“A
|
mir, Ira tak balik sini ke?” Syakif yang sedang mengisi air di dalam belon bertanya. Dia juga hairan mengapa Amir memintanya mengisi belon itu. Pasti ada sesuatu yang dirancang olehnya. “Ira? Balik, cuma dia busy sekarang. Kau tidak jumpa dia lagi?” Balas Amir dalam diam dia tersenyum.
“Itulah aku hairan. Aku langsung tak jumpa dia lagi. Sedangkan rumah kita sebelah-sebelah je. Dia macam mana sekarang?”
“Kau nak tahu dia macam mana sekarang? Kau ikut aku dulu. Nanti aku cerita fasal Ira.” Amir melangkah keluar dari tandas setelah selesai kerjanya. Syakif hanya mengekori langkahnya.
“Kau mahu buat apa dengan belon ini?” Tanya Syakif hairan.
“Dia datang. Ready.” Syakif dan Amir menyorok disebalik tiang yang terletak di taman berhadapan dengan bangunan utama kolej mereka. Apabila terlihat kelibat Ira, Syakif sudah dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh Amir.
“Kau sure, Mir?” Pertanyaannya hanya dibalas dengan anggukan.
“Apa-apa sahajalah Amir. Apa pun yang jadi aku tak nak tanggungjawab, okay?”
“Kau jangan risaulah. Takkan jadi apa-apanya. Lagipun, lepas ini Ahjumma tu sudah tiada kelas.” Amir sudah sedia maklum tentang jadual kelas adiknya dan sebab itu jugalah dia berani mengambil tindakan ini. Jika tidak nahas dirinya dikerjakan. ‘Oh, takut juga kau dengan adik kau ye, Amir? Ingat macam berani sangat?’ Gelaknya dalam diam.
“Okay Kif, ready. 3…2…1!” That’s right! Mengena.
Ira terkaku apabila dirinya basah dibaling air. Tanpa dia sedar, semua mata yang berada di situ memandangnya. Dia sudah tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana. Mahu menangis? Nanti kena gelak. Nak marah? Tapi dia tidak tahu siapa punya angkara walaupun dia boleh mengagak siapa yang berani melakukannya. Nak lari? Ya! Itu jalan yang terbaik.
‘Oh, ada jalan yang terbuka untuk aku sekarang. Lari selaju yang boleh. Tidak!!! Kenapa aku selalu diperlakukan begini? Apa salah aku? Aku mengaku, dulu aku suka buat orang tapi tidaklah sejahat ini. Ya Allah, tolong aku.’
Dari jauh Amir yang melihat gelagat Ira tidak dapat menahan tawanya. Hampir sahaja dirinya terkantoi namun nasib menyebelahinya apabila Syakif menariknya disebalik tiang.
“Crazy! Tak sangka aku sampai macam itu sekali kau berani buat.” Syakif yang juga turut terlibat dalam kes itu melepaskan tawanya. Setiap gerak geri mereka diperhati dari jauh tanpa sedikit pun mereka sedari.
“Siaplah kau orang. Sukanya buli orang. Syakif, wait for my revenge.”
***
“Aiisshhh!! Seriously, this Amir. Berani kau ye. Kau tunggulah apa aku nak buat nanti. Bersedialah untuk bersedih, Amir Iskandar.” Ira baru sahaja selesai mengeringkan dirinya melangkah keluar dari bilik persalinan.
“Bingo! Dia masih dalam kolej ini. Kau tengok pula aku nak buat.” Dia mengeluarkan segugus kunci miliknya dan menuju kearah sebuah kereta. Dia mencalarkan kereta itu menggunakan gugusan kuncinya. Tidak cukup dengan itu, dia turut menconteng pada permukaan cermin hadapan kereta tersebut. Setelah berpuas hati, Ira melangkah dengan senang hati.
Amir menghampiri keretanya terkejut melihat keadaan keretanya. Tidak perlu tanya mengapa, semua yang melihat pasti mengerti apa yang berlaku. Keretanya teruk dikerjakan Ira. Malahan, keempat-empat tayarnya turut dipancitkan. Syakif hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“This Ahjumma, balas dendam nampak. Tapi gurauan dia melampau!”
“Aku sudah cakap bukan? Sendiri tanggunglah derr!”
“Ahjumma!!! Siap kau, kalau aku jumpa kau.”
Di sebalik sebuah kereta, seseorang tersenyum puas melihat kekelatan yang terpancar di muka Amir. Dia telah menyempurnakan kerja Ira yang ditinggalkan. “Deserved you right, Amir!”
***
Hari ini, kelas mereka seperti biasa. Selepas peristiwa keretanya ‘dicantikkan’ oleh Ira, Amir sudah tidak berani membulinya. Cukuplah sekali barang kesayangannya mengalami kerosakan.
“Kif, kenapa aku macam rasa aku tak boleh bangun?” Amir mencuba sekali lagi untuk berdiri. Kelasnya sudah tamat dan dia perlu ke café untuk mengisi perut yang sudah meminta untuk diisi.
“Ha’ahlah. Aku pun sama. Rasa macam melekat sahaja dekat kerusi ni. Kenapa, eh?” Syakif cuba untuk bangun namun tetap gagal.
“Cuba kau bangun sikit biar aku tengok.” Syakif memberi arahan. “Yes! Seperti yang aku agak.” Perkara ini pernah terjadi padanya suatu ketika dahulu. Tapi siapa yang terfikir mahu buat begitu. Jika dahulu, hanya seseorang sahaja yang berani berbuat begini kepadanya. Tidak mungkinlah dia? “Cuba kau tengok dekat kerusi aku. Apa yang kau nampak?” Amir hanya menurut dan kini dia tahu kenapa mereka tidak boleh bangun.
“What the hell! Siapa punya kerja ni?!!” Berangnya.
“Manalah aku nak tahu. Aku pun sudah terkena. Macam mana nak bangun ni?” Kerusi yang diduduki mereka telah dipenuhi dengan gam sebelum mereka sampai di kelas. Tanpa mengesyaki apa-apa, mereka yang baru sahaja masuk ke kelas terus mengambil tempat. Selama satu jam kelas berjalan tanpa sekali pun mereka bangun dan selama satu jam jugalah mereka ‘melekat’ di kerusi itu.
Satu lagi kejayaan yang berjaya dicapainya. Dia tidak menyangka pula yang mereka tidak menyedari tentang gam itu. Mujur juga dia hanya menggunakan gam yang tidak begitu kuat. Jika ditarik dengan kuat, mereka boleh ‘tertanggal’ dari kerusi itu. Dia tergelak melihat aksi mereka yang berusaha untuk melepaskan diri. “Semoga berjaya.” Ucapnya perlahan.
No comments:
Post a Comment