H
|
ujung minggunya diisi dengan mimpi yang indah. Alangkah indahnya jika hari-hari begini. Nikmatnya hidup. Kenikmatan dan mimpi indahnya terhenti apabila halwa telinganya terdengar suara-suara minta diangkat. Mati segala angan-angan dan mimpinya. Deringan bertalu-talu dari telefon bimbitnya memaksa dia untuk bangun. Dia mencapai telefon yang berada di sebelah katilnya.
“Hmm, kenapa?” Panggilan itu dijawabnya separuh sedar.
“Kif, jom lepak hari ni. Aku ada benda nak cakap dengan kau.”
“Kau nak cakap apa? Cakap sekarang je tak boleh ke?” Dia sebenarnya malas mahu keluar hari ini kerana semalam, seharian dia tidak berada di rumah. Bimbang ibunya akan bising jika sering keluar rumah.
“Nope. Ini fasal masa depan kau. Kalau kau tak nak tahu fasal Ira tidak mengapalah. Lain kali sahajalah aku beritahu kau.” Amir cuba mengumpannya.
“Ira? Kenapa dengan dia?” Syakif terjerit perlahan.
“Kalau kau nak tahu, tempat biasa, pukul 10.”
“Kau sukakan ganggu nikmat yang aku dapat.” Syakif merungut geram. Dikuatkan juga tenaganya untuk bangun dan bersiap. Jika hal berkaitan Ira, laju sahaja badannya bertindak.
***
“Ira ada dekat sini. Dah lama dia balik.” Amir memulakan bicara.
“Ira dah balik? Mana dia sekarang? Kenapa kau tak bawak dia sekali?” Bertubi-tubi soalan ditanya persis tiada masa lagi untuk bertanya.
“Sekarang dia tengah sibuk jadi dia tak dapat nak ikut aku. Kau carilah dia bila-bila masa kau free.”
“Mana aku nak cari dia?”
“Dia satu kolej dengan kita. Kau tak pernah jumpa dia ke?”
“Seriously?! Kenapa aku tak tahu?” Syakif tidak menyangka bahawa selama ini orang yang dia cari berada berhampiran dengannya.
“Hmm… Sepatutnya aku yang tanya kau, kenapa kau tak pernah nampak dia?”
“Dia fakulti mana?”
“Sorry bro! Itu, aku tak dapat nak bagitahu kau. Aku dapat tolong kau sampai situ je. Yang lain-lain kau selesaikan sendiri.”
Sejak dia bertemu Amir tiga hari yang lalu, sehinggalah sekarang ini, sekali pun dia tidak melihat kelibat Ira. Malahan, kursus pengajiannya pun dia tidak dapat mengesan. Kenapalah susah sangat aku nak jumpa kau?
“Hoi!” Air yang dipegang sedari tadi terlepas dari genggamannya akibat disergah seseoarang.
“Oii! Bodoh punya kawan.” Dia memarah Amir yang sudah mengekek ketawa. “Basahlah baju aku.”
“Yang kau menung sampai tak sedar diri tu apa fasal?” Amir masih belum mahu menamatkan tawanya.
“Aku tengah berfikirlah. Bukan macam kau. Tak guna punya kawan.” Syakif membersihkan bajunya yang sudah basah.
“Relaks kawan. Aku gurau je.”
“Gurau hantu kau. Kalau air kosong, aku boleh maafkan lagi. Ini air manis okay, bersusu lagi.”
“Sorry.”
“Gelaklah lagi macam mana kau gelak tadi. Asal diam?” Syakif sudah bersedia dengan baki air di dalam gelasnya berkira-kira untuk menyimbah Amir jika dia berterusan menggelakkannya.
“Aku tak nak jadi ‘milo bergerak’.” Dia menahan tawanya.
“Habis, aku ni nak sangatlah?”
“Yela, aku minta maaf. Aku belanja kau makan.”
“Okay, tapi aku yang kena tetapkan tempat.”
“Macam perempuanlah kau ni, Kif! Macam tu pun nak berkira dengan aku.”
“Peduli pula aku.” Syakif sudah malas mahu melayan Amir. Makin dilayan, makin menjadi-jadi pula.
“Wei, kenapa sekarang susah betul nak lepak dengan kau? Asal aku ajak lepak je, kau kata busy.”
“Tak ada apalah. Asyik lepak dengan kau je, macam mana nak berkembang.” Tawa Syakif mengusik.
“Ha’ah, lepak dengan aku memanglah tak berkembang, lepak dengan perempuan berkembanglah?”
“Perempuan mana pula kau ni?”
“Aku selalu nampak kau dengan budak fakulti business tu. Siapa dia?”
“Kawan aku. Nanti-nantilah aku bagitahu.”
“Kau memang sukakan macam ni. Ada awek tak cerita! Macam inilah kawan.”
“Kau tak payah nak emosi sangatlahkan. Simpan je emosi kau untuk orang lain.”
“Tak guna betul!!”
No comments:
Post a Comment