H
|
ari-hari berlalu semakin suram dirasainya. Entah kenapa, kelibat Syakif bersama seorang perempuan keluar dari fakulti muzik minggu lalu menghantuinya. Dia juga tahu perempuan yang bersama Syakif itu bukan rakan sekelasnya kerana Airisya merupakan rakan sekuliah malahan teammate Sue.
Dia dapat merasakan hubungan Syakif dan Airisya sangat rapat. Sejak seminggu yang berlalu, dia sering ternampak Airisya dan Syakif bersama. Syakif juga jarang dilihat bersama abangnya. Mungkinkah itu teman wanita Syakif dan menyebabkan dia dilupakan? Sue pening sendiri memikirkannya.
“Apa yang kau fikirkan?” Amir menegurnya dari belakang. Amir yang melihat adiknya termenung menghampiri Sue.
“Ha?” Dia memandang abangnya pelik. “Kau ada tanya aku ke?”
“Ye, cik adik. Apa yang kau fikirkan sampai aku tanya pun kau tak dengar?” Dia lihat adiknya semenjak dua tiga hari ini banyak termenung dan bersendirian. Sepuluh patah ditanya, sepatah yang di jawabnya.
“Tak ada apa. Merenung masa depan.” Sue tidak mahu berterus terang. Bimbang abangnya itu mentertawakan dirinya.
“Masa depan? Kau tidak perlu nak termenung sangat. Kalau asyik termenung sahaja tanpa berbuat apa-apa pun, tidak guna juga. Lebih baik kau bertindak sebelum terlambat.” Amir menasihati adiknya. Dia tahu ada perkara lain yang disembunyikan Sue dari pengetahuannya. Dia kenal benar Sue bagaimana.
“Tengok, termenung lagi. Apa yang kau fikirkan?” Amir bertanya kembali setelah dirinya tidak dipedulikan.
“Ira.” Dia memanggil adiknya. Masih tiada sebarang reaksi. Berkali-kali dipanggil adiknya itu, namun masih tidak bersahut. “Kena sampuk hantu berangan apa adik aku ni.” Amir menolak Sue.
“Apa main tolak-tolak ni abang Amir!”
“Apa kau cakap? Abang Amir?” Pelik!
“Asal tolak-tolak orang?” Sue masih marah dengan perlakuan abangnya.
“Okay, sorry. Aku tahu kau mesti tengah kusut sekarang ni. Jom ikut aku.” Dia menarik tangan adiknya menuju ke biliknya.
“Nak buat apa?” Pertanyaan adiknya dibiar sepi. Dia membentangkan tilam yang diambil dari dalam almari di luar biliknya. Setelah siap, dia menarik Sue berbaring di beranda biliknya.
“Sekarang cerita dekat abang. Kenapa dengan Ira?” Inilah cara yang paling sesuai untuk memujuk adiknya. Dia tahu adiknya perlukan ketenangan dan seseorang untuk mendengar masalahnya sekarang.
“Ira… Ira tak tahu nak cerita macam mana.” Dia memandang Amir.
“Apa yang Ira fikirkan?”
“Syakif.” Dia tidak berdalih lagi.
“Kenapa dengan Syakif?”
“Abang ada jumpa dia?” Amir menggeleng.
“Minggu lepas, Ira nampak dia dengan seorang perempuan.”
“Perempuan? Abang Amir tak pernah nampak pun?”
“Seminggu ni Ira selalu nampak dia dengan perempuan tu.” Hatinya sakit setiap kali melihat kemesraan mereka.
“Kawan dia tak?” Amir menduga.
Ira menggeleng. “Budak tu classmate Ira. Ira kenal dia.” Sambungnya.
“Then? Ira tanyalah budak tu.”
“Mana boleh! Malulah Ira. Abang Amir bukan tak tahu, Irakan tak bagitau Syakif siapa Ira. Nanti dia cakap Ira apa pula.”
“So, sekarang ni Ira curious fasal Syakif la? Sampai seminggu Abang Amir tengok Ira termenung.” Amir memandang Ira. Dia kesian dengan adiknya sebenarnya. Dia tahu, Ira telah lama menyimpan perasaan terhadap Syakif. Bila disuruh luahkan, takut pula.
“Hmm, apa Ira nak buat?” Dia bangun dari pembaringannya.
“Abang Amir ada satu cadangan. Tapi Ira kena bersabar sikitlah. Mungkin memakan masa.”
“Apa Abang Amir nak buat?”
“Nanti Abang Amir beritahu. Sekarang Abang Amir nak, Ira lupakan dulu fasal semua tu. Yela, Abang Amir tahu Ira frust sekarang ni.”
“Nak lupa macam mana kalau hari-hari dah nampak dia orang.” Ira memuncungkan mulutnya.
“Abang Amir tahu nak buat apa.” Dia lantas bangun mencari kunci keretanya dan menarik Ira mengikutinya.
“Nak pergi mana?”
“Pergi jalan-jalan sampai tak jumpa jalan balik!”
No comments:
Post a Comment