13 FEBRUARI 2010
S
|
udah 10 tahun aku tidak pulang ke Kuala Lumpur. Bandar ini juga telah banyak berubah. Bangunan-bangunan baru, shopping complex dan beberapa kemudahan awam yang baharu juga bertambah. Tetapi ada sesuatu yang tidak pernah dan tidak akan pernah berubah iaitu kenangan kami di sini. Taman ini juga tidak banyak yang berubah. Masih dijaga dengan rapi.
“Kif! Kau dekat mana?” Tanya Amir setelah panggilannya berjawab.
“Aku dekat rumahlah. Kenapa?” Jawab Syakif separuh sedar.
“Tidurkah?”
“Sudah tentulah. Hari ini cuti bukan?”
“Memanglah cuti sebab itu aku mahu ajak kau keluar.”
“Kau ini siapa?” Siapa pula ni? Pagi-pagi sudah ajak orang keluar.
“Oi, member lama pun lupa ke? Macam inilah kau. Aku pun kau sudah tidak kenal.”
“Member lama? Seingat aku, member lama aku… Wait! Amir?!” Syakif yang pada mulanya mengantuk terus terbangun. “Akulah, siapa lagi? Sampai hati kau lupa kawan. Aku baru tidak berjumpa kau dua bulan, kau sudah lupa aku?”
“Sorry, Mir. Aku bukan lupa, aku mamailah. Kau pun satu, call aku pagi-pagi kenapa?”
“Aku nak ajak keluarlah.”
“Keluar? Where are you?”
“Kuala Lumpur, of course! Hurry up come here.”
“Kuala Lumpur? Where in Kuala Lumpur?”
“Keluarlah.” Arah Amir. Syakif hanya menurut tanpa banyak bersoal.
“Yah, bila kau balik?” Tanya Syakif sebaik sahaja ternampak Amir di taman dari beranda biliknya. ‘Kalau Amir sudah pulang, pasti Ira juga turut ada.’ Bisik Syakif di dalam hati.
“Cepat siap. Aku tunggu kau dekat tempat biasa.” Amir menamatkan panggilan.
***
Sudah seminggu dia pulang ke Kuala Lumpur bermakna sudah seminggu jugalah dia meneruskan pelajarannya di kolej ini. Sudah seminggu jugalah Amir menjadi pelajar jurusan muzik di kolej ini. Dia memilih jurusan ini kerana suatu hari nanti dia perlu menggantikan tempat papanya di syarikat milik keluarganya manakala Ira melanjutkan pelajarannya dalam bidang perniagaan.
“Amir!!! Berapa kali aku perlu cakap, jangan ganggu aku lagi. Tengok, apa yang kau dah buat? Aku sudah lambat tahu?” Marah seorang perempuan kepada Amir. Selama dia berada di kolej ini, dia sering kali dibuli oleh Amir dan hari ini malang menimpanya lagi. Kali ini keretanya menjadi mangsa.
“Kisah pula aku kalau kau sudah lambat?” Gelaknya.
“Memang kau tak kisah, tapi aku kisah! Kau jangan sampai, aku buli balik. Masa itu, jangan kau nak merayu-rayu dekat aku. Jangan nak mengaku, aku ini adik kau.” Ira sudah tidak dapat menahan kemarahannya lagi.
“Uhh… Takutnya aku. Yah, Ahjumma. Aku tidak kisah langsunglah kalau kau mahu buli balik atau buli datang. Apalah sangat yang kau boleh buat?”
“Eii… Kau tunggulah Amir Iskandar. Aku akan balas dendam!” Geramnya aku dengan mamat seorang ini.
Dari jauh Syakif yang melihat kejadian itu menghampiri Amir. “Kenapa, Amir?” Tanyanya hairan.
“Tidak ada apa-apa. This Ahjumma (Mak cik), annoying gila. Baru tayar pancit sudah bising-bising.” Jawab Amir seperti tidak bersalah dan mencebik.
“Eh, kalau kau tak usik kereta aku, tayar ni takkan pancit tahu? Sudahlah, aku malas mahu melayan kau.” Ira berlalu pergi meninggalkan dua sahabat itu.
“Annyeong Ahjumma! (Bye Mak cik)”
“What, Ahjumma? Sikit punya lawa awek tu, kau panggil dia Ahjumma?”
“Peduli apa aku. Dia tu jangan di bagi muka sangat.” Jawab Amir acuh tidak acuh.
“Siapa tu?”
“Kau tidak kenal ke?”
“Siapa? Aku tak kenallah.” Tanya Syakif pelik. “Setahu aku, sepanjang aku belajar dekat sini tidak pernah pula aku nampak dia.”
“Baguslah kalau kau tidak kenal. Senang sikit kerja aku.”
“Yah, yah! Kau still buli-buli orang ke? Aku ingat Ira sahaja yang suka buli orang, kau pun sama?”
“Tengok kakilah kawan!” Amir sudah merancang sesuatu di dalam kotak fikirannya. Syakif tidak mengenali Ira jadi dia boleh terus membuli Ira dengan senang.
***
“Asal muka annoying je Ahjumma?” Amir menegur adiknya yang baru sahaja pulang dari kolej. Mereka sememang satu kolej tetapi masing-masing memilih untuk pergi berasingan kerana lebih mudah. Tidaklah salah seorang perlu menunggu lama untuk pulang ke rumah.
“You! Sebab kaulah aku lambat tadi. Tidak fasal-fasal kena denda!” Marah Ira.
Disebabkan abangnya itulah Ira terpaksa pulang lewat dan di suruh oleh pensyarahnya untuk mengemas bilik kuliah atas kelewatannya menghadiri kelas. Pensayarahnya seorang yang sangat tegas dan menepati masa. Dia bukanlah pelajar pertama yang di denda dan ada yang lebih teruk lagi. Mujurlah dia tidak di suruh bermalam di kolej agar tidak lewat ke kelas keesokan harinya.
“Apa pula aku yang salah? Aku tak buat apa-apa pun. Jangan mahu salahkan aku.” Amir membuat muka tidak tahu apa-apa. Tidak mahu mengaku bahawa dialah orang yang bertanggungjawab terhadap kelewatan Ira ke kelas petang tadi.
Bukannya dia tidak mengerti tentang kelewatan adiknya itu, malahan dia juga tahu adiknya telah di denda. Amir sendiri telah berjumpa dengan pensyarah adiknya itu dan meminta untuk meringankan denda adiknya dan bersedia menanggungnya bagi pihak adiknya. Akibatnya, hari ini dia juga turut diperintahkan untuk membersihkan kawasan taman kolej.
“Ira, kau tidak jumpa Syakif lagi ke?” Tiba-tiba Amir bertanya.
“Tadikan sudah jumpa?”
“Bukan, maksud aku sebelum ini? Selepas kita balik KL.”
“Nope. Tadilah pertama kali aku jumpa dia. Kenapa?”
“Syakif tanya dekat abang, siapa kau.” Jawab Amir selamba.
“What? Dia tak kenal aku?” Pelik Syakif tak kenal aku. Dia sudah lupa akukah? Tidak!!!
“Ha’ah. Aku pun pelik juga. Apa kata kalau kita pura-pura depan dia? Kita buatlah macam kita baru jumpa. Aku boleh terus buli kau.” Cadang Amir. Tapi cadangannya bunyi macam tidak adil!
“Kau boleh terus buli aku?” Muka Ira sudah berubah merah.
Amir membalasnya dengan anggukan.
“Amir Iskandar, kau memang sahajakan mahu kenakan aku?” Aku terus mengejar Amir.
“Ini tidak adil. Aku mahukan keadilan! Mana boleh aku yang di buli? Aku dahulu ratu membuli.”
“Sekarang bukan lagi. Kau buli aku boleh pula?” Amir cuba menyelamatkan diri.
“Bila pula aku buli kau?” Ira tidak mahu mengalah.
“Kau selalu baling belon kau dekat aku dulu itu, apa? Bukan buli namanya?”
“Itu cerita lama. Lagipun, siapa suruh kau abaikan aku?” Akhirnya aku berjaya menangkap Amir. Tanpa berfikir panjang, aku menumbuk bahunya.
“Sakit tahu?” Amir menyeringai kesakitan. “Aku ingat bila kau sudah berubah jadi ‘perempuan’ hilanglah kau punya bisa, tapi sama sahaja.” Dia mendengus.
“Itulah, jangan pandang aku sebelah mata. Walaupun aku sudah berubah menjadi lebih feminine, dan bukan jadi ‘perempuan’ ye, Encik Amir. Macamlah aku ini bukan perempuan.” Aku menjeling.
“Sedar rupanya kau perempuan. Alhamdulillah.” Perlahan sahaja Amir menjawab.
“Apa kau kata?”
“Tak ada apa.”
“Kehebatan aku tetap tidak berubah. Masih berbisa. Bestkan?”
“Bestlah sangat. Sudahlah, pokoknya macam yang aku cakap tadi, kita pura-pura, ya?”
“Pokok? Aku tidak nampak pun pokok yang kau cakap.” Ira terus melarikan diri.
“Ira!!!”
No comments:
Post a Comment