S
|
udah seminggu dia mencari siapa punya angkara semua ini terjadi tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dia akan bertemu dengannya. Sangat licik taktik yang digunakan sehingga tidak dapat di kesan. Akhirnya, Syakif menemui jalan buntu. Dia berpendapat bahawa si perancang mengetahui tentang tindakannya. Buktinya, selama seminggu dia cuba mengesannya, banyak nota yang ditinggalkan, namun satu pun tidak membantunya.
Tidak cukup dengan masalah yang dihadapinya, hatinya pula membuat fasal. Dia sangat keliru sehingga menyebabkan dirinya hilang tumpuan di dalam kelas semasa pembelajaran sedang berjalan. Sering kali dirinya menerima teguran dari profesornya kerana tidak memberi perhatian semasa sedang belajar. Pernah sekali itu, dia di denda kerana tidak dapat menjawab kuiz yang diberikan oleh profesornya akibat hilang fokus.
Dia dapat merasakan hatinya sudah dipenuhi oleh insan yang bernama Sue, akan tetapi jauh di sudut hatinya, dia masih mengharapkan Ira. Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Ira. Dia tiada keberanian untuk berterus terang kerana bimbang dirinya ditolak. Lagi pula, ketika itu umur mereka barulah setahun jagung. Tidak layak untuk bercakap tentang cinta.
Kehadiran Sue dalam hidupnya sedikit sebanyak telah mengganggu dan mengubah hatinya. Kadang kala dia rasa disayangi dan sekejap dia rasa sangat jauh dari Sue namun dekat dengan Ira. Tidak dinafikan, Sue banyak persamaan dengan Ira. Tingkah lakunya, percakapannya seiras milik Ira dan ianya mengingatkannya dengan kenangannya bersama Ira. Ada sekali itu, Sue telah memberinya sebuah buku yang mananya buku itu pernah diberi Ira suatu ketika dahulu.
Hari ini sekali lagi dia dikejutkan dengan kehadiran Sue di kelasnya dan ingin berjumpa dengan Amir. “Dia dengan Amir ada apa-apa ke?” Soalnya perlahan. Ketika itu dia sudah berada di rumahnya. Setelah kelasnya tamat sebenter tadi, dia terus pulang ke rumah. Niatnya untuk mengekori Amir dan Sue juga dibatalkan kerana dia ternampak Amir menaiki kereta Sue. Sudah terang-terang mereka mempunyai hubungan.
“Tapi, kalau dia orang ada hubungan pun kenapa? Bukan masalah aku pun.” Bisiknya lagi.
“Bukankah kau pun suka pada Sue?” Bisik satu suara.
“Mana ada! Aku tidak pernah ada rasa sayang terhadap Sue. Itu semua mainan perasaan je!” Bidasnya.
“Kau sure yang kau tak sayang dia?”
“Ye! Aku yakin. Aku hanya sayang pada Ira. Dialah satu-satunya. Lagi pula, Sue itukan Amir punya, masakan aku mahu merampas milik dia? Aku bukan lelaki macam itu. Amir itu kawan baik aku. Aku takkan buat macam tu dekat dia.” Syakif berperang dengan perasaannya sendiri.
“Mengaku sahajalah kau suka pada Sue. Kalau Sue dan Amir tiada apa-apa hubungan bagaimana? Kau masih ada peluang.” Suara itu semakin galak menyesakkan fikirannya.
“Ahh persetankan semua itu! Aku tidak boleh suka pada orang lain. Aku akan tunggu sehingga Ira balik dan aku akan confess dekat dia!” Dia membuang jauh-jauh mainan persaannya. Dia sudah bertekad untuk mencari Ira.
“Aku mesti cari Ira juga!”
***
“Sekali lagi aku berjaya mengelirukan mereka. Good job!” Dia tersenyum puas apabila melihat mangsanya mengena.
Bukan niatnya mahu meneruskan perbuatannya itu tetapi dia berasa seronok pula apabila melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapainya. Lagipun, dia masih belum puas untuk mengenakan Amir dan Syakif. Walaupun dia tidak begitu mengenali Amir, tetapi dia tahu siapa Amir bagi Syakif berdasarkan cerita yang pernah diberitahu Syakif kepadanya dahulu.
Malahan, jika ditanya apa hubungan Amir dan Sue juga dia tahu. Mereka merupakan adik beradik kembar yang sangat rapat dan juga merupakan kekasih wanna-be Syakif. Fashrina Suraya atau Sue merupakan rakan sekelasnya. Pada awalnya, dia juga tidak tahu bahawa Sue dan Amir kembar. Mujur juga dia terdengar classmates mereka menyebut namanya.
Dia juga pelik mengapa Syakif tidak tahu yang Ira dan Sue itu orang yang sama. Mungkin juga dia tidak menyangka mereka orang yang sama dan menggunakan nama samara yang berlainan.
“Aku kesian betul dengan kau, Kif. Buah hati dah ada depan mata pun tak nampak lagi. Satu hari nanti kau akan sedar dan aku harap hari nanti kau tidak terlambat.” Dia berharap agar Syakif menemui kebahagiaannya sebelum ianya di rampas orang lain.
Dia mencapai sekeping gambar dari dalam begnya yang dibawa ke mana sahaja. Gambar itu mengingatkan tentang zaman kanak-kanaknya. Sangat nakal dan Syakiflah satu-satunya kawan yang dia ada. Mujur juga Syakif sudi berkawan dengannya.
“Buat masa ini, aku tidak bersedia lagi nak berdepan dengan kau. Bila aku sudah puas nanti, aku akan tunjukkan diri aku depan kau, Syakif. Harapnya masa itu, aku tidak mengganggu kau.” Bisik Airisya.
No comments:
Post a Comment