“B
|
olehlah Kif!” Amir masih memaksanya sejak tadi.
“Aku tak naklah. Aku bukannya kenal pun budak tu. Lepas itu, kau nak suruh aku pergi?” Sejak pagi tadi, Amir sudah memintanya untuk ke sebuah restoran kerana seseorang mahu berjumpa dengannya. Apabila di tanya, tidak pula dia bagitahu. Macam mana aku nak pergi?
“Kau mesti kenalnya nanti bila kau sampai sana. Boleh eh, Kif?” Amir masih tidak mengalah. Bersusah payah dia memujuk adiknya untuk berjumpa dengan Syakif dan berterus terang.
“Kalau aku pergi, apa aku dapat?”
“Kau dapat tahulah siapa orang yang kau jumpa tu.”
“Oi, aku tanya betul-betul ni.”
“Betullah. Kalau aku cakap sekarang, mesti kau tak mahu perginya.”
“Ini mesti ada something yang kau sorokkan. Baik kau cakap sekarang.”
“Mana ada aku sorok apa-apa.”
“Kalau budak tu nak jumpa aku, suruh jelah dia datang sini. Tak payah nak tunggu malam nanti.”
“Tak boleh. Kau kena datang juga malam nanti. Pukul 8 malam okay. Terima kasih Syakif!” Amir terus melangkah pergi tanpa menunggu jawapan dari Syakif.
“Aku tak nak pergi!!!” Jeritnya.
“Suka hati sahaja suruh aku jumpa orang yang aku tak kenal. Tak fasal-fasal nanti kena belasah tak pun kena tangkap. Siapa nak jawab?”
‘Hoi, apa kau merepek Syakif? Kau jumpa budak tu dekat restoran bukan dekat rumah!’ Bisiknya dalam hati. Dia tergelak sendiri apabila memikirkan kebenarannya.
“Nak pergi ke tidak ni? Si Amir ni pun satu. Bagitahu sahajalah siapa yang nak jumpa. Tak perlulah aku susah-susah. Nanti-nantilah aku fikir.” Syakif termenung memikirkan sesuatu. Sedang dia termenung, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
‘Jgn lpe dtg mlm ni! Ko xdtg, ko bkn kwn aku. Bye2.’
Mesej yang di terima dari Amir dibiarkan tidak berbalas.
***
Syakif meletakkan keretanya di tempat yang tersedia di restoran itu. Dia memaksa dirinya untuk pergi juga bertemu orang yang dia tidak tahu siapa atas desakan Amir. “Dia ni memang suka menyusahkan aku betul.” Bebelnya sedari tadi.
Saat dia melangkah ke dalam restoran itu, matanya terpandang kelibat seseorang yang amat dia kenali. Dari jauh Sue memanggilnya. Dengan langkah perlahan, Syakif menuju ke meja di mana menjadi tempat Sue.
“Kau ke yang nak jumpa aku?” Tanyanya sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi. Sue hanya mengangguk.
“Kenapa kau nak jumpa aku? Bukan ke boleh jumpa dekat kolej je. Susah-susah kau nak keluar je.”
“Saja je. Privasi sikit. Asal kau busy ke?”
“Tak adalah. Tiba-tiba Amir cakap ada orang nak jumpa aku. Bila tanya, tak nak pula bagitahu. Peliklah aku. Patut pun memaksa aku bukan main.”
“Kau bukan tak tahu Amir tu. Sebab tu aku suruh dia yang cakap, mesti kau datang punya. Kalau aku yang cakap ada kau nak datang?” Duga Sue.
“Kalau kau cakap awal-awal, petang tadi aku dah sampai.” Guraunya.
“Yela kau tu. Entah-entah nak cari pun susah. Orang sibuklah katakan.”
“Ha’ah, mana kau tahu aku sibuk?”
“Apa yang kau buat semua aku tahulah.”
“Erk?!”
“Tahu kau terkejut. Sudahlah, aku gurau je.”
“Hmm, kenapa kau nak jumpa aku?” Syakif berbalik kepada persoalan sebenar.
“Err, sebelum tu aku nak bagi kau sesuatu.” Sue mengeluarkan sebuah kotak dari dalam begnya. Dia menyerahkan kotak itu kepada Syakif.
“Belon ni? Mana kau dapat?” Syakif menelek kotak yang baru di terimanya itu. Paling mengejutkannya, isi di dalam kotak tersebut. Belon yang sering digunanya dulu untuk bermain. Kebetulan atau belon yang sama?
“Hmm…” Sue tidak tahu bagaimana mahu menerangkan keadaan sebenarnya.
“Apa kena mengena belon ni dengan kau nak jumpa aku?” Syakif tidak kisah dari mana Sue memperoleh belon tersebut. Yang menjadi persoalannya mengapa dia mahu berjumpa.
“Aku suka kau. Dah lama dah tapi tak berani nak confess.” Sue berterus terang. Lebih baik dari hatinya dibebani.
“Ha?!” Syakif terkejut. Dia terdiam.
“Sebenarnya, dah lama sangat aku suka dekat kau. Sejak…” Tidak sempat Sue menghabiskan bicaranya Syakif memotong.
“Sorry, aku tak boleh nak terima kau. Aku dah ada orang lain dalam hati aku. Aku mengaku yang aku pun suka kau, tapi aku tak boleh sayang kau. Hati aku hanya untuk seseorang yang dah lama aku simpan. Aku minta maaf sangat-sangat sebab aku tak boleh nak penuhi permintaan kau.” Syakif ingin bangun dan berlalu pergi tetapi di tahan Sue.
“Dengar dulu aku nak cakap. Aku tak kisah kalau kau tak terima aku, aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa je. Terima kasih sebab kau pun suka aku. Aku tahu, kau pun ada hak untuk memilih.”
“Aku harap kau fahamlah. Aku pergi dulu.” Syakif melangkah tanpa sempat dia memberitahu hal yang sebenar. Hatinya luruh saat melihat Syakif melangkah. Dia bertambah berduka apabila lagu yang dimainkan sangat mengena dengan situasinya ketika ini. Bait-bait lirik yang berirama seolah-olah ditujukan untuknya.
Haru jongil ni saenggakman hada ga
(As I think of you all day)
Han ga dak nunmuri, meotdaero jureureuk heureunda
(A single stream of tears flow on its own)
Georuem georuem ni moseubi bal byeoseo
(Step by step, I see you)
Ireul hada gado, nado moreuge tto heureunda
(So even as I work, tears flow without me knowing)
Noraereul bulleo do
(Even when I sing)
Georireul georeo do
(Even when I walk the streets)
Ontong ni saenggak ppun inde
(I’m filled with thoughts of you)
Neodo, na cheoreom ireohke apeunji
(I wonder if you hurt like me)
Neodo, na cheoreom nunmul na neunji
(I wonder if you cry like me)
Neodo, haru jongil ireohke
(I wonder if you live all day)
Chueoke saneunji, oh kkok na cheoreom
(In memories like me)
Eokjirado useul il cham manheunde
(There are many things to laugh about forcibly)
Taeyeob inhyeong cheoreom, ju eojin il cheoreom utneun da
(Like a wind-up doll, like it’s my job, I laugh)
TV reul boa do
(Even when I watch TV)
Chingureul ana do
(Even when I meet my friends)
Ontong ni saenggak ppun inde
(I’m filled with thoughts of you)
Mae ireul useu nikka
(Because I smile everyday)
Utneun moseub man boyeo ju nikka naega,
(Because I show my smile)
Haengbok han julman ana bwa
(They think I am happy)
Eotteohke useo naega, eotteohke useo, niga eobt neunde
(But how can I smile, how can I smile without you)
Useo do useo do, nun muri tto heullo
(I smile and smile but tears flow again)
You can check this song here!~
Liriknya sangat mengena dengan situasinya ketika itu. Hatinya menangis kecewa. Dikuatkan dirinya untuk terus melangkah dan meneruskan perjuangan. Kecewa tidak bererti dirinya kalah.
No comments:
Post a Comment