“D
|
ah petang-petang baru nak masuk. Asal tak masuk malam kang je?” Syakif mula bosan menunggu. Sudah hampir setengah jam dia terpacak di pejabatnya namun orang yang dinanti tidak muncul-muncul.
“Amir!” Dia memanggil Amir yang duduk tidak jauh darinya. “Nak tunggu berapa lama lagi? Aku dah bosan ni.” Dia menyambung lagi. Majalah di hadapannya dibelek-belek tidak berminat dengan isinya.
“Kau ni memang tak reti nak menyabarkan? Tunggulah sekejap. Aku call dia tadi, dia cakap tersekat. Jalan sesak. Bukan kau tak tahu petang-petang orang balik kerja.” Amir masih lagi tenang seperti tadi. Dia menyambung pembacaan yang terganggu sebentar tadi.
“Itulah aku sudah cakap! Nak juga datang petang-petang!” Syakif terus-terusan merungut. Amir hanya menggelang melihat Syakif. “Dia masuk nanti tahulah kau senyap.” Bisik Amir perlahan.
“Hi guys! Sorry lambat. Jalan sesak sangat.” Tiba-tiba seorang wanita menegur mereka. Amir bangun menyambut wanita tersebut. Syakif yang dari tadi merungut terperanjat melihat wanita dihadapannya. Cukup dikenalinya! “It’s okay Sue. Aku tahu jalan sesak. Lagipun, aku yang suruh kau datang petang.” Amir memberinya senyuman manis.
“Syakif, tutup sikit mulut kau tu. Nanti lalat berkampung pula.”
“Diamlah kau!” Dia malu di tegur begitu di hadapan Sue. Nanti, apa pula Sue anggap. Tak fasal-fasal dia ingat aku pervert!
“Jom Sue aku tunjuk bilik kau. Special punya.” Amir mengiringi Sue ke biliknya yang terletak di antara bilik Amir dan Syakif.
“Ini bilik kau. Papa suruh aku hias bilik ni macam mana yang kau nak. So, satisfied?”
“Good job! I’m very satisfied. Thank you.” Sue lantas memeluk Amir. Tanpa menghiraukan Syakif yang begitu terkejut dengan tindakannya, Amir terus membalas pelukan adiknya itu.
“But I’m sure that is not you who design this room, right?” Sue menyambung kemudiannya. Amir mengangguk.
“Amir! Kau dah gila apa?” Syakif memotong sebelum sempat Amir bersuara. Dia bengang dengan Amir yang berlagak seperti tidak bersalah. Tak sedar ke yang dia tu dah ada tunang?!
“Asal? Aku bukan buat apa pun.” Amir masih berpura-pura tidak tahu akan kesalahannya.
“Tak buat apa-apa kau kata? Yang kau orang berpeluk sakan tu apa?” Syakif cuba untuk meleraikan pelukan mereka.
“Tak faham betul aku dengan kau ni. Oh, ya. Tadi Sue datang dengan siapa?”
“Dengan Pak Mat.”
“Pak Mat? Wait! Tadi aku dengar kau cakap papa kau suruh hias bilik ni ikut apa yang Sue suruh?” Syakif mula menyedari sesuatu.
“Ha’ahlah. Kenapa?”
“Kenapa pula papa kau suruh buat macam tu?”
“Dah tu kenapa pula?” Amir masih tidak mahu berterus terang. Biarlah Syakif menyedarinya sendiri.
“Sue datang, dengan Pak Mat…” Syakif diam seketika. Lagaknya persis seorang detektif yang sedang menyiasat satu kes berat. Amir memandangnya tidak berkelip. Sue sudah tersengih-sengih melihat gayanya.
Sesaat kemudian, Syakif berlari menuju ke meja kerja Sue. Dia mengangkat tag nama yang terletak di atas meja itu. “Fashrina Suraya Mohammad?!!” Bacanya lantang.
“Yes?” Sue menyahut. Dia cuba untuk menahan dari tergelak melihat reaksi Syakif apabila mengetahu siapa dirinya.
“Fashrina Suraya. Ira?!” Sadis! Dia baru tersedar dari mimpi yang panjang.
“I am. Why?” Sue sudah tertahan melihat reaksinya melepaskan tawa.
“Baru sedar ke?” Amir menyakatnya. “Sebab tu aku kata kau ni lembab!”
“Aku… Tak faham.” Syakif masih berdiam.
“Tak faham lagi? Sue terangkan.” Amir mengarah.
“Syakif, I’m Ira. Kau tak ingat?” Syakif hanya mengangguk.
“Tapi aku dah tak macam dulu. Sejak pindah, aku ubah penampilan aku. Aku nak jadi orang baru dekat tempat baru. Lagipun, dekat Seoul tu, semua orang cantik-cantik. So now, I’m Sue.” Syakif menjadi bisu serta merta. Muka bertukar merah akibat malu dan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.
“Amir?” Dia memandang Amir yang sudah melabuhkan punggungnya di sofa. “Asal kau tak bagitahu aku?”
“Aku dah bagitahu kau. Kau tu je yang tak dapat nak tangkap. Banyak kali aku tersasul depan kau. Ingat tak masa lepas kau jumpa Sue? Aku ada cakap yang dia adik aku tapi kau buat tak tahu je.”
“Patutlah aku selalu nampak kau orang sama-sama. Aku ingat, masa majlis kau tu! Sue tangkap gambar sekali dengan family kau!” Baru dia tersedar akan segala kebetulan.
“Aku dah cakap, jangan menyesal kemudian hari.” Amir menepuk bahunya seraya keluar dari bilik itu. Dia ingin memberi ruang kepada mereka untuk membetulkan apa yang kurang.
“Err… Sue, sorry aku tak tahu.” Syakif memandangnya.
“Tak apa bukan salah kau pun.” Sue masih menunduk. Dia tiada kekuatan untuk bertentangan mata dengan Syakif.
“Aku… Aku tak sangka pula kau ni Ira. Kalau aku tahu, aku dah terima kau masa…” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, pintu bilik itu terkuak dari luar.
“Sue, dah habis?” Lelaki itu menghampiri Sue.
“Kau siapa?” Tanya Syakif. Macam kenal je mamat ni.
“Kau tak kenal aku ke? Aku, Syafiq.”
“Syafiq?! Player sekolah tu?”
“Agak-agaklah derr! Aku player masa sekolah je, sekarang tak.”
“Kau buat apa dekat sini?”
“Jumpa Sue. Aku ada date dengan dia malam nanti.” Syafiq tahu segala-galanya yang terjadi. Dia mula mendekati Sue pun atas permintaan seseorang.
“Kau kenal ke siapa Sue?”
“Mestilah. Dari dulu lagi aku syok dekat dia. Kenapa? Kau tak tahu ke dia siapa?” Syafiq sengaja membuat hatinya panas. Sememangnya, semasa dia bertemu dengan Sue di pejabat milik bapanya yang baru memulakan tugas, dia tahu siapa Sue. Dia menjadi pelik apabila mendapat tahu, Syakif tidak mengenali Sue.
“Sue?” Syakif meminta kepastian darinya. Sue mengangguk. Syakif kecewa dengan jawapan yang di terimanya.
“Amir mana? Lama aku tak jumpa dia.” Syafiq sengaja menukar topik. Dia tidak mahu memanjangkan soal ini.
“Ada dalam bilik dia. Kau pergilah jumpa dia. Aku nak balik.” Syakif mengiringi Syafiq ke bilik Amir dan terus berlalu ke biliknya. Hatinya tidak tenang melihat keakraban Syafiq dan Sue. Dia harus bertindak!
No comments:
Post a Comment