Ini adalah pesanan dari pemilik blog. Sila JANGAN COPY, AMBIL atau TIRU sebarang entry yang telah di masukkan. Ianya adalah HAK MILIK KEYLA ALI!! Kecuali apabila di nyatakan. Maka, jadilah orang yang AMANAH dan BERTANGGUNGJAWAB. Segala kerjasama yang anda berikan, amat saya hargai. TERIMA KASIH dan SELAMAT MEMBACA. SUDAH BACA SILALAH COMMENT(S).

Monday 4 February 2013

CBA - PART 9


S

emenjak  Syakif  bertemu  dengan  Airisya,  hubungan  mereka  semakin  rapat.  Dia  banyak  menghabiskan  masanya  bersama  Airisya.  Ke  mana  sahaja  mereka  pergi  pasti  berdua.  Malah,  sudah  menjadi  bualan  rakan-rakan  sehingga  ada  yang  menyatakan  hubungan  mereka  persis  pasangan  bercinta.

Baginya,  biarlah  apa  orang  mahu  kata.  Dia  tahu  apa  yang  dibuatnya.  Lagi  pula,  mereka  merupakan  rakan  sekolah.  Tiada  salahnya  jika  mahu berkawan.  Hari  ini  sekali  lagi,  dia  mendengar  buah  mulut  orang  tentang  hubungan  dia  dan  Airisya.  Itu  semua  tidak  diambil  kisah.  Dia  bukannya  membuat  kesalahan  besar.

“Risya,  kau  tak  bosan  ke  lepak  dengan  aku  hari-hari?”

“Entahlah.  Kadang-kadang  aku  rasa  bosan  juga.  Balik-balik  muka  kau  yang  aku  nampak. Bosan  kot.  Tak  ada  orang  lain  lagi  ke  selain  muka  kau?”

“Kurang  asam  betul  minah  ni.  Aku  tanya  betul-betul,  dia  main-main  pula.”

“La,  aku  jawab  betul-betullah.”  Tawa  Airisya  perlahan.

“Kau  tak  takut  ke  kalau  ada  orang  nak  mengorat  kau,  bila  dia  nampak  kau  dengan  aku  terus  tak  jadi  nak  mengorat.”

“Itulah  fasalnya.  Tapi  orang  tu  asyik  ajak  aku  lepak  je.”

“Kesian  kau  kan?  Padan  muka.”  Dia  mengenakan  Airisya.

“Tak  apalah,  kalau  tak  ada  orang  nak  dekat  aku,  aku  suruhlah  budak  tu  bertanggungjawab!”  Airisya  tidak  mahu  mengalah.

“Asal  pula  aku  kena  bertanggungjawab?!  Macamlah  aku  ada  buat  salah  besar.”

“Memang  pun.  Kalau  tidak,  mesti  aku  dah  dating  sekarang.”

“Sudahlah  kau.  Pergilah  dating  sana.  Aku  tak  halang  pun.  Aku  Cuma  ajak  kau  lepak  je  bukan  paksa  kau  lepak  dengan  aku.”  Syakif  menolak  bahu  Airisya  seperti  menghalaunya.

“Aku  pergi  betul-betul  karang.”

“Pergilah!”  Syakif  berpaling.

“Macam  budak-budak!”  Dia  sudah  tidak  dapat  menahan  tawanya  tergelak  melihat  reaksi  Syakif.  Tidak  pernah  berubah!

“Boleh  aku  join?”  Amir  yang  ternampak  mereka  sedang  bertengkak  tadi,  menghampiri  mereka.

“Joinlah.  Kau  layanlah  minah  ni.”  Syakif  masih  seperti  tadi.

“Kau  ni  dah  apa  hal  pula?”  Amir  memandang  pelik  ke  arah  keduanya.

“Dia  ni  kuat  merajuk.  Jangan  dilayan  sangat.”  Airisya  menjawab  bagi  pihak  Syakif.  Dia  yang  mendengar  jawapan  Airisya  mencerlung  memandangnya.

“Mulut  tu  tapis  dulu  sebelum  guna  ye.  Ke  dah  tak  nak  guna  mulut  tu?”  Airisya  hanya  menayang  muka  selambanya.  Lidahnya  dijelirkan.

“Dia  ni  siapa?”  Amir  bertanya.

“Lupa  pula  aku  nak  kenalkan.  Dia  ni,  mak cik  Airisya,  tapi  kalau  nak  panggil  nenek  pun  boleh.”  Dia  memperkenalkan  Airisya.

“Kurang  kasih  saying  punya  orang.  Aku,  Airisya.”  Dia  memukul  Syakif.

“Oh,  Airisya.  Budak  bisnes,  kan?”

“Yup.  Kau  siapa?”

“Aku  Amir.  Kawan  dia.”

“Amir!”  Panggilan  dari  jauh  dipandangnya.  Sue  datang  menghampiri  mereka.

“Amir  ni  la  yang  kau  cerita  dekat  aku  tu,  kan?”  Airisya  menyoal  Syakif.

“Hmm  dialah.  Asal,  kau  dah  jatuh  hati  dekat  dia?”  Soal  Syakif  agak  kuat.

“Beragak  sikit  boleh?”

“Kau  kenal  aku  ke?”  Macam  mana  dia  boleh  kenal  aku  pula  ni.

“Apa  pula  aku  tak  kenal.  Syakif  selalu  cerita  dekat  aku  fasal  kau  dengan  adik  kau,  Ira.  Mana  dia  sekarang  ye?  Aku  teringinlah  nak  jumpa  dia.”  Airisya  berpura-pura  tidak  pernah  berjumpa  dengan  Ira.

Sue  sudah  tidak  senang  duduk  apabila  dirinya  menjadi  topic  perbualan  mereka.  Dia  yang  baru  sampai  menyertai  mereka.  “Tak  sangka  jumpa  kau  dekat  sini,  Risya.”  Dia  cuba  menutup  rasa  gugupnya.

“Itulah.  Kau  dah  lama  ke  kenal  Syakif  ni?”

“Baru  jugalah.  Kau?”

“Lama  dah.  Dekat  sepuluh  tahun  jugalah.”

“Aku  lagi  lamalah  kenal  dia  ni.  Sampai  dah  naik  bosan  aku  tengok  muka  mamat  ni.”  Amir  menyampuk.

“Kau  ingat  aku  tak  bosan  tengok  kau?”

“Macam  inilah  dia  orang  bila  berjumpa.  Asyik  nak  bergaduh  saja.”  Sue  memberitahu  Airisya.

“Yeke?  Baru  aku  tahu.  Aku  tengok  dia  orang  ni  pun  macam  rapat  je.”

“Mestilah.  Syakif  tu,  kalau  kau  nak  tahu,  kekasih  nombor  satu  Amir.”  Sue  menokok  tambah  lagi.

“Suka  hati  je  nak  cakap  macam  tu.  Bila  pula  dia  ni  jadi  kekasih  aku?”  Amir  mempertahankan  maruahnya.  Er,  maruah  ke?

“Ha’ahlah.  Mana-mana  pergi  mesti  berdua.  Kif,  sejak  bila  kau  jadi  macam  ni?”  Airisya  menambah.

“Mana  adalah!  Kau  dengarlah  sangat  apa  yang  Ahjumma  ni  cakap.”

“Siapa  Ahjumma?”  Sue  menjeling.  Mereka  yang  lain  sudah  tertawa  melihat  pertelingkahannya  dan  Syakif.

“Kau!”  Syakif  menunding  jari  ke  arah  Sue.

“Siot  kau!  Suka  hati  je  nak  panggil  aku  Ahjumma!”

“Habis  kau  nak  aku  panggil  apa?  Omeoni?  Okay  juga  tu.”  Syakif  berterusan  mengusiknya.

“Yah!!!”  Sue  sudah  berang.  “Apa  bezanya  Ahjumma  dengan  Omeoni?”

“Sudah-sudah.  Kau  orang  jangan  nak  gaduh  kat  sini.”  Amir  menamatkan  pertelingkahan  mereka.  Jika  ianya  berterusan,  dia  takut  ada  yang  akan  di  denda  kerana  bergaduh  di  dalam  kawasan  kolej.

“Dia  yang  mulakan  dulu  bukan  aku.”  Sue  mempertahankan  diri.

“Sudahlah.  Berhentikan  aku  cakap.”  Amir  menenangkan  Sue.

“Macam  adik-adik  la  kau  orang  berdua  ni.”  Airisya  menambah.

“Huh!”  Syakif  mengalih  pandangannya  ke  arah  lain.

“Hmm,  Kif  sejak  bila  kau  kenal  Risya?”  Amir  bertanya.

“Sejak  kau  orang  pindah.  Dia  masuk  sekolah  kita.”

“Really?  Maknanya  aku  terpindah  awallah  ni?”

“Ha’ah.”  Jawab  Syakif  selamba.

“Siot  punya  kawan!  Nak  tak  nak  je  dia  jawab!  Ceritalah  wei  macam  mana  kau  orang  kenal.  Yang  paling  aku  tak  sangka,  macam  mana  kau  boleh  terkena  dengan  minah  ni.”

“Haish  bising  je  budak  ni.  Okaylah  aku  cerita.  Macam  ni…”

No comments:

Post a Comment