S
|
udah beberapa kali dia cuba memikat Sue tetapi tidak berjaya. Sering kali dia mengajak Sue makan bersamanya. Setiap kali itulah Syafiq datang berjumpa Sue. Boleh dikatakan hampir setiap hari jugalah mereka bersama. Mereka hanya akan berpisah apabila Syafiq ada meeting di pejabatnya. Tambahan pula, sekarang ini AFS Entertainment membuat projek bersama syarikat milik Syafiq.
“Sue, lepas lunch nanti kita kena pergi jumpa Mr. Kang.” Syakif menghulurkan file kepadanya.
“Mr. Kang?! Bukan ke projek tu kau buat dengan Amir?”
“Dia ada hal hari ini. Mr. Kang nak buat hari ini juga sebab esok dia nak kena fly pergi Thailand pula.”
“Bukan esok ke dia pergi Thailand? Dekat sini punya audition dah habis ke?” Walaupun Sue tidak terlibat dalam projek ‘K-pop Superstar’ ini, dia tetap tahu selok belok projek itu. ‘K-pop Superstar’ ini untuk mencari bakat-bakat baru di seluruh Asia yang bertemkan K-pop.
“Dah. Dia kena habiskan cepat sebab company dekat Korea nak buat cepat.” Syakif meyakinkan Sue. Sebenarnya dia yang meminta kepada Amir supaya Sue mengikutinya hari itu.
“Okaylah kalau macam tu. Pukul berapa nak gerak?”
“Awal sikit dalam pukul 2:30.”
“Okay. Kau drive, aku malas!” Sempat dia memesan.
***
Sudah hampir dua jam mereka di dalam perbincangan itu. Segalanya berkisar tentang uji bakat yang telah diadakan tempoh hari. Banyak juga senarai calon yang layak ke peringkat pemilihan. Ternyata di Malaysia masih ramai yang berbakat.
“I think we should proceed this proposal.” Mr. Kang menyerahkan sebuah file yang mengandungi cadangan-cadangan jadual untuk trainee yang bakal di pilih nanti.
“Do you have the winner for this audition?” Syakif meneruskan pembacaannya. Dia tertarik dengan jadual yang disediakan.
“Yeah. I like this contestant. He’s so talented. His dance was very impressive. But I want to take two of the contestant in Malaysia. What you say?”
“Two of them. Good idea. At least they have someone who is from the same country. The other one?” Sue mengambil sehelai borang yang terletak di atas meja. Dia menyerahkan borang itu kepada Mr. Kang.
“How about this one?” Dia memandang Mr. Kang.
“Why did you choose him?” Sue menerangkan segala sebab yang dirasakan patut. Dia sangat yakin dengan peserta itu. Dia juga sempat melihat semua persembahan dari peserta di peringkat akhir sebelum berjumpa dengan Mr. Kang.
“Actually, I’m thinking about him too. So we’ll take these two as a winner. My staff will call them later and around two month from now, make sure they’re ready to fly to Seoul. I want two of them get ready and get them to training before come to Seoul. I’ll send my dancer and vocal trainer here.”
“Alright Mr. Kang. I’ll make sure they have their training in this two month. Please, don’t worry too much.”
“I trust you, Syakif. I’ll hand it all over you. I’ve to go. Thank you.”
“Thank you, Mr. Kang.” Syakif dan Sue serentak bangun dan menyambut huluran salam Mr. Kang. Perjanjian telah di buat. Dia harus memastikan segalanya berjalan dengan lancar agar kepercayaan yang diberikan tidak hilang.
Mereka menghantar pandangan kepada Mr. Kang. Sebaik sahaja Mr. Kang hilang dari pandangan, masing-masing menarik nafas lega.
“Akhirnya settle juga!” Ingin sahaja dia melompat saat itu. Nasib baik mereka di restoran mewah. Syakif melepaskan lelah.
“Sampai macam tu sekali?”
“Apa pula?”
“Tahulah dah dapat projek baru. Janganlah lega sangat. Panjang betul leganya.” Sue mengingatkannya. Ini baru sahaja permulaan baginya.
“Aku bukan apa, syukur sangat Mr. Kang tu pilih syarikat kita sebagai dia orang punya jambatan.” Syakif mengucap syukur.
“Lepas ni kau kenalah kerja lebih. Bila nak jumpa dia orang berdua? Kita kena mula cepat.”
“Kita akan panggil dia orang minggu depan untuk meeting.”
“Okay. Nanti aku pergi jumpa cikgu untuk kelas Korean dia orang. Kita cuma kena uruskan yang itu sahajakan?” Sue ada juga membaca proposal yang diberikan. Sepanjang dua bulan menjadi trainee, mereka perlu menghadiri kelas bahasa, dance dan vocal.
“Yup. And dorm! Dekat dorm tu ada lagi kosongkan? Ada trainee kita yang dah pindahkan. So, dia orang masuk situlah.”
Syakif dan Sue terus berbincang tentang persiapan yang perlu dilakukan sepanjang mereka menjadi trainee.
No comments:
Post a Comment