"Kau ni dah seminggu tak masuk ofis, tak apa ke?" Airisya menegur Sue yang sedang asyik mencatit sesuatu di dalam buku laporan restoran.
"Biarlah dia orang yang uruskan. Aku malaslah nak masuk ofis." Sue masih tidak berganjak dari meja itu.
"Malas ke sebab Syakif?"
"Kau ni sibuklah tanya macam-macam. Kau tak suka aku duduk sini, cakap! Aku boleh keluar." Sue melenting. Dia berang setiap kali orang berjumpa dengannya mesti bertanya tentang Syakif. Apa dah tak ada orang lain lagi ke nak tanya?
Airisya terkejut dengan reaksinya. Dia jadi serba salah pula. Bukan dia sengaja mahu melenting di hadapan Airisya tetapi ianya berlaku terlalu pantas.
"Risya, aku minta maaf." Sue menghampiri Risya. Airisya masih diam terkaku. Dia sangat terkejut ketika ini.
"Risya..."
"Sue, tak apa. Aku okay." Airisya tersedar dari diam yang panjang.
"Risya, aku tahu kau terkejut. Sorry, aku tak sengaja." Sue memujuknya.
"Sue, kau okay? Tak pernah aku tengok kau melenting sampai macam tu sekali. Ada apa-apa yang terjadi ke?"
"Hmm... Aku cuma teremosi sikit. Aku geram sebab mana-mana aku pergi mesti orang sebut fasal si Syakif tu."
"Ceritalah dekat aku apa yang jadi." Sue menceritakan segala yang terjadi kepadanya termasuklah hal yang berlaku seminggu yang lalu.
"Jadi, sebab tu, kau tak masuk ofis minggu ni?"
Sue mengangguk. "Aku sayang dia tapi aku tak yakin dengan dia. Aku takut keputusan yang aku buat tak berpihak kepada aku."
"Tapi dia terlalu mencintai kau, Sue. Bertahun dia tunggu kau."
"Macam mana aku nak percaya perempuan yang dia tunggu tu aku? Sedangkan aku yang dah lama dia kenal ni pun dia boleh lupa."
"Aku tahu kau kecewa bila tahu dia tak kenal kau. Tapi aku yakin dia memang sayang sangat dekat kau." Risya cuba meyakinkan Sue.
Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Hatinya masih merasa sakit apabila cintanya ditolak bulat-bulat tanpa mengetahui duduk perkara sebenar, dan sekarang mahu menagih cintanya kembali.
***
Petang itu, Syafiq memandu keretanya menuju ke restoran Chingu. Tengah hari tadi Sue menghantar pesanan ringkas kepadanya ingin berjumpa. Ada hal nak bincang katanya.
"Hoi Sue!" Syafiq menuju ke sebuah meja kosong di luar restoran.
"Kejap lagi aku datang. Kau nak apa-apa tak?"
"Teh tarik satu. Kau belanja." Sue mencebik. Ambil kesempatan betul mamat ni!
"Nah air kau." Sue meletakkan segelas teh tarik di hadapannya.
"Marahlah tu.". Tanpa berlengah, Syafiq menghirup teh tariknya penuh nikmat.
"Kenapa kau nak jumpa aku?" Sambungnya setelah habis meneguk airnya sehingga setengah gelas.
"Gelojoh!"
"Sedap pula aku rasa teh tarik ni hari ni."
"Memanglah sedap kalau tak guna duitkan."
"Hehehe. Apa kau nak cakap dengan aku macam tak menyempat nak jumpa?"
“Syakif melamar aku.” Sue mula serious.
"Bila?"
"Minggu lepas. Sebijik apa yang kau cakap kat aku hari tu."
"Itulah kau, aku dah cakap tak nak dengar. Habis apa kau jawab?"
"Aku tak terima dia." Jawab Sue tenang.
"What?! Kau gila apa." Agak dah, mamat ni mesti over punya.
"Woi, kau tu yang gila, gila!" Sue menampar bahunya. "Kan aku dah cakap, aku akan terima kalau dia dapat yakinkan aku."
"Kau nak macam mana lagi untuk dia yakinkan kau?" Peliklah aku dengan perempuan ni. Aku ajak jadi steady girl aku tak nak. Hoi! Kau tu dah bertunang, mangkuk.
"Entah. Kalau dia betul-betul suka aku, mesti dia akan cuba mengorat aku lagi, kan?"
"Hmm... Kalau dia nak mengorat kau lagi. Kalau aku, jangan harap. Kau pun bukan lawa mana pun." Syafiq selamba meluahkan pendapatnya.
"Mangkuk hanyun betul mamat ni! Penat aku je ajak dia jumpa. Tak boleh pakai rupanya. Membazir teh tarik betul. Bukan menyenangkan, tapi menyusahkan orang lagi adalah." Geram betul dia.
"Rileks la kawan. Okay, nanti aku suruh Syakif mengorat kau ye."
"Bodoh betul! Geram betul aku dengan dia ni. Kau pergi baliklah." Sue menghalaunya. Makin lama dia dekat sini, makin sakit jiwa aku.
"Tak baik tau halau pelanggan. Bos, tengok pekerja bos ni!" Syafiq memanggil Airisya.
"Banyaklah kau punya pelanggan. Kalau kau pelanggan, bayar duit teh tariklah!" Sue menolaknya ke kereta.
"Okaylah, aku balik dulu. Nak pergi jumpa Syakif cakap yang kau suruh dia mengorat kau balik." Sue sempat menunjukkan penumbuknya ke arah Syafiq sebelum berpatah balik ke kedainya.
No comments:
Post a Comment