“S
|
ue!” Amir menghampiri adiknya. “Are you okay?” Sue mengangguk lemah. “I don’t think you’re okay. What’s wrong? Tell me.”
“I’m okay. Leave me alone, please.” Sue ingin memanjat tangga menuju biliknya tetapi ditahan.
“No I’m not going to leave you alone. Tengok keadaan Sue macam ni, you wish me to leave you alone?!” Amir agak marah dengan adiknya itu. Macamlah aku tidak tahu yang dia sedang berduka!
“Amir, please?” Dia melepaskan lengannya dari genggaman Amir. “Aku tak ada moodlah nak bercerita. Next time, okay?” Sue meminta simpati. Dia betul-betul dalam keadaan yang tidak baik. Setelah pulang menemui Syakif, dia seakan sudah tiada hati mahu bercakap malah mulutnya seakan sudah terkunci dan kuncinya ada pada Syakif. Ah! Lagi-lagi Syakif. Aku sudah nekad, tidak mahu mendekati mahupun mengingati lelaki itu. Cukuplah sekadar itu.
Hatinya sudah cukup sakit untuk semua itu. Dia tidak sanggup mahu menanggung malu berdepan dengan lelaki itu. “Sorry Amir.” Sue berlalu ke biliknya.
“Oi, Amir! Kau berangan apa?” Lamunan Amir terhenti apabila disergah Syakif. Dia menarik nafas panjang. Terkejut.
“Ish kau ni. Tak reti nak bagi salam ke? Main redah je!” Kalau aku ada sakit jantung, agak-agaknya dah lama aku jalan sebab selalu sangat terkejut.
“Assalamualaikum sedara. Aku ni dari tadi duduk dekat sini tahu. Kau tu ha… Aku panggil tak menyahut. Aku cakap kau buat tak dengar je. Apa yang kau fikir?”
“Tak ada apalah.”
“Eh, PM pun tak macam kau tau? Kau punya masalah mengalahkan dia je. Masalah negara mana kau kena settlekan?”
“Diamlah kau. Kau hari tu macam mana?” Amir cuba mengorek rahsianya.
“Biasa je. Asal kau tak cakap dengan aku awal-awal fasal dia? Kau suka buat aku macam ni.” Syakif menarik muncung.
“Kau tak payah nak tarik muncung sangatlahkan. Mana orang tak cakap aku ni laki kau? Sikit-sikit nak merajuk dengan aku. Jatuhlah saham aku!” Amir meluku kepalanya.
“Wei lebihlah main luku-luku.” Amir hanya tersengih.
“So dah tahulah?” Dia memandang Syakif. Aik, budak ni macam tak ada perasaan je. Dia tak nak tanya aku ke kenapa?
“Apa kau nak buat sekarang?” Soalnya lagi.
“Entah.” Syakif mengangkat bahu. “Yang pastinya aku tak boleh nak terima semua ni. Terlalu mendadak okay. Tiba-tiba dia datang, tanpa bagi apa-apa hint, kias-kias ke, orang luar dalam ke, dia cakap macam tu dekat aku. Unexpected!” Sambungnya lagi.
“Kau memang tak boleh nak terima dia langsung?”
“Yup!”
“Walaupun dia minta maaf dengan kau?”
“Kenapa pula dia nak minta maaf dengan aku?”
“Yela buat kau macam tu?”
“Aku tak kisah fasal tu, tapi aku memang tak boleh nak terima dia. Kalau dia cakap awal-awal, mungkin aku boleh terima tapi sekarang, no!” Nekadnya.
“Kau takkan menyesal?”
“Yes!”
“Kalau kau dah cakap macam tu, aku tak boleh nak kata apalah. Mungkin bukan jodoh dia.”
“Yang kau beria nak tahu ni kenapa?” Syakif pelik dengan sikap Amir.
“Mestilah! Dia adik aku.” Jawab Amir. Suasana yang ketika itu agak hingar menyukarkan Syakif untuk mendengar dengan lebih jelas.
“Apa kau kata tadi? Adik kau?”
“Eh?!” Amir pelik. Tadi kata dah tahu. Asal dia terkejut pula? “Kenapa dengan adik aku?”
“Kau cakap Sue tu adik kau? Tadi…” Belum sempat Syakif meneruskan kata, Amir memotong.
“Bukanlah. Aku cakap, kau dah jumpa adik aku?” Amir mengubah topik. Sahlah, dia tak tahu lagi.
“Hmm, cakap fasal adik kau, mana dia?”
“Dia ada. FYI, kau dah jumpa pun adik aku tu. Cuma kau sedar ke tidak je. Aku harap bila kau sedar, kau tahulah yang kau tak terlambat lagi nak pujuk dia.” Amir bangun dari duduknya. Geram sungguh dia dengan kawan yang seorang ni. Lembab!
***
Hampir seminggu berlalu selepas dia bertemu dengan Sue dan selama itu jugalah dia tidak berjumpa dengan Sue lagi. Ada juga dia cuba mencari tetapi menurut kata Airisya, sudah seminggu jugalah Sue tidak ke kelas. Kenapa dengan dia, eh? ‘Hoi mamat, kau tanya lagi kenapa? Sebab kaulah, mangkuk!’ Begitulah kata Airisya semasa dia bertanyakan hal Sue kepadanya. Aku pula yang dikata mangkuk.
Tapi takkan sebab itu je, dia sampai tak datang kolej dah? Ish, tak patut betul! Aku pun satu, bukan nak tunggu habis exam dulu baru cakap yang aku tak boleh nak terima dia. Kejap, aku pun nak exam. Kalau aku fikir, aku pula yang kecundang. Hai, macam-macamlah masalah timbul masa-masa nak exam. Apa pun, aku harap Sue tak abaikan pelajaran dia.
Itulah yang menjadi penyebabnya kenapa aku tolak cinta dia walaupun dah akhir semesta. Takut cinta kecundang, aku turut meringkuk dalam penjara cinta. Budak-budak sekarang aku tengok, belum pun ada SPM dah gatal-gatal nak bercinta. Kalau cinta ke syurga tidak apalah juga. Sudahnya, apabila kecundang, cinta ke mana, cita-cita hapus begitu sahaja.
Jika cinta pembawa semangat, aku boleh terima lagi, tapi sebolehnya, aku nasihatkan adik-adik yang masih belajar tu, bawa-bawalah insaf. Tidak ke mana cinta monyet tu. Kesianlah sikit dekat monyet tu. Janganlah kau orang ambil cinta mereka.
“Aku tahulah kau ada masalah besar, tapi muka tu tak payah nak kerut sangatlah sampai macam tu sekali. Apa yang kau fikir?” Airisya menegur. Syakif menjeling tajam. Kacau betullah minah ni. Baru nak bagi nasihat sikit dekat adik-adik.
“Kau tak payah nak jelling-jeling. Ingat handsome sangatlah?”
“Hmm sekurang-kurangnya aku tak perasan aku handsome, kan? Kau yang bagitahu aku. Terima kasih. Xie xie. Gomapseumnida. Arigato.” Syakif menayang muka selamba sambil berdiri dan menunduk sembilan puluh darjah tanda berterima kasih.
“Hello sedara! Jangan perasan okay?” Syakif sudah tergelak melihat Airisya yang sedang berang.
“Suruhlah cik abang dekat sebelah tu pujuk. Tak kuasa aku nak pujuk ‘baby’ besar kau ni.” Dia memunjungkan mulutnya ke arah Amir di sebelahnya.
“Asal aku pulak?” Amir berdalih.
“Kau ingat, kau boleh sorok dari aku?” Aku menyuakan sekeping gambar kepada mereka.
“Yah!!!” Airisya terjerit kuat. Semua mata memandang ke arahnya.
“Slow sikit wei! Kau nak semua orang tahu ke?” Aku memprovoknya.
“Mana kau dapat gambar tu?” Dia bertanya perlahan.
“Kau nak tahu?” Airisya mengangguk. Aku tersenyum memandang mereka penuh makna.
No comments:
Post a Comment