P
|
etang itu Ira melepak di café kolejnya. Dia perlu menunggu Amir untuk pulang bersama. Hari ini dia tidak membawa keretanya kerana keretanya dipinjam oleh ibunya. Mujur jugalah kelasnya pada hari ini tidak banyak dan berdekatan sahaja. Jika tidak, pasti jenuh juga dia mahu menapak dari satu tempat ke satu tempat.
“Hai Ahjumma! Seorang sahaja ke?” Tegur Syakif.
“Kau nak apa? Tak nampak ke aku dengan kawan-kawan aku ni?”
“Kawan-kawan kau?” Syakif memandang sekeliling. Kosong! Hanya ada beberapa pelajar junior sahaja yang berada di situ. Lagipun, mereka berada di meja yang berlainan dan agak jauh daripada pelajar-pelajar junior itu. “Mana ada sesiapa di sini.”
“Itulah kau. Mana tahu apa-apa. Kawan-kawan aku ni special. Orang-orang tertentu sahaja yang boleh nampak mereka!” Balasku dengan nada serius.
“Kau biar betul?” Syakif seolah-olah tidak mempercayainya.
“Betul. Kalau tidak, macam mana aku boleh tahu yang kau dan Amir ‘melekat’ dekat kerusi hari itu?” Sengaja aku tekankan perkataan ‘melekat’ untuk menyakatnya.
“Oit, janganlah cakap kuat-kuat! Yang itu, bukan kau ke yang buat?” Berkerut dahinya meminta kepastian.
“Cantik sikit. Aku tidak mainlah guna gam. Kalaulah aku yang buat, baik aku guna cat je. Kesannya bertahan selamanya.”
“Jadi, bukan kau yang letak gam dekat kerusi kita orang hari itu?” Dia meminta kepastian lagi. Kali ini dia lebih serious!
“Bukan akulah. Berapa kali mahu cakap? Aku cuma calarkan kereta and conteng kereta si Amir tu. Padan muka dia!”
‘Kalau bukan dia yang letak gam itu, siapa yang letak?!’ Tanya Syakif kepada dirinya. Dia harus menyiasat perkara ini. Dia pasti ada orang lain lagi yang mengenakannya. Ini tidak boleh dibiarkan! “Sekejap! Kau kata tadi, kau calarkan dan conteng kereta dia sahajakan?”
Aku mengangguk. “Kau tak pancitkan tayar dia?” Aku hanya menggeleng. “Bukan kau?” Tanyanya lagi.
“Bukan akulah!” Stress pula aku dengan mamat seorang ini. “Bila pula tayar dia pancit? Aku tengok okay sahaja.” Aku pula yang pelik. Seingat aku, aku langsung tidak menyentuh tayarnya. Apabila dia balik malam itu pun, tidak pula dia cakap fasal tayar.
“Tambahan, aku mana tahu nak pancitkan tayar.”
“Aku tanya sahaja. Mana tahu boleh perangkap kau. Yela, manalah tahu kau ada buat jahat lagi ke dekat dia.” Syakif menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuannya. “Okay!”
“Apa nama kau? Aku tak pernah kenal kau pun kat kolej ni. Kau budak baru, eh?”
“Yup. I’m new. Tapi tak baru sangatlah, around 2 months. Kau tidak kenal aku, tapi kau buli aku? Apa cerita ni.”
“Ala, aku tolong kawan je.” Jawabnya selamba. Dia orang ini memang jenis langgar lari agaknya.
“Tolong kawan otak kau! Kalau kau nak tolong kawan, pergi nasihatkan sikit kawan kau tu. Jangan nak kacau-kacau orang lagi.”
“Yela Ahjumma! Siapa nama kau?”
“Aku, Suraya. Panggil Sue sudahlah. Kau, Syakif, right?” Dia berpura-pura bertanya. Untuk menutup identity sebenar.
“Yes! Friend?”
“Okay, friend.” Kami berjabat tangan tanda berdamai.
***
Hari ini sekali lagi, dia dikenakan. Nak dijadikan cerita, kali ini lebih teruk lagi, dirinya dimalukan di hadapan orang ramai. Habis segala ke‘macho’annya akibat dimalukan sebegitu rupa. Siapa punya angkara semua ini?
“Amir, aku rasa aku perlu siasat hal ini. Aku sudah tidak larat nak terima semua ini. Semua ini kau punya fasallah!” Marahnya setelah membersihkan diri. Tidak fasal-fasal semasa hendak keluar dari kelas tadi, dia dan Amir telah ‘bermandi’ tepung bersalut telur. Semua pelajar yang berada di dalam kelasnya ketika itu melepaskan tawa melihat keadaan mereka. Sungguh memalukan!
“Apa hal aku pula? Kau tak payah susah-susah nak siasat, sudah terang lagi ada sportlight, Ahjumma tu yang buat. Berani betul dia kenakan aku!” Amir yakin, kejadian yang berlaku ini pasti ada kena mengena dengan adiknya itu. Bukan dia tidak tahu, jika adikya itu ingin membalas dendam, pasti ada sahaja ideanya.
“Bukan. Aku dah tanya dia. Last, dia jahanamkan kereta kau.” Syakif memberitahunya perkara sebenar.
“Ayat kau tu, cantik sikit, eh?”
“Tapi, dia cakap dengan aku, dia tidak usik langsung tayar kereta kau. Tak pelik ke?”
“Bukan dia? Then, siapa pula?” Setahunya, dirinya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pelajar yang lain. Musuh tradisinya hanya Ira! Lagi pula, dia baru sahaja berdaftar di kolej ini. Siapa pula yang mahu menganiayanya? “Entah-entah dia tipu kau?” Duga Amir.
“I don’t think so. Aku dah tanya dia betul-betul semalam.” Syakif memandang sekeliling. Dia dapat merasakan kehadiran seseorang di situ memerhatikan segala gerak geri mereka.
“Kau serius, nak siasat?”
“Yup. Kau?” Syakif memandang Amir. Lama. Akhirnya Amir mengangguk setuju. Dia perlu tahu juga siapa yang membuat onar.
Segala perbincangan mereka di dengari dengan jelas olehnya. Selepas ini dia perlu lebih berhati-hati agar tidak tertangkap.
***
Amir terus pulang ke rumah setelah penat berbincang bersama Syakif. Dia perlu mendapatkan kepastian terlebih dahulu sebelum memulakan perancangan. Dia memanjat tangga rumahnya menuju ke bilik adiknya. Sebaik sahaja panggilannya berjawab, dia terus melangkah ke dalam bilik adiknya itu.
“Ira, kau cakap betul-betul. Kau yang kenakan aku tadikan?” Tanpa usul periksa, Amir menuduh adiknya.
“Kenakan apa pula? Bila masa pula aku kenakan kau?” Ira memandang abang kembarnya. Ada sesuatu yang tidak kena dengan abangnya. “Pagi tadi bukan kau pakai baju lain ke? Kenapa dah bertukar? Aku tidak tahu pula, dekat kolej kita menyediakan bilik mandi. Ataupun, kau dah berdaftar untuk menetap di kolej?”
“Semuanya fasal engkau. Tidak fasal-fasal aku kena mandi di kolej.” Amir meninggikan sedikit suaranya. Kali ini dia betul-betul berang dengan perlakuan adiknya.
“Kenapa salahkan aku pula? Apa yang aku buat?” Dia semakin pelik dengan sikap kembarnya itu.
“Kau yang buat perangkap dalam kelas aku tadikan? Tidak semena-mena, aku jadi tepung bersalut telur!” Tawa Ira meletus tatkala Amir tamat bercerita.
“Weii, janganlah gelakkan aku!”
“Abang sayang, kau tidak ingatkah hari ini aku tidak ke kolej? Bukankah aku sudah cakap, hari ini semua kelas aku batal? Kau mengigau apa.” Balas Ira. Sisa tawanya masih berbaki. Dia tidak sangka ada yang mengenakan abangnya itu dengan lebih teruk lagi. Senakal-nakal dirinya, tidaklah dia terfikir untuk mengenakan Amir sebegitu sehingga menyebabkan Amir terpaksa ‘berkampung’ di kolej.
“Ah, ya. Aku lupa. Jadi, bukan kau yang rancang semua tu?”
“Ye, bukan aku yang buat. Sepanjang hari ini aku ada dalam rumah sahaja. Kalau kau tidak percaya, kau boleh tanya Kak Yatt.” Memang benar dirinya berada di rumah sepanjang hari ini menyiapkan assignment yang perlu di submit minggu hadapan.
“Kalau aku tahu kau tipu, jaga!” Amir memberi amaran.
“But Amir, siapa yang buat kau sampai macam tu?”
Amir hanya menggeleng. Dia sendiri tidak tahu siapa yang berani-berani melakukan semua itu. Bukan kali pertama dirinya menjadi mangsa, malahan sudah banyak kali terjadi.
No comments:
Post a Comment