“Hari ini Syakif balik!” Sue separuh menjerit. Dia tidak sabar mahu bertemu Syakif. Dia sudah membuat keputusan untuk menerima Syakif.
“Amboi, happy je muka.” Amir menegurnya dari belakang.
“Amir, kau pergi mana-mana ke hari ini?” Sue menghampiri Amir di meja makan.
“Emm… Jemput Kif jap lagi. Kenapa?”
“Nak ikut. Ajak Airisya sekali.”
“Kau nak ikut? Macam pelik je bunyinya.”
“Eh, tak mahulah. Aku tunggu dekat restoran. Kau bawa Syakif tau.”
“Pulak dah? Tadi kata nak ikut, ini tak jadi pula. Mana satu kau ni?”
“Ala kau jangan banyak tanya boleh? Datang jela. Itu pun nak bising.” Sue menjelingnya.
“Jeling-jeling. Aku tak nak datang tahulah.”
“Ala datanglah. Please?” Sue merayu.
“Tengoklah macam mana nanti.”
“Datang!!!” Laung Sue dari pintu rumah. Dia mahu berjumpa Syakif untuk menjalankan misinya.
“Fiq, kau rasa, apa reaksi dia?”
“Entah. Tapikan, aku tak sangka dia bagi kau diari tu.” Syafiq masih duduk goyang kaki sejak sampai tadi. Aku dah cakap, mamat ni memang tak boleh buat majlis. Langsung tak menolong!
“Tanya kau, macam tanya kucing.” Syafiq tiba-tiba bangun. “Eleh, itu pun nak sentap!” Cebik Sue. Dia memerhati Syafiq di luar restoran.
“Woi minah, dia orang dah sampai!” Jeritnya.
“Okay!” Jawab Sue acuh tidak acuh. Sedangkan dalam hatinya penuh rasa gemuruh.
“Ha Sue, kita orang dah sampai.” Amir menegurnya. “Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu lain kali?”
“Kecohlah kau. Jom duduk sana dulu.” Dia melangkah ke sebuah meja berhampiran.
“Syakif, ni diari yang kau bagi dekat aku. Terima kasih.” Syafiq di sebelah Sue masih tersengih sedari tadi.
“Sama-sama.” Syakif membuang pandang ke arah Syafiq. “Kau buat apa dekat sini?”
“Kau tak tahu ke, aku dengan Sue? So aku dekat sini teman dia. Got problem?” Sengaja dia mencari fasal dengan Syakif.
“No. No at all.”
“Hoi mangkuk!” Sue mengetuk kepala Syafiq. “Mulut tu agak-agak ye. Berapa banyak insurans kau bayar untuk mulut kau tu?”
“Muka lawa tapi sekali dia bagi, boleh masuk hospital aku.”
“Sudah, tak payah nak gaduh.” Amir bersuara.
“Apa hubungan kau orang?” Asalnya dia begitu gembira apabila diberitahu Sue mahu berjumpa dengannya tetapi apabila ternampak Syafiq, moodnya berubah.
“Tanyalah Amir. Dia yang rancang semua ini. Aku pun tahu lepas mamat ni terlepas cakap yang dia tengah dating dengan tunang dia.” Sue menjawab. Sengaja dia mahu mengenakan Amir.
“Tak kisahlah apa pun. Sekarang ni, kau nak cakap apa dekat Syakif?” Airisya menenangkan keadaan. Dia tahu kehadiran Syafiq adalah rancangannnya bersama Amir.
“Aku nak bagi diari tu je. Aku dah baca semuanya.”
“So, kau boleh terima aku?” Lama Sue mendiamkan diri.
“Cepatlah Sue! Apa keputusan kau? Kau memang suka buat orang tunggu-tunggukan.” Syafiq sudah tidak sabar menunggu keputusannya. Macamlah aku nak pilih dia. Suka over tau dia ni.
“Kau diam boleh?” Sue menjelingnya. Syakif masih tenang di hadapannya.
“Kau lembab sangat, perempuan. Kalau akulah, aku dah humban kau dalam tong sampah. Apa tu orang kata, ku campak cintamu di dalam tong sampah? Lebih kuranglah.”
“Sebab tu, aku tak nak dekat kau!” Mereka sudah terbahak-bahak ketawa melihat aksi Syafiq dengan gayanya mencampak sampah ke dalam bakul. Parah mamat ni. Macam mana dia boleh ada tuning?
“Sue?” Amir memanggilnya setelah keadaan kembali tenang.
“Ye, Sue terima.” Syafiq sudah bertepuk gembira di sebelahnya.
“Jangan over boleh tak?” Sue menegurnya. Syafiq kembali duduk di tempatnya.
“Ni diari buruk kau tu, eh?” Amir mengambil diari di depan Syakif.
“Siot kau!”
“Yela, dari dulu sampai sekarang. Kau simpan lagi?”
“Mana kau tahu fasal diari ni?”
“Dulu, masa tengah lepak-lepak. Kau ingat tak, budak ni merengek nak aiskrim?” Amir membuka cerita lama.
“Ingat.”
“Masa tu kau pergi teman dia, kan?” Syakif mengangguk.
“Masa itulah aku baca diari kau dan dari situlah aku tahu yang kau gilakan adik aku.”
“Kurang asam kau baca diari aku.” Syakif mengejar Amir yang sudah lari menyelamatkan diri.
“Macam budak-budak padahal dah tua bangka.”
No comments:
Post a Comment