja di mana, nanti saya sampai!”
Kak Dini menyoalku, “Betul?” untuk meminta kepastian. Aku mengangguk lemah.
“Okay, nanti akak roger kau.”
“Sudah! Ashiya Nazratul, pergi masuk ke kelas, mulakan ujian mereka.” Kak Mai mengingatkan aku. Lupa pula ada kelas tengah tunggu.
“Baik bos!”
***
“Hai, jumpa lagi kita.” Mr. Secret menegurku. Mamat ini lagi. Kenapalah aku mesti berjumpa dengan mamat ini dekat traffic light? Cubalah di tempat yang romantik sedikit.
Aku memberi salam lembut sambil menjeling. “Assalamualaikum.” Biarlah dia terasa.
Amboi, main kasar minah ni. Tercekik aku mendengar. Tidak mengapa, kita lihat siapa yang akan terkena. “Waalaikumsalam, Puan Ashiya!” Balasku selamba.
“I’m sorry. Aku bukan puan ya. Aku masih suci bersih.” Aku menarik nafas perlahan.
“Ingatkan puan. Maaflah ye. Nak ke mana?”
“Suka hati akulah. Kau sibuk kenapa?”
“Hai, bertanya pun tidak boleh? Jual mahal.”
“Biar di jual mahal asalkan tidak terlalu murah.”
Dia membalas pedas, “Tetapi, mahal sangat pun tidak bagus, nanti tidak laku. Tidak takut ke kalau tidak ada orang nak?” Mulut tidak reti hendak cover langsung!
Aku senyap seketika sebelum kembali menjawab. “Biar tidak laku asal ada maruah. Terjaga rapi tanpa ada sebarang gangguan dan celaan.” Aku menarik nafas lega. Aku meneruskan perjalanan apabila lampu sudah bertukar hijau semula. Tidak kuasa aku hendak melayan mamat ini. Tidak fasal-fasal nanti aku terlambat lagi. Habis aku kena sidai dengan Kak Mai.
Mr. Secret masih mengekoriku. “Kau tak kenal aku ke?”
“Berapa kali hendak cakap? Aku kenal dengan orang yang popular sahaja.” Aku mengetap kuat gigiku.
“Aku pun popular juga.”
Aku mencebik. “Kau buat apa sampai kau popular sangat?”
Sambil mendabik dadanya, “Aku juara menyanyi.” Dia memberitahuku. Aku cuba untuk mengingati kembali setiap rancangan realiti menyanyi yang aku tahu. Tetapi, dari raut wajahnya yang suam-suam kuku aku nampak, tidak ada pula menyerupai penyanyi-penyanyi terkenal yang aku tahu. Dia ini masuk rancangan apa?
Dia bertanya, “Kau nak tahu rancangan apa yang aku masuk?” Macam tahu-tahu sahaja aku mahu tanya rancangan apa yang sudah dia ikuti. “Masa aku darjah lima dahulu, aku masuk pertandingan menyanyi di sekolah.” Dia menjawab seperti tiada apa-apa yang berlaku. Aku rasa macam mahu langgar dia sahaja.
Aku melepaskan nafas deras sambil mencebik. “Cakap macam masuk Akademik Fantasia sahaja. Kalau setakat pertandingan menyanyi darjah lima, kawan aku pun juara juga dahulu.” Teringat aku kepada kawanku yang sudah lama menghilangkan diri. Sejak memenangi pertandingan itulah aku tidak berjumpa dengannya lagi. Lupa diri betul kawan aku yang seorang itu.
“Really?” Mr. Secret membalas sinis. Minah ni betul-betul tidak kenal aku ke? Siap boleh bercerita fasal kawan dia lagi. Tidak sedar lagi ke dia ni.
“Betullah. Tetapi aku sudah lama tidak berjumpa dengannya. Lupa diri sejak memenangi pertandingan itu. Tidak patut betulkan dia tu.” Senang sahaja aku bercerita kepada orang yang tidak aku kenali. Bahaya sungguh! Adik-adik, jangan ikut perangai saya ini tahu.
“Mungkin dia ada hal yang tidak dapat dielakkan?”
“Entah. Baiklah, aku sudah sampai di tempat kerja aku. Terima kasihlah sebab temankan aku.” Aku meletakkan motosikalku di tempat biasa. Setelah siap menguncinya, aku ingin melangkah naik.
“Kau kerja sini?”
Aku melambainya sambil menjawab ringkas, “Ha’ah. Okaylah, naik dulu.”
Sebaik sahaja kelasku tamat, aku bergegas ingin pulang. Aku mencapai kunci motor dan helmetku di atas meja berhampiran pintu.
“Naz, jangan lupa janji kau dengan akak hari itu.” Jerit Dini dari dalam. “Ish, dia ni kalau bab janji orang sentiasa ditepati tapi janji dia, sekadar dipinggiran!” Balasku perlahan antara dengar dan tidak.
“Apa kau kata?” Soal Dini. Naz menghela nafas panjang. “Nasib dia tidak dengar!” Bisiknya perlahan sebelum menyambung, “Tak ada apa kak. Saya kata, kasut ni, masa inilah dia susah nak masuk.”
Bulat mulutnya mendengar jawapanku. “Akak ingat kau kutuk akak tadi. Jangan lupa tau?” Dini mengingatkanku sekali lagi. Mentang-mentang kau lagi tua dari aku, kau ingat kau boleh over sangat? Setakat sembilan bulan tua sahaja sudah mahu aku memanggilnya kakak. Pelik-pelik sahaja.
“Okay kak. Balik dulu!”
Aku terus ke motor kesayanganku. Dari jauh, aku ternampak sebuah motosikal yang amat aku kenali. “Apa Mr. Secret ini buat di sini? Tidak balik ke dari tadi?” Aku menghampirinya.
Aku menepuk perlahan bahunya. “Macam ini rupanya muka kau.” Dia menoleh ke arahku. “Hmm... Boleh tahan kacak juga kau ni.”
“Kau!” Dia seakan terkejut melihatku. “Bila kau turun?” Dia seolah-olah mahu menyembunyikan wajahnya daripadaku. Tetapi mengapa?
“Lama dah. Dari tadi aku tengok kau tengah berangan. Kau pun suka berangan macam aku? Baguslah, ada geng.” Aku mengambil motorku menghampirinya.
Mukanya bertukar merah. “Mana ada. Kau sahaja yang suka berangan. Suka-suka mahu mengajak orang lain masuk kelab dia.” Protesnya.
“Whatever Mr. Secret! Aku mahu pulang.”
“Nanti!” Dia menahanku.
“Kenapa lagi?” Aku malas mahu melayannya. “Cepatlah sikit. Aku mahu pulang.”
“Kau nak balik awal-awal kenapa?”
Selamba aku menjawab, “Nanti cerita Korea aku habis.”
Dia mengetuk kepalaku. “Aku ingat, ada benda penting sangat kau hendak buat.”
Aku merengus perlahan. “Suka hati akulah!”
“Boleh kita jumpa lagi esok?”
“Nak buat apa? Aku bukan kenal kau pun.”
“Saja. Aku suka nak jumpa kau.”
“Tengoklah macam mana. Aku balik dulu. Bye!” Terus aku memecut meninggalkannya.
Dia hanya memerhatikan Naz berlalu. “Aku masih seronok bermain dengan kau, Ashiya. Sampai masanya aku akan berterus terang siapa aku. See you again, my girl!”
No comments:
Post a Comment