SETAHUN KEMUDIAN…
“H
|
oi jiran sekampung!” Syakif melangkah ke arah Amir. “Bukan main berseri-seri kau.”
“Mahunya tak berseri-seri? Impian dah tercapai derr! Kau bila lagi?” Amir mengumpannya.
“Aku? Tunggu bulan jatuh atas bumbung rumah dululah.” Syakif melepaskan tawanya, kuat. Semua tetamu yang berhampiran memandangnya. “Kuat sangat ke aku gelak?”
“Tak adalah kuat sangat pun. Bulan pun belum nak jatuh lagi. Tak sempat nak bergerak pun. Bintang pun elok, cantik terletak kat atas tu. Belum kuatlah tu.” Amir menyakat. Sebaik sahaja dia habis bercakap, satu tumbukan hinggap di bahunya. “Sakitlah mangkuk!”
“Ha… Tahu pun sakit. Menganakan aku tak habis. Kau ingat tak sakit ke? Sakit tahu dekat sini.” Katanya sambil menunjuk ke arah dadanya.
“Poyolah kau! Macam perempuan. Patut tak ada orang nak.”
“Bodoh punya mulut!” Marahnya dengan nada bergurau. “Bukan tak ada orang nak, cumanya aku tunggu permata!”
“Permata?” Entah dari mana, Airisya muncul bersama Sue. Syakif serba salah hendak menegur Sue. Bimbang jika dia masih marah padanya.
“Erk, tak ada apa-apa. Settle dah dekat dalam tu?” Amir cepat-cepat menukar topik. Risau jika adiknya makan hati dengan air mata pula nanti. “Hmm… Dah, ni nak panggil masuklah ambil gambar ramai-ramai.” Airisya yang sudah selamat menjadi tunangannya tersenyum memandangnya.
“Jomlah kita masuk dulu. Kalau nak tunggu dia orang ni, memang tak bergambarlah kita.” Amir segera menarik tangan Airisya. Airisya sempat menjerit ke arah mereka, “Jangan lama-lama sangat, nanti ada yang buka pelamin dekat sini!”
Sue menunjukkan penumbuknya ke arah Airisya. Dia ingin berlalu masuk tetapi langkahnya dihalang Syakif. “Janganlah macam ni. Aku nak masuk dalam. Nanti apa pula orang kata.”
“Kau marah aku ke?” Syakif memberanikan diri bertanya. Sue hanya menggeleng. Dia tidak mahu memanjangkan perbualan. “Then, kenapa kau tak nak cakap dengan aku lagi?”
“Syakif, enough! Aku tak nak cakap pasal hal ni lagi. Please?” Akhirnya dia bersuara.
“Ada suara rupanya. Ingatkan banyak sangat mutiara.”
“Syakif!” Tegurnya keras. Dia tidak mahu bergurau begini. Dia tidak mahu hari bahagia abangnya terjejas kerananya.
“Okay, I’m sorry.” Sue mengangguk. “Kau tak marah aku, kan?”
“Syakif Aiman. Please, enough. Aku tak nak cakap pasal hal ni sekarang. Aku masuk dulu.” Dia terus melangkah tanpa memandang ke arah Syakif.
Syakif membatu. “Sampai macam tu sekali ke dia marah dekat aku?” Syakif mengangkat bahu tiada jawapan. Dia melangkah ke dalam menyertai mereka yang lain.
“Kenapa Sue ada dekat situ? Bukan ke tadi tu family Amir?” Pelbagai persoalan bermain di mindanya sejak pulang ke rumah. Macam mana pula dia boleh masuk dengan family Amir? Nak kata sedara mara Amir, tidak pula Amir cakap.
Tapi, bila difikirkan balik, Amir rapat dengan Sue sampai aku ingat dia orang bercinta. Alih-alih, Amir bertunang dengan Airisya. Bila aku tanya, langsung tak nak jawab. Aku ni asyik fikir masalah orang je, asal eh? Masalah aku sendiri tak habis, sibuk fikir fasal orang lain.
Ira? Aku langsung tak nampak tadi. Dia tak balik ke? Mustahil! Arghh! Serabut kepala otak aku. Bilalah agaknya aku dapat jumpa dengan Ira?
Syakif mengelamun jauh. Dirinya hanyut di bawa angan-angan. Akhirnya dia tertidur dengan persoalan yang sesak di kepalanya.
***
“Tengah hari ni jangan lupa!” Amir menegurnya.
“Tengah hari ni?” Sungguh dia lupa.
“Wei, benda penting macam ni kau boleh lupa?” Amir tidak jadi bergerak ke biliknya.
“Tengah hari ni kan nak launching restoran Risya! Kau ni pelupa sangat kenapa?” Amir memberitahunya.
“Oh aku ingat! Sorrylah, aku banyak benda nak ingatlah. Dengan producer dekat Seoul tu lagi. Kau ingat senang aku nak uruskan?” Rungut Syakif.
“Dah kerja kau, nak buat macam mana. Aku ingatkan je. Jangan lupa.”
“Iyalah. Amir, pengurus baru yang kau cakap hari tu, bila dia nak masuk?” Dia meminta kepastian. Itu satu lagi, dia perlu sediakan tempat untuk pengurus baru itu.
“Petang karang. Dalam pukul lima. Kau tak kisahkan?”
“Petang? Kenapa dia masuk petang pula?” Orang dah balik kerja, baru nak masuk pejabat?
“Dia ada hal hari ini. Petang nanti baru dapat masuk. Aku nak gerak pergi restoran ni. Kau jangan lupa datang pula.” Dia menutup pintu apabila Syakif mengangguk.
“Kejap lagilah aku gerak.” Syakif menyambung kerjanya.
Tepat jam satu tengah hari, Sue tiba di Restoran Chingu milik Airisya. Restoran ini diberi nama Chingu yang bermaksud kawan kerana ianya merupakan hasil pelaburan mereka berempat. Amir dan Airisya merupakan pemegang syer yang terbesar berbanding dia dan Syakif. Restoran ini akan diuruskan oleh Airisya sendiri.
“Hai?” Sapanya. Sue menoleh ke arah suara itu. “Jumpa lagi kita.”
“Syafiq?!”
No comments:
Post a Comment