“K
|
au tak balik lagi ke?” Syakif hanya menggeleng sebagai tanda menjawab soalan Amir.
“Kalau macam tu aku bla dululah.” Amir bangun untuk menuju ke pintu kelas. “Apa-apa call aku.” Sambungnya sebelum melangkah keluar.
Sengaja hari ini dia tidak mahu pulang bersama Amir kerana dia tahu pasti Sue ada bersama. Dia juga ada urusan yang perlu diselesaikan. Jika diikutkan, kelasnya sememangnya sudah tamat pada hari ini namun dia ingin menyiapkan sedikit assignmentnya yang belum selesai.
“Kenapa hari ini tidak ada apa-apa yang berlaku?” Soalnya tanpa sedar. Persis menanti sesuatu terjadi. Masakan dia sudah ‘merindui’ kejadian-kejadian yang sering terjadi padanya? Tidak mungkin! Dia lantas bangun setelah pasti tiada sesiapa lagi di dalam kelasnya.
Namun, tidak sempat dia mahu melangkah keluar, tiba-tiba pintu kelasnya dibuka dari arah luar. “Ada budak tertinggal barang ke? Rasanya tiada apa-apa dah dalam kelas ni.” Dia bermonolog sendiri. Dia menanti disebalik meja pensyarah yang agak tersorok kedudukannya.
Airisya melangkah masuk dengan berhati-hati agar barang yang dibawanya tidak terjatuh. Hari ini dia ingin memasang perangkap seperti biasa. Sepatutnya perangkap itu dipasang semalam tetapi disebabkan semalam dia tidak dapat hadir ke kelas, dia batalkan sahaja. Setelah diperhatikan semua pelajar telah keluar dari kelas fakulti muzik ini, dia memberanikan diri untuk masuk.
“Siaplah kau, Syakif! Esok, mesti ada yang demam sebab terpegang lipas mati.” Airisya gelak besar bila memikirkan apa yang bakal terjadi.
“Syakif? Setahu aku, dalam kelas ini ada seorang saja yang nama Syakif. Akulah tu. Tapi dia siapa? Kenapa dia nak kenakan aku?” Syakif bersuara perlahan. Dia dengar dengan jelas apa yang dibicarakan oleh Airisya. Dia memerhatikan setiap gerak geri Airisya. Ligat Airisya memasang perangkapnya sehingga tidak menyedari dirinya diperhatikan.
“Settle! Tunggulah kau esok. Tidak sabar aku nak tengok engkau melompat macam perempuan!” Airisya menyimpan kembali bahan-bahan yang digunakan.
“Sudah siap?” Syakif menegurnya.
“Sudah! Kita tunggu sahaja esok.” Jawab Airisya spontan. Senyumannya mati serta merta.
“Aik?! Rasanya aku buat kerja ni seorang diri. Siapa pula yang…” Terhenti bicaranya apabila dia menoleh kebelakangnya. “Kotak tak cukup besarlah pula.” Dia tertunduk memandang lantai.
“Sudah lama buat kerja ni?” Tegang Syakif bertanya. Airisya tidak berani memandang wajahnya. Airisya hanya mengangguk.
“Seronok?”
Dia mengangguk lagi.
“Yang itu untuk esoklah ye?”
Tanpa memandang Syakif yang semakin menghampirinya dia mengangguk lagi. ‘Apa aku mahu buat ni…?’
“Dah tak ada mulut nak jawab? Tadi bukan main lagi gelak. Bisu dah?” Syakif sudah berada betul-betul dihadapan Airisya.
Angguknya lagi tidak sedar. Syakif tersenyum dalam diam. ‘Takut juga kau. Ingat berani sangat.’ Bisiknya.
“Eh, belum bisu.” Jawab Airisya perlahan. Kedudukannya masih sama seperti tadi.
“Oh, boleh bercakap lagi rupanya. Nama kau siapa?” Soalnya tegas. Tidak mahu Airisya tahu yang dia hanya berpura-pura marah.
“Airisya!” Mamat ni, kalau aku lesing baru tahu. Kau bukan tak kenal aku! Berpura-pura!
“Airisya? Aku kenal kau ke?”
“Kenal kot?”
“Aku tanya betul-betul, kau main-main pula. Kau ke yang selalu kenakan aku?”
“Ha’ah.”
“Dari awal sampailah semalam?”
“Ha’ah.”
“Kau yang buat aku mandi tepung bersalut telur?”
“Ha’ah.”
“Kau yang buat aku melekat atas kerusi?”
“Ha’ah.” Berapa banyaklah dia nak tanya. Aku dah cakap aku yang buat tak nak percaya pula. Siapa nak senaraikan lagi apa yang aku buat.
“Kau suka aku sebab tu kau buat macam tu kat aku?”
“Ha’ah.”
“Kau sayang aku?”
“Ha’ah.” Alamak. Rasanya aku dah salah jawab ni. Aku memandangnya. Dia sudah tersenyum-senyum menahan tawa.
“Woi, kau main-main eh?!!” Marah Airisya.
“Siapa yang sepatutnya marah sekarang ni?” Tanya Syakif tenang.
“Kau.” Airisya kembali tunduk seperti awalnya.
“Tahu pun. So kenapa kau buat semua ni?” Syakif melangkah ke tempat duduknya.
“Aku…” Macam mana ni. Nak bagitahu ke eh?
“Kau apa? Bagitahu sahajalah kenapa. Tak payah nak cari jawapan selamat!” Bentaknya.
“Aku saja nak kenakan kau. Siapa suruh kau buli orang? Akukan pantang kalau tengok orang kena buli.” Airisya meluahkan segala apa yang bermain difikirannya. Siapa suruh dia terkejutkan aku? Mulut aku ni, kalau orang terkejutkan tuan dia, memang tak reti nak break kecemasan!
“Aku buli orang?”
“Yup. Kau buli Sue.”
“I see. Kau ni penyelamat peribadi dialah, macam tu?”
“Bukanlah.” Ish, mamat ni! Kalau aku kata bengap kang, marah. “Buat apa aku nak jadi penyelamat peribadi dia kalau dia ada abang.” Sambungnya perlahan.
“Apa kau cakap?” Alamak! Nasib baik dia tak dengar. “Tak ada apa. Aku cuma cakap, aku tak senang nak jadi penyelamat peribadi dia.” Dia menerik nafas lega.
“Sekarang, aku nak kau bersihkan balik tempat aku.” Senangnya dia nak mengarah aku.
“Kau kemaslah sendiri. Kau buat-buat kau tak nampak aku hari ini. Babababamm… wahai Syakif, apa yang kau nampak hari ini semuanya tidak betul.” Airisya menggerakkan tangannya dihadapan muka Syakif seolah-olah sedang menarik ingatannya.
“Oi mangkuk! Kau ingat aku budak-budak? Buat sekarang!!” Syakif meninggikan sedikit suaranya.
“Ala, aku tak dapat nak kenakan kaulah ni?” Tanya Airisya memunjung. Syakif menggeleng.
“Sekali je lagi.” Airisya merayu seperti budak kecil. “No!” Tegasnya.
“Okay. Kau tepilah!” Syakif bangun dari duduknya. Dia memberi laluan kepada Airisya. Airisya meletakkan beg sandangnya di atas meja. Begnya yang sedikit terbuka menarik perhatian Syakif. Sedang Airisya mengemas mejanya, Syakif menarik sesuatu di dalam beg Airisya.
Sekeping gambar dibawa keluar dan dilihatnya. “Mana kau dapat gambar ni?” Syakif menyoal sedikitpun tidak mengalihkan pandangannya.
“Gambar apa pula kau ni?” Airisya terkejut saat terlihat gambarnya yang disimpan rapi selama ini berada di dalam genggaman Syakif. Rahsianya sudah terbongkar.
“Aku tanya, mana kau dapat gambar ni?” Dia memandang gadis dihadapannya.
“Itu, gambar aku. Budak lelaki tu, kawan aku masa kecil.” Airisya teragak-agak menjawab.
“Dalam gambar ni kau?”
Dia mengangguk. “Kenapa? Kau kenal ke budak dalam gambar tu?” Sambungnya.
“Apa pula aku tak kenal. Budak lelaki ni aku!”
“Oh, sedar rupanya.” Perli Airisya.
“Jadi kaulah?” Syakif meminta kepastian.
“Yela. Siapa lagi? Kau harap aku ni, Ira?” Geram pula aku dengan dia ni.
“Asal tak cakap tadi?”
“Ada ke kau bagi aku peluang untuk bercakap?” Soalnya sinis.
“Ha ha ha. Betullah kau kata kau balik lagi lima tahun. Tak sangka aku.”
“Mana nak sangka kalau dah hari-hari teringat dekat buah hati dia.”
“Sudah lama kau balik?” Dia cuba menukar suasana.
“Berapa lama kau kena buli dalam diam dengan aku?”
“Lama jugalah. Sampai hati kau buli aku.”
“Kau buli orang tak apa pula. Terbongkar rahsia aku. Kalau tidak boleh aku buli kau lagi.” Aku mencampak seekor lipas yang sudah mati ke arahnya.
“Woi, jangan main kasar! Kau tahukan aku benci binatang ni.” Syakif pantas mengelak sebelum lipas itu mendarat di atasnya.
“Aku ingat dah hero sangat. Aku minta maaflah sebab kacau selama ni.”
“It’s okay, Sya. Aku pelik juga siapa yang berani gila buat benda-benda ni. Nasiblah aku tergerak nak keluar lambat tadi. Kalau tak, sampai kesudah aku tidak tahu.” Mereka berdua melangkah keluar dari kelas itu.
“Nasib baik Amir tak ada sekali.” Syakif menyambung.
“Kenapa pula?”
“Sebab dia cakap dengan aku, kalau dia jumpa siapa yang buat, dia nak balas balik.”
“Seriously?” Airisya sudah cuak. Mahunya tidak. Amir kalau nak balas dendam memang bersungguh-sungguh!
“Yup. Jangan risaulah. Takkan aku nak bagitahu dia pula. Kalau orang lain mungkinlah. Kau bernasib baik tahu dapat kawan yang budiman lagi kacak macam aku ni.” Syakif mempercepatkan langkahnya kerana tidak mahu dipukul.
“Guys, boleh tak, kalau aku nak belasah mamat ni?” Airisya berlari mendapatkan Syakif yang sudah jauh kehadapan.
No comments:
Post a Comment