S
|
udah dua bulan dia berhubung rapat dengan Syafiq dan selama itulah dia sering keluar bersama Syafiq sehingga ada gosip-gosip tentang mereka. Dia tidak kisah dengan semua itu kerana dia menganggap Syafiq itu kawannya. Tidak lebih dari itu. Lagipula, hatinya belum bersedia untuk menerima sesiapa.
"Sue, you dengan Syakif macam mana?" Dia membuka bicara petang itu. Sengaja dia bertanya tentang Syakif.
"Macam biasa sahaja. Kenapa?" Sue tidak berminat mahu bercerita mengenai Syakif. Cukup sekadar di pejabat dia perlu menghadap Syakif.
"Tak adalah dulukan you all selalu sama-sama. Mana-mana pergi mesti berdua. Tapi sekarang I tengok dah tak macam dulu. You gaduh dengan Syakif ke?"
"I tak gaduhlah. Masing-masing dah besar Syafiq. Takkan nak berkepit lagi? Lagipun, dia dah ada kekasih hatikan. Nanti berperang pula. Kau pun tahukan?"
"Hmm, you sure ke dia dah ada 'kekasih'?"
"Yes I am. Dia yang bagitau dulu."
"Tapi masa tu dia tak tahu siapa you." Benar, Syafiq tahu ceritanya pada malam itu. Dia juga sering bercerita tentang dirinya kepada Syafiq.
"Biarlah Syafiq. I malas mahu fikir lagi."
"You steady dengan I ajelah susah-susah sangat." Syafiq menyakat Sue. Bukan Sue tidak tahu dia sudah bertunang.
"Nak bagi I mampus ke? Kalau tunang you kejar I dengan parang macam mana? I tak nak mati lagi."
"Nanti I tolonglah."
"You nak tolong apa? You tu tahu tolong tengok saja. Nanti I dah lunyai baru you datang dekat." Gelak Sue apabila membayangkan dirinya di kejar oleh Maira sambil memegang parang. Pasti parah.
"Ha! Tu yang gelak sorang-sorang kenapa? Gila apa." Teguran Syafiq mematikan bayangannya.
"Ish! I terbayang Maira kejar guna parang. Yah, Sue!! Berani kau rampas tunang aku!" Sue melakonkan gaya seorang perempuan membawa parang sambil menjerit mengejarnya. Mereka tergelak membayangkan situasi itu andai benar-benar berlaku.
Tidak jauh dari tempat mereka, sepasang mata asyik memerhatikan setiap gerak geri mereka. Dia bergegas bangun dan pulang.
"Tapikan Sue, kalau si Syakif tu nak dekat kau, means orang yang dia tunggu tu kau, kau akan terima dia tak?" Syafiq berbalik pada persoalan tadi.
"Tak habis lagi fasal benda ni?"
"Aku curious nak tahu." Sengihnya memanjang.
"Depends. Tengok macam mana dia bagitahu aku dan cara dia yakinkan aku."
"Jadi, kau akan terima dialah?"
"Kan aku cakap, depends macam mana."
"Huyoo... Sue dah pandai nak romantik-romantiklah. Tak sangka aku dah besar rupanya kau ni."
"Diamlah kau. Aku tumbuk kau baru tahu." Sue sudah memerah mukanya di usik begitu.
"Nanti aku tolong cakap dekat Syakif eh kau nak yang romantik-romantik. Kau nak dekat mana? Restoran, beach, or... Ha! Shopping complex!" Syafiq makin seronok mengenakan Sue.
"Syafiq!!!"
***
'Aku nk jmpa kau ptg ni. Tmpt biasa.'
Sue membaca pesanan yang di terimanya sebentar tadi. Berulang kali dia membacanya seolah-olah apa yang tertulis itu sesuatu yang amat sukar difahami.
Dia bersiap-siap untuk keluar berjumpa Syakif. Entah mengapa debaran di dadanya kuat bergetar. Dia cuba menenangkan diri ketika dalam perjalanan dengan memasang radio. Namun jantungnya lebih pantas berdegup. Lagu-lagu yang berkumandang langsung tidak membantu menenangkannya.
"Rileks Sue. Tak ada benda pun. Sekadar nak jumpa sahaja." Dia menarik nafas dalam. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Syafiq tempoh hari. 'Macam mana kalau dia lamar kau?'
"Ish! Tak mungkinlah." Sue keluar dari kereta dan menuju ke restoran yang sudah tidak asing baginya.
"Hai Sue!" Raisya menyapanya.
"Hai kakak ipar. Bisness okay?"
"Eh belum kakak ipar lagi okay. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali. Lama tak nampak. Busy dating ya?" Risya mengusiknya.
"Banyaklah kau. Tanyalah tunang kesayangan kau tu. Dia. Bagi kerja dekat aku macam tak ada hari lain je."
"Tunang aku, abang kau, kan?" Sue mengangguk. "So jangan nak kata tunang aku je. Abang kau memang macam tu." Mereka berbual seketika sebelum Sue bertanya tentang Syakif.
"Dia dah sampai?"
"Dah. Ada dekat dalam tu. Pergilah jumpa dia. Jangan gaduh-gaduh pula." Airisya memesan. "Nanti habis semua pelanggan aku lari." Sambungnya dalam nada. Bergurau.
"Sorry. Lama ke tunggu?" Sue melabuhkan punggung di hadapan Syakif.
"Tak jugalah. Aku pun baru je sampai."
"Kenapa kau nak jumpa? Ada hal mustahak ke?"
"Tak adalah aku cuma... Kau tak pesan apa-apa?" Syakif tidak jadi berterus terang.
"Tak apa. Nanti aku pesan." Mereka diam. Masing-masing cuba menyusun ayat agar suasana tidak menjadi kekok.
"Sue!"
"Hmm." Sue masih tidak memandang Syakif.
"Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau." Akhirnya Syakif memberanikan diri.
"Apa dia? Cakaplah." Sue mengangkat mukanya. Mereka bertentangan mata seketika.
"Aku suka kau. Dah lama sangat aku simpan perasaan aku dekat kau." Syakif melepaskan nafas lega selepas meluahkan perasaannya.
"Err... Kaukan dah ada steady girl."
"Aku minta maaf fasal tu. Sebenarnya masa tu aku cakap fasal kau. Yela, kau pun tahu yang aku bukan tahu kau tu Ira masa tu. Aku pun tak sangka yang sebenarnya aku dah jumpa dengan orang yang aku tunggu selama ini.
"Kalau aku kata aku tak boleh terima kau?" Sue menduga.
"Kenapa? Kau dengan Syafiq ke sekarang?" Syakif agak kecewa.
"Nope. Aku belum bersedia untuk disakiti lagi sekali. Hati aku baru nak pulih."
"Sue... Aku minta maaf fasal tu. Aku tak ada niat pun nak buat macam tu."
"Ye aku tahu tapi aku masih tak dapat nak lupakan apa yang terjadi. Lepas kau pergi malam tu, aku rasa macam bodoh sangat. Niat aku cuma nak bagitahu hal sebenar je. Tapi orang salah sangka."
"Aku tak tahu."
"Enough Syakif. Aku tak nak cakap fasal ni lagi. Aku minta maaf tak dapat nak terima kau. Aku pergi dulu."
Syakif hanya melihat Sue keluar tanpa menahannya.
No comments:
Post a Comment