Hatiku berdebar-debar menunggu kunjungan keluarga Syakif. Duduk tak tenang, diam tak senang. Semuanya tidak kena dalam bilik ni. Macam-macam yang aku rasa. Macam nak bernikah saja! Hoi Sue, kau baru nak tunanglah.
“Tak, yang kau ke hulu, ke hilir macam nak pergi ambil exam kenapa?” Airisya rimas melihat Sue yang tidak keruan itu. Mahu sahaja dia mengikatnya. “Kau tu baru nak tunang dengan Syakif, bukan ‘oppa’ Korea kau tu. Cuba duduk diam-diam boleh?”
“Kalau dengan oppa Korea, aku terus kahwin tak payah nak tunang-tunang.” Dia menayang gigi. “Aku dah cuba, tapi tak boleh. Betul ke apa yang aku buat ni?”
“Hoi bedah! Kau boleh tanya soalan kelakar seram ni dekat aku? Kalau semalam kau tanya bolehlah aku jawab.” Hampir sahaja dia memukul Sue.
“Kau ingat tak semalam?” Sue bersimpuh di sebelahnya.
“Ingat apa?” Airisya cuba mengingati hal yang berlaku semalam.
“Kau tak keluar dating ke hari ni, Sue?” Airisya sedang sibuk menaip sesuatu di komputer ribanya menyoal.
“Tak. Syakif ada hal.” Sue menongkat dagu. Seharian dia berada di restoran milik Airisya. Malam ini pelanggan mereka lebih ramai berbanding hari-hari lain. Mungkin mereka meraikan sesuatu?
“Hal? Dia nak buat surprise kat kau kot?”
“Mamat tu?” Airisya mengangguk. “Mengarut!”
“Kenapa pula?”
“Mamat tu nak buat surprise dekat aku?” Airisya mengangguk lagi.
“Dia bukan seorang yang romantik untuk buat begitu.”
“Mana kau tahu dia tak romantik?”
“Aku tahulah.” Sue melangkah ke seorang pelanggan yang memanggilnya. Tidak sempat dia bertanya, lampu di restoran itu terpadam. Restoran mereka menjadi gelap gelita! Sungguh, dia tidak nampak apa-apa. Mak takut!!!
Sue cuba meminta bantuan dari pelanggannya tadi tetapi nasibnya begitu malang kerana pelanggan itu sudah tiada. Dia cuba melangkah mengikut kata hatinya.
Dalam keadaan kelam kabut, Sue merasakan tangannya di tarik seseorang. ‘Alamak, macam mana ni? Nak ikut ke, nak duduk sini je’ Bisiknya.
Belum sempat dia menjerit, sebuah lampu terpasang di hadapannya. Dia menarik nafas lega. Dia membuka langkah ke pintu utama namun terhenti apabila dia mendengar muzik berkumandang.
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
“Syakif!”
“Fashrina Suraya Mohammad, sudi tak kau kahwin dengan aku? Aku bukan seorang yang sempurna tapi kau dah cukup untuk menyempurnakan aku. Aku akan cuba jadi yang terbaik untuk kau.” Syakif menyerahkan sejambak bunga kepada Sue.
“Aku mungkin bukan kekasih yang baik tapi aku seorang kekasih yang setia. Bertahun-tahun kau tunggu kau. Sekarang, aku tak nak bertangguh lagi.”
Syakif mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. “Sue, will you married me?” Dia melutut di hadapan Sue.
***
Mereka tersedar dari alam fantasi apabila mendengar ketukan di pintu. Airisya bergegas bangun membuka pintu. Sue mula gelisah dan menyiapkan diri. “Janganlah mak si Syakif tu yang ketuk. Mati aku.”
“Kau orang buat apa? Amir ketuk banyak kali baru buka pintu.” Amir muncul dari luar. Fuh! Ingatkan siapalah tadi.
“Sorrylah. Itu, adik Amir yang ajak Risya berangan.” Airisya menuduhnya.
“Apa pula!” Sue berpura-pura merajuk.
“Sudah-sudah. Family Syakif dah sampai. Kejap lagi dia orang akan naik. So, siap apa yang tak siap. Get ready. Jangan nak berangan je.” Amir memberi arahan.
Beberapa minit menanti, akhirnya Sue dan Syakif selamat di tunangkan petang itu. Segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Sue dan Airisya turun untuk berjumpa dengan sanak-saudara yang lain.
“Sue!” Amir menarik adiknya ke luar rumah.
“Ada apa? Orang penatlah.” Sue membiarkan Amir menariknya.
“Sue!” Dia menoleh. Malangnya, tidak sempat dia bersuara, sebiji belon air mengena batang tubuhnya. Habis bajunya lencun.
“Yah!!!” Sue berang. Dia mengejar Amir yang sudah jauh berlari. “Siap kau, Amir Iskandar! Aku dah lama tak tunjukkan skill aku ni.” Dia mengambil sebiji belon yang sudah tersedia di laman rumahnya. Sasarannya, Amir!
“Ambil kau!! Yes, mengena.” Jeritnya menunjukkan kemenangan. Kegembiraannya tidak terhenti di situ. Dia terlihat Syakif menuju ke arahnya. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Syakif.
“Dalam kiraan, satu… Dua… Tiga!!!” Sue membaling belon di tangannya ke arah Syakif.
“You win, Fashrina Suraya. Ternyata kehebatan yang kau ada, tiada tandingannya.” Dia seolah-olah terlupa akan musuh-musuh yang lain sedang menunggu untuk menyerang.
“Patutlah senyuman kau lain macam.” Syakif mencapai sebiji belon di hadapannya. Tidak sempat dia bertindak, bertubi-tubi belon air mengenanya dan Sue.
“Kau orang ingat kita orang nak lepas kau berdua macam tu je? Rasakan ni.” Amir menjadi ketua mereka membaling belon ke arah kami.
“Tahniah!!”
“Okay, aku give up!” Mereka di serang dari setiap sudut yang ada.
No comments:
Post a Comment