Zafran
menghampiri Aqeef di
sebuah meja di
cafe sekolah. Pinggan
yang penuh berisi
makanan diletakkan di
hadapan Aqeef. Aqeef
memandang sekilas makanan
yang terhidang di
hadapannya. Sekali pandang
seperti seorang putera
raja dilayan oleh
pembantunya. Zafran berlalu
pergi setelah makanan
yang diambilnya diberikan
kepada Aqeef.
“Tengok
sana!” Bisik Aliff perlahan. Semua
mata memandang ke
arah yang ditunjuk
olehnya.
“Kau
agak-agak, apa hubungan
mereka?” Soal Adi
pula.
Man
pula berkata, “Kau
tidak perlulah masuk
campur urusan orang.
Jaga seluar sendiri
sahaja.”
“Mereka
macam sudah lama
kenallah.” Bisikan-bisikan terus
kedengaran di cafe.
Aqeef merengus perlahan.
Pinggan yang tadinya
terletak di hadapannya
di ambil lalu
di bawa ke
meja rakan-rakan sekelasnya
yang lain. Zafran
yang baru sahaja
ingin melangkah keluar
dari cafe terhenti
di depan pindu
masuk.
Aqeef
meletakkan pinggan yang
penuh itu di
hadapan rakan sekelasnya
dengan kuat. Mujur
sahaja tidak pecah
pinggan itu. Tanpa
memandang mereka, Aqeef
bersuara perlahan. “Makan.
Jangan tidak dihabiskan
pula.” Dia terus
berlalu tanpa mempedulikan
mata-mata yang memandangnya.
Sebulan
berlalu semenjak peristiwa
itu. Zafran masih
lagi bersikap seperti
selalunya. Dia melayani
Aqeef sebaik mungkin
sehingga timbul salah
faham di antara
mereka. Suatu hari,
mereka dipanggil oleh
guru disiplin.
“Aqeef,
sudah berapa kali
saya cakap dengan
kamu, jangan membuli
pelajar lain. Zafran ini,
baru sebulan berpindah
ke sekolah ini
tetapi kamu sudah
membuli dia. Apa
mahu jadi dengan
kamu, Aqeef?”
Aqeef
mencebik. Tangannya di
masukkan ke dalam
poket seluarnya. Dia
memandang guru itu
dengan tajam. “Cikgu
tanya dia sendiri
apa yang menyebabkan
dia buat semua
itu.” Dia terus
keluar dari bilik
kaunseling itu.
“Apa
sebenarnya yang berlaku
Zafran?”
Zafran
menunduk lalu bersuara.
“Maafkan saya cikgu.
Ini semua bukan
salah Aqeef. Saya
sendiri yang mahu
melakukan semua itu.
Tiada paksaan daripada
mana-mana pihak.”
Guru
disiplin yang berwajah
kacak dan rambutnya
tersisir rapi itu
melepaskan keluhan berat.
“Sudah lama kamu
berdua kenal?”
Zafran
mengangguk dan berkata,
“Hampir enam tahun.”
“Kenapa
kamu bergaduh?”
Zafran
mula bercerita. “Tiga
tahun lepas, kami
berdua pergi ke
Maeundong Street. Hari
itu merupakan hari
terakhir Aqeef menetap
di Dobumi kerana
dia perlu mengikuti
ayahnya ke luar
negeri. Saya dengan
dia sangat rapat.
Jadi kami mahu
menghabiskan masa bersama.”
“Kemuadian apa
yang terjadi?” Soal
guru itu penuh
minat. Dia membetulkan
duduknya.
“Pada
masa itu, saya
bergurau dengannya.” Suara
Zafran mula mengendur.
Aqeef yang berada
di luar bilik
kaunseling menggenggam tangan.
Dia tidak jadi
meninggalkan bilik itu
apabila dia mendengar
Zafran bercerita.
“Aqeef,
lepas ini kau
dah tak ada,
apa aku mahu
buat?” Sial Zafran
yang ketika itu
sedang duduk di
sebuah bangku di
bahu jalan. Aqeef
bergerak menghampirinya. “Kau
carilah kawan baru.”
Zafran
tergelak kecil. “Siapa
yang mahu berkawan
dengan kaki pukul
orang? Kau sahaja
yang berani nak
kawan dengan aku.”
“Kau
sudah berjanji dengan
aku mahu berubahkan.”
Aqeef merenung anak
mata Zafran. Zafran
mengangguk kecil. “Baiklah,
aku berubah.”
“Macam
inilah kawan aku.”
Aqeef memeluk bahunya.
Air mukanya berubah
sedikit. Dia memandang
Aqeef lama. ‘Aku
tak boleh nak
lepaskan kau pergi.’
Bisik hatinya. Aqeef
menoleh ke arah
Zafran. “Asal kau
pandang aku macam
itu?”
Zafran
menggeleng laju. Mukanya
diraup laju. Aqeef
tersengih-sengih memandang sesuatu
di hadapannya. “Zaf,
kau nampak tak
apa aku nampak
sekarang ini?” Matanya
laju melilau. “Nampak
apa?”
Aqeef
menjuihkan bibirnya ke
arah pusat mesin
permainan yang terletak
tidak jauh dari
kedudukan mereka. “Aku
faham.” Kata Zafran
perlahan. Tangannya dihulurkan
kepada Aqeef. “Tunggu
apa lagi?” Matanya
melirik ke arah
pusat permainan. Aqeef
menyambut huluran tangannya.
“Mari kita enjoy!”
Guru
disiplin itu mengerut
dahinya. “Apa yang
membuatkan awak berdua
bergaduh?”
Zafran
menyambung ceritanya setelah
menarik nafas panjang.
“Selepas kami menghabiskan
masa bermain di
pusat permainan itu,
kami pulang ke
rumah.” Zafran menelan
air liurnya. Mulutnya
berkumat-kamit seolah-olah mahu
mengeluarkan kata-kata tetapi
tersekat. Dia terdiam
lama.
“Awak
mahu sambung atau
berhenti di sini,
Zafran?”
“Semasa
dalam perjalan pulang
ke rumah, Aqeef
kemalangan.” Zafran menunduk
lemah. Air matanya
mengalir laju. Cikgu
Amin menepuk-nepuk belakang
badannya. “Sebab itulah
Aqeef tidak boleh
aktif bersukan lagi?”
Aqeef
menyandar pada dinding
batu bilik itu.
Dia menumbuk-numbuk dadanya
kuat. Zafran mengangguk.
“Saya yang menyebabkan
dia kemalangan.” Mata
Cikgu Amin membuntang.
Dia menggeleng laju.
“Maksud kamu?”
“Pada
masa itu, secara
tidak sengaja saya
menolaknya ke jalan
raya yang kebetulan
ada sebuah kereta
di pandu dengan
laju.” Zafran memandang
kosong meja di
hadapannya. “Dia dilanggar
depan mata saya.
Darahnya berlemuran di
atas jalan raya.
Masa itu saya
tidak dapat hendak
berfikir apa-apa, saya
melarikan diri.”
Zafran
menyambung, “Keesokan harinya
saya dapat tahu
kakinya patah teruk
dan memerlukan pembedahan.
Saya tidak pergi
melawatnya kerana saya
berasa serba salah.”
Dia menunduk. Air
matanya deras mengalir.
Tanpa segan silu
dia teresak-esak di
hadapan gurunya itu.
Aqeef
menolak pintu bilik
dari luar. Dia
mencekak kolar baju
sekolah Zafran. Tangannya
digenggam erat. Satu
tumbukan terlepas pada
muka Zafran. Zafran
tertolak kebelakang dan
terduduk di atas
lantai jubin. Bibirnya
lebam dan darah
mengalir di hujungnya.
Aqeef terduduk lemah.
Guru
disiplin itu hanya
mampu menggeleng. Dia
menghampiri Aqeef. “Apa
yang awak sudah
lakukan?” Dia menarik
Aqeef dan menyuruhnya
supaya duduk di
atas kerusi. Kemudiannya
dia menghampiri Zafran
yang masih kaku
di atas lantai.
“Awak berdua duduk
dalam bilik ini.
Selesaikan apa sahaja
yang masih belum
selesai.”
Guru
disiplin yang amat
digeruni oleh semua
pelajar di sekolah
itu melangkah keluar.
Aqeef dan Zafran
masih kaku seperti
tadinya. Aqeef bangun
dan ingin melangkah
keluar. Dia menolak
pintu bilik tetapi
tidak bergerak. Dia
menumbuk pintu itu
kuat. “Shit!!”
Zafran
memandangnya. “Aqeef, aku
minta maaf.”
“Diam!”
“Aku
tahu aku bersalah.
Aku tak sepatutnya
tinggalkan kau dekat
situ. Aku sepatutnya
datang melawat kau.
Aku tak sengaja
mahu menolak kau.”
Mulutnya menggigil.
Aqeef
menghampirinya semula. Dia
menghentak meja kuat. “Aku
kata diam! Aku
tidak mahu mendengar
suara kau. Aku
tahu kau tidak
sengaja pada masa
itu tetapi kenapa
kau tinggalkan aku?
Kenapa kau tidak
ada masa aku
perlukan kau sebagai
satu-satunya kawan yang
aku ada?”
Zafran bersuara
gementar. Dia menjadi
gagap. “Aku... Aku...”
Aqeef
terduduk di kerusinya.
“Kenapa bukan tiga
tahun lepas kau
datang dekat aku
dan meminta maaf?
Kenapa baru sekarang
kau memunculkan diri?
Selepas apa yang
aku lalui.”
Zafran
mendekatinya. Lengannya dipegang.
“Aku tak ada
kekuatan untuk menghadapi
kau.”
Aqeef
menepis kuat. “Jadi,
aku masih banyak
kekuatan untuk menghadapi
masalah itu?” Zafran
menggeleng laju. Aqeef
menyambung, “Kau tahu apa yang
aku nak sangat
dengar dari kau
masa mula-mula kau
masuk sekolah ini?”
Zafran mengangkat muka.
Anak mata Aqeef
direnungnya.
“Kau
tak rindu pada
aku?” Aqeef bersuara
perlahan. Dia tersenyum
sinis. “Sepatutnya itu yang kau
cakapkan pada aku.
Bukan kata maaf
kau yang aku
mahukan. Aku mahukan
seorang kawan yang
sentiasa ada bersama
aku.” Nada suaranya
bertukar sayu.
Air
mata Zafran turut
mengalir saat melihat
anak mata Aqeef
basah. “Aku takut
kau tidak dapat
memaafkan aku.”
“Aku
sudah tiada sesiapa
di dalam hidup
aku kecuali kau.”
Zafran
mengangguk. “Selama tiga
tahun aku cuba
cari kau semula
tapi tiada seorang
pun yang tahu
di mana kau
berada. Semua cerita
yang menimpa kau
aku tahu.”
“Tapi
itu semua tidak
dapat mengubah apa-apa.”
“Aqeef,
aku minta maaf.”
“Aku
sudah cakap, aku
tidak mahu dengar
kata maaf dari
kau.”
Zafran
menyisir rambutnya. “Aku
akan lebih rasa
bersalah kalau kau
tidak memaafkan aku.”
Aqeef diam
seketika. Dia kemudiannya
berdiri. Tangannya di
masukkan ke dalam
poket seluarnya. “Baiklah
aku maafkan kau
tetapi aku ada
satu syarat.”
“Apa?”
“Jadi
hamba aku selama
sebulan.” Aqeef terus
melangkah keluar dari
bilik itu setelah
pintu itu di buka dari
luar oleh guru
disiplin mereka. Zafran mengerut
dahi. “Sebulan?!”
Dia
mengecilkan matanya. Giginya diketap
kuat. Dia berlari
mendapatkan Aqeef yang
sudah jauh meninggalkannya. Dia memaut
leher Aqeef. “Setahun
pun aku sanggup.”
Aqeef menolak tubuhnya.
Zafran mendekatinya
semula dan memeluk
bahunya. “Jom kita
pergi makan.” Dia berlari
dan menarik tangan
Aqeef. Dalam diam,
Aqeef tersenyum melihat
gelagat kawannya itu.
No comments:
Post a Comment