S
|
ejak bertemu Amir beberapa hari yang lalu, hubungan mereka bertambah rapat. Airisya mula senang dengan kehadiran Amir dalam hidupnya. Amir mengingatkannya terhadap seseorang yang sudah lama meninggalkannya.
“Lama ke tunggu?” Airisya menyapa Amir. Hari ini dia mnedapat panggilan dari Amir untuk berjumpa setelah habis kelas. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan katanya.
“Boleh tahanlah. Lambatnya habis kelas?” Amir menjemputnya duduk.
“Kena tahan kejap tadi. Ada assignment nak kena cover. Sorry.”
“It’s okay. Itulah, main banyak sampai lupa nak buat assignment!” Amir memarahinya dalam nada bergurau.
“Mana ada banyak main. Orang belajar okay. Cakap orang, dia pun sama.”
“Kita pula yang salah. Risya, Amir nak tanya something boleh?” Amir mula serious.
“Tanyalah. Kalau boleh jawab, Sya jawablah. Nak tanya apa?”
“Sya dengan Syakif ada apa-apa ke? Maksud Amir, kau orang couple ke?” Sebenarnya, Sue meminta Amir untuk bertanya kerana dia dapat rasa hubungan Syakif dan Airisya lebih dari seorang kawan.
“Taklah. Mana Amir dapat cerita ni?”
“Bukan, Amir tanya je. Baguslah kalau tak ada apa-apa hubungan. Sya tahukan siapa Sue?” Amir berterusan bertanya.
“Sya tau. Dia Ira, kan?”
“Mana Sya tahu?
“Airisya! Benda apa yang dia tak tahu?” Dia melepaskan tawanya. “Amir jangan risaulah. Sya tahu, Sue sayang Syakifkan? Sya tahu siapa Sue sebab Syakan satu kelas dengan dia.”
“Oh, lupa pula kau orang satu kelas. Macam mana pula Sya tahu yang Sue sayang Syakif?”
“Yang itu, Sya tak boleh cakaplah. Kenapa Amir tanya?”
“Amir tengah pening kepala fikir masalah Sue. Syakif tak ingat siapa dia, tu yang dia sedih.”
“Baru Sya ingat. Dah lama Sya nak tanya tapi asyik lupa je.”
“Apanya?”
“Macam mana Syakif boleh tak kenal Sue pula? Bukankah kau orang semua rapat?”
“Itu yang Amir tak dapat cari jawapan sampai sekarang. Nak kata dia tidak tahu nama Sue, mustahil! Mungkin dia lupa.”
“Tapi, tak mungkin pula dia lupa orang yang dia sayang?”
“Entahlah. Agaknya sebab Sue dah berubah kot?”
“Berubah? Maksudnya?”
“Dulu, Sue tu boy-ish. Mana nak main dengan perempuan. Kita orang ni jugalah yang kena jaga dia. Nak tinggal dia, kesian pula.”
“Tak pernah bagitahu Syakif ke?”
“Mula-mula Amir nak kenakan dia je tapi Amir dah bagitahu dia, ‘Ira’ dah balik dan suruh dia cari.”
“What you want to do now? Nak sorok terus ke, nak bagitahu?”
“Amir ada suruh Sue bagitahu dia tapi Sue tak tahu nak bagitahu macam mana. Satu lagi hal pula kalau si Syakif tu tak percaya.”
“Betul juga. Amir tak ada idea, nak buat macam mana?”
“Dah kering kepala otak fikir.”
Airisya terdiam seketika. “Ha!! Sya ada idea.”
“Nak buat macam mana?”
Airisya menceritakan segala ideanya. Amir mendengar penuh teliti supaya apa yang di sampaikan tidak tertinggal sedikit pun. Kepalanya diangguk tanda faham. Sesekali dia turut memberi idea untuk mencantikkan lagi jalan ceritanya.
“Bagus juga kalau kita buat macam tu. Amir kena tanya Sue dululah macam mana. Masalah sekarang, satu je.”
“Apa lagi?”
“Nak ke si Syakif tu?”
“Masalah Syakif tu, taklah besar mana. Bisa di atur. Sekarang ni cuma nak dapatkan kata putus dari Sue sahaja. Yang lain-lain tak ada masalah.”
“Kalau Sya dah kata macam tu, okaylah. Balik nanti Amir tanya Sue, bincang dengan dia macam mana. Malam nanti Amir call, confirmkan balik, okay?”
Airisya mengangguk setuju. “Jomlah balik. Dah petang sangat ni.” Amir mengajaknya pulang.
“Jom.” Mereka berjalan seiringan bersama.
“Harap-harap berjayalah rancangan ni.” Amir berdoa di dalam hati.
No comments:
Post a Comment